Saturday, February 2, 2008

Selangor kenakan caj pengguna air hujan!

"dato sri" projek.00@gmail.com

saya tak tahu samada nak ketawa atau marah, tapi bayangkan, kalau kita tadah air hujan
di kawasan milik kita, tapi kena bayar pada Lembaga Urus Air Selangor jika nak guna....ini
rent-seeking paling teruk dan zalim....tak kesah le dia kata amaun caj kecil dan siapa dia target,
dari segi prinsipnya, memang sial punya idea.....sebab itu air hujan percuma dari langit....nih,
siap ada surat pekeliling lagi.....mungkin satu hari ni, kalau guna idea yang sama, bernafas
guna udara berasap di Selangor ni pun kena bayar.......



"umar faruqi" faruqi03@yahoo.com

Selangor kenakan bayaran jika tadah air hujan


Wednesday, 30 January 2008
Oleh Abdul Razak Ismail

KOLUMNIS R.Nadeswaran (Citizen Nades) dari The SUN hari ini membongkar 'kegilaan' kerajaan Selangor dibawah pentadbiran Khir Toyo melalui Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengenakan caj bayaran kepada mana-mana pihak atau individu yang didapati menakong atau menadah air hujan dipremis masing-masing di mana-mana tempat di negeri Selangor.

Ini dinyatakan dalam satu surat pekelilingnya bertarikh 2 Januari lalu yang mengatakan sebarang penggunaan air hujan atau pihak LUAS menggunakan terma " pengambilan air permukaan" adalah tertaklok dibawah seksyen 2, 6, 40, 41, 44 dan 107 Enakmen LUAS 1999.

Dimana pihak-pihak berkenaan perlu mendapatkan kebenaran LUAS terlebih dahulu lantaran kemudiannya akan dikena sejumlah caj bagi penggunaan 'air permukaan' tersebut.

Perkara ini di pertikaikan oleh pengusaha-pengusaha kelab-kelab golf yang mengatakan bahawa kolam-kolam takungan mereka merupakan sebahagian dari lankskap lapangan golf yang juga bertindak sebagai kolam takungan mencegah banjir disamping airnya digunakan untuk menyiram rumput di lapangan golf mereka.

Sesetengah kilang menggunakan air hujan kitar semula dipremis mereka untuk operasi kilang mereka dengan jumlah yang banyak dan berpendapat bahawa tindakan LUAS sudah keterlaluan kerana mereka menggunakan air yang 'turun dari langit' dan mempersoalkan kenapa pulak LUAS mengenakan bayaran sedangkan air tersebut tidak diproses oleh LUAS.

Walaupun apajua seksyen dan enakmen yang digunapakai oleh LUAS tetapi secara logiknya dimana letaknya 'Hak' LUAS terhadap air semulajadi yang turun dari langit kurnian Tuhan yang ditakungkan di premis persendirian. Bila pulak LUAS mengeluarkan kos bagi membina takungan-takungan atau kolam-kolam di kilang-kilang ataupun kelab-kelab golf tersebut ?

Apakah perbendaharaan kerajaan Selangor yang baru-baru ini telah diisytiharkan 'negeri maju' sudah kekeringan hingga memaksa mereka mengenakan bayaran bagi mengambil air hujan.

Mungkin satu hari nanti ada agensi kerajaan negeri Selangor akan mengetuk pintu rumah anda dan mengeluarkan resit meminta bayaran ke atas udara yang anda sedut.


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: