Friday, February 15, 2008

Saman Blogger: DATO' HUSAM MUSA Perintah KAPAK JANGAK Tarik Komen-Komen Tersiar 24 dan 26 Januari 08!

"Tarmizi Mohd Jam" editorxkutif@yahoo.com.my

Saman Blogger: DATO' HUSAM MUSA Perintah KAPAK JANGAK Tarik Komen-Komen Tersiar 24 dan 26 Januari 08!

"Saya tak takut. Surat jawapan tidak akan dihantar. Maaf juga tidak akan sekali-kali dipinta. Bila tangan berani mencincang, bahuku sedia memikul!" - Ramli Abdul Halim


MINTA maaf kerana tengahari ini saya tidak dapat temui penyilau-blog (Kapak Jangak) kerana selain dari buat semakan akhir Fajar Islam yang cadangannya akan diterbit setiap Isnin.

Saya uruskan kemasukan talian ke pejabat (2 line) dan menguruskan pembukaaan satu lagi akaun semasa (akuan ketiga) dengan Bank Arab di Lundang untuk syarikat saya yang akan menaungi penerbitan Fajar Islam, Majalah Konsep dan Geletek.

Lewat petang baru balik ke rumah. Nak buka internet sangkut pula. Baru lima minit lepas, line streamyx saya pulih semula.

Balik ke rumah anak tunjuk serah dua pucuk surat. Pertama surat biasa dan satu lagi surat berdaftar. Kedua-duanya dari Firma Guaman Harjinder & Associates dari Kuala Lumpur.

Oleh kerana ditulis dalam Bahasa Inggeris, kenalah saya banyak belek kamus.

Surat itu adalah atas arahan Dato' Haji Husam Musa (Leberlous and remarks agiants YB Dato' Haji Husam bin Musa) berhubung dengan isi kandungan blog ini (Kapak Jangak) pada 24 dan 26 Januari 2008 yang menyentuh beliau.

Sehubungan dengan itu saya diminta dalam tempoh 24 jam dari menerima surat "lawyer remove, erase, expunge delete and destroy all such defanmataory comments, allegtaions and statements pasted on the said blog regarding... ."

Pendirian saya tegas: "no remove, erase, expunge delete and destroy all such defanmataory comments" malah kalau dah gendang dipalu, saya akan buka silat ikut rentak.

Saya tak takut. Surat jawapan tidak akan dihantar. Maaf juga tidak akan sekali-kali dipinta. Bila tangan berani mencincang, bahuku sedia memikul.

Kalau nak saman setakat RM1 bilion ke bawah, silakan! Saya tak akan jalankan gerakan memungut derma untuk membayarnya jika saya didapati bersalah oleh mahkamah.

Dalam perbicaraan nanti, saya akan pohon kebenaran mahkamah untuk jadi lawyer yang akan membela diri saya sendiri. Kalah pun tak apa, sekurang-kurangnya saya dapat pengalaman untuk nantinya dapat menulis tulisan yang lebih real.

Dengan komunis pernah duduk, penjara pun pernah masuk (bukan kerana dihukum tapi buat tugasan sebagai wartawan), surat macam yang Husam hantar pernah diterima dalam kes Kelantan Water Sdn Bhd oleh Pas Kawasan Pasir Puteh dan oleh Datuk Ibrahim Ali.

Cuma, jadi orang yang bersalah kerana dakwa dan diperintah bayar denda belum lagi. Mudah-mudahan dengan kes Husam, saya akan mendapat pengalaman yang sangat berharga ini. Terima kasih.

Mudah-mudahan proses pendakwaan dan perbicaraannya akan disegerakan oleh sistem penghakiman dan kemahkamahan yang tidak pernah dianggap adil dan telus oleh pihak pembangkang.

Namun, saya yakin sistem kehakiman dan kemahkamahan di negara ini sangat telus dan adil. Saya bersedia untuk kalah dalam perbicaraan nanti!


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: