Friday, February 1, 2008

Ramai Calon BN Takut Bertanding.. .



Ramai Calon BN Takut Bertanding.. .
Disana sini semua orang sedang membincangkan perihal pilihanraya, ramai yang beranggapan pilihanraya akan diadakan sekitar bulan Mac tahun ini.

Spekulasi tarikh pilihanraya, biarpun menjadi rahsia Pak Lah tetap menjadikan negara ini tidak demokratik bilamana parti pemerintah hanya bersedia untuk mengadakan pilihanraya sekiranya jentera pilihanraya mereka benar-benar bersedia.

Serangan bertali arus dari pimpinan BN menjadikan suasana semakin panas. Tetapi disana timbulnya persoalan keyakinan yang goyah dari calon-calon BN yang bertanding samada mempertahankan jawatan ataupun sebaliknya.

Desas-desus penarikan diri beberapa pemimpin veteran BN dari bertanding pilihanraya dengan antara kata mereka "Saya tidak mahu menjadikan diri saya sebagai satu masalah kepada bahagian, pucuk pimpinan, UMNO dan pengundi di kawasan ini.

Kalau kita lihat 2 akhbar rasmi BN yang utama Utusan Malaysia & Berita Harian, BN dengan angkuhnya berkata mereka akan menyapu bersih semua kerusi baik kerusi dewan undangan negeri mahupun kawasan parlimen.

Yang hairannya ramai juga yang menyatakan sikap untuk tidak bertanding lagi, PASJB melihat kebanyakan calon-calon BN yang tidak mahu bertanding ini bimbang dengan kekalahan yang akan mereka terima bilamana analisa yang dibuat kawasan-kawasan ini sangat berpotensi untuk dimenangi parti pembangkang.

Makanya timbullah tarik menarik dengan kata mereka lagi mereka menyerahkan kepada pucuk pimpinan untuk memilih siapa yang akan bertanding. Itulah dia Barisan Nasional barisan pemerintah yang 'munafik dan khianat' kepada rakyat.

Kalaulah kali ini rakyat benar-benar bangkit dan sedar, angin perubahan ini pasti dapat diterjemahkan melalui undi yang boleh memenangkan calon-calon parti pembangkang.
Tidak kurang juga rakyat yang protes untuk tidak mengundi kali ini dengan kata mereka kali ini mereka tidak datang mengundi inipun satu kesesatan sebagai tanda masih ramai rakyat tidak sedar dengan agenda alternatif parti pembangkang yang selama ini berita mereka digelapkan oleh media yang jakun kepada pemerintah.

Pembangkang mesti bekerja keras kali ini, bukannya masuk gear lima tetapi sudah naik taraf kepada turbo...pakatan BN semakin goyah...BN mesti ditumbangkan

Sumber : Jundullah
Layari : http://www.pasjohor bahru.com


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: