Sunday, February 10, 2008

Rakyat tak bayar bil kena saman / UMNO MENYELEWENG LAGI

(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
(Cetak dan Sebarkan Berita Kepada Rakyat!)

Rakyat tak bayar bil kena saman, pemimpin Umno/BN rasuah bebas - Mujahid
Wan Nordin Wan Yaacob | Foto Wan Zahari Wan Salleh
Sun | Feb 10, 08 | 10:34:55 am MYT
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Hrkh)] - Ramai di kalangan pemimpin Umno/BN yang dituduh terbabit dengan rasuah membabitkan jutaan ringgit di negara ini bebas, sebaliknya rakyat yang tidak membayar bil hanya kira-kira RM50 disaman hingga ada yang ditahan, kata AJK PAS Pusat, Mujahid Yusof Rawa.
ImageMujahid berkata demikian dalam ceramahnya di Kuala Kubu Baru di Selangor malam tadi yang dihadiri ramai di kalangan bukan Islam.Turut hadir berceramah ialah, wakil Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), N.Gobalakrisnan.

Dalam ceramah tersebut sejumlah 45 borang menyertai KeADILan diserah masyarakat India kepada Gobalakrisnan.

"Selepas 50 tahun kita merdeka, apa yang berlaku ialah apa yang dilakukan kerajaan hanya menyebabkan orang MCA marah kepada MCA, MIC marah kepada MIC, orang Melayu marah kepada Umno, kata Mujahid.

Menurut Mujahid, negara ini sangat kaya dengan hasil dan khazanah negara, bagaimanapun salah tadbir yang diamalkan Umno dengan amalan rasuah, penyelewengan dan pembolotan hasil kekayaan oleh segelintir kroni menyebabkan rakyat merana.

"Negara kaya, orang bawah tidak dapat agihan kekayaan itu.Kerajaan hanya pentingkan mega projek, mahu kasi projek besar2-besar kepada kroni,

Image"Rakyat kena cukai, kenaikan tol dan pelbagai cukai-cukai lain. Penghapusan subsidi minyak sebabkan rakyat kena tangung harga minyak tinggi," katanya.

Apa yang memedihkan lagi kata Mujahid, rakyat yang susah yang tidak mampu membayar bayar bil perkhidmatana RM50 ringgit dikenakan tindakan hingga disaman dan ditahan.

Sebaliknya pemimpin yang kaya-raya yang disabitkan dengan kes rasuah hingga ada yang laporannya dibawa ke Badan Pencegah Rasuah (BPR) tidakpun dikenakan tindakan.

Malah katanya lagi pemimpin Umno/BN yang dituduh rasuah bebas untuk terus menyedut duit rakyat dengan rakusnya.

"Mereka curi duit negara tetapi tak ditangkap, tetapi rakyat tak bayar bil RM50 kena saman," katanya.

Bagi Mujahid, kerajaan yang diterajui Umno/BN sebenarnya tidak boleh menjaga kebajikan negara, sebaliknya Barisan Alternatif (BA) mampu untuk menjaga rakyat.
Image"Justeru pengundi mesti bentuk politik baru masa depan negara yang diterajui BA.BA akan perjuangkan konsep orang Melayu mesti anggap masalah orang India adalah masalah orang Melayu, orang India mesti anggapa masalah Melayu masalah India juga, orang Cina mesti anggap masalah Melayu masalah mereka juga dan orang Melayu mesti anggap masalah orang Cina masalah Melayu juga," katanya.

Jika hal ini tidak berlaku katanya, perpaduan di negara ini akan terus bermasalah selagi Umno/BN menjalankan dasar perkauman yang diwarisi sejak 50 tahun lalu.



No2umnO

UMNO MENYELEWENG LAGI

The image “http://buletinonline.net/images/banners/jqaf.gif” cannot be displayed, because it contains errors.
Menjelang PRU - PPD Kuala Terengganu jadi pejabat UMNO

Ditulis oleh MatStringer
Buletinonline
Saturday, 09 February 2008

Kuala Terengganu. 8 Feb � Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kuala Terengganu, telah mengulangi tindakan tidak professional Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu(JPNT) bersekongkol dengan kemungkaran dan menjadi �perkakas� UMNO.

Tindakan itu dilihat oleh para aktivis sektor pendidikan sebagai satu penghinaan kepada ikrar para guru, yang telah membuat aku janji perkhidmatan dengan rakyat dan kerajaan Malaysia dan bukannya kepada mana-mana parti politik. Sekaligus ia meghancurkan konsep �berkecuali� yang terkandung didalam nilai-nilai utama didalam perkhidmatan awam sebagaimana yang terkandung didalam Modul Nilai dan Etika yang telah dikeluarkan oleh Institut Aminuddin Baki.

Surat tersebut yang bertarikh 3 Februari, 2008 yang ditandatangani oleh Ketua Sektor, Sektor Pendidikan Islam dan Moral, dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran Daerah Kuala Terengganu adalah merupakan surat jemputan yang berupa �arahan�, ditujukan kepada semua guru-guru J-Qaf suapaya �wajib� hadir ke Majlis Pemimpin Bersama Rakyat anjuran Biro Penerangan UMNO Kuala Terengganu

Pada 13 Januari lalu, JPNT telah mengarahkan dengan paksaan, semua Ustaz dan Ustazah J-Qaf seluruh Terengganu untuk hadir ke satu majlis yang serupa, yang telah diadakan di Wisma Darul Iman. Majlis tersebut menjadi satu kejutan kepada para guru J-Qaf apabila didalam satu sessi mereka dirayu secara terus-terang oleh ADUN dan Ahli Parlimen, supaya memilih UMNO didalam Pilihanraya Umum kali ini.
(Foto: Majlis yang diadakan pada 13 Januari lalu)

Ekoran dari kegagalan dan kurang berkesannya majlis tersebut, difahamkan pihak JPNT telah mengarahkan supaya ianya diadakan diperingakat daerah. Tindakan tidak beretika dan tidak professional JPNT ini dikatakan kerana ad aura-ura bahawa Pengarah JPNT akan dicalonkan sebagai salah seorang calon UMNO untuk pilihanraya akan datang.

Apabila di ajukan pertanyaan kepada seorang pesara perkhidmatan perguruan berkaitan perkara diatas, guru pencen tersebut secara spontan berkata �sebab itu orang ramai mengesyakki ada penipuan didalam keputusan UPSR negeri Terengganu�

The image “http://buletinonline.net/images/berita3/jpntumno.gif” cannot be displayed, because it contains errors.
(BERSIH! Kuala Terengganu, 22 February!)


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: