Tuesday, February 19, 2008

Radio TV Malaysia TIDAK LAGI PROFESIONAL DAN BERETIKA

"Vijaya Kumar A/L Patmanathan" vijayakumar.p@my.panasonic.com

Radio TV Malaysia TIDAK LAGI PROFESIONAL DAN BERETIKA

PDF

Print

E-mail

Posted by Haniza Talha

Tuesday, 19 February 2008

Bermula dari isu kekecohan Batu Burok, perarakan aman peguam, hingga ke perarakan aman Bersih dan Hindraf, RTM telah menunjukkan belangnya untuk mengampu dan membodek kerajaan sekaligus meminggirkan rintihan dan rayuan rakyat marhaen.

Kempen TV yang menunjukkan rusuhan rakyat jelata negara asing menentang kerajaan mereka kemudian diselitkan dengan protes rakyat marhaen dengan ungkapan " ini bukan budaya kita". Yang lebih menyakitkan hati adalah kempen propaganda terbaru sempena 'pancing undi' iaitu " mereka berpakat" RTM cuba memberikan mesej kepada rakyat marhaen bahwa ada suatu muslihat di sebalik pakatan parti pembangkang. Ya kah? Apa dia pakatan tu?

Di sini saya ingin huraikan apa sebenarnya yang harus ditekankan oleh RTM dalam usaha mengwar-warkan kempen " ini bukan budaya kita" dan " mereka berpakat". Sila ikuti pemerhatian saya dalam usaha RTM ingin mengajar rakyat marhean antara apa sebenarnya budaya kita dan apa yang bukan. Sepatutnya kempen RTM harus berbunyi " ini kah budaya kita?" dengan mengutarakan isu-isu berikut;

INIKAH BUDAYA KITA?;
1- rakyat majmuk yg bersatu membantah/ protes dihalang, dipukul dan dimasukkan dalam lokap oleh kerajan - INIKAH BUDAYA KITA?

2- ketua SPR, Rashid aka Ra-shit , dipanjangkan tempuh perkhidmatan untuk meneruskan agenda penipuan dalam pilihan raya akan datang - INIKAH BUDAYA KITA?

3- RTM TIDAK pernah menemuramah mereka-mereka yang turun protes di jalanan dalam APA JUA protes sekalipun untuk mendapatkan gambaran sebenar kenapa rakyat marhean sanggup melanggar perintah kera-jaan untuk mara menyokong perhimpunan yang kononnya haram - inikah budaya RTM? Yang sepatutnya profesional dan beretika?

M- menteri penerangan yang PALING memalukan yang pernah saya lihat sejak kita merdeka! Menteri Penerangan yang TIDAK fasih bahasa global iaitu Bahasa Inggeris masih disanjung sebagai menteri penerangan! Beliau TIDAK mampu memberi penerangan yang jelas kepada dunia, keadaan ini amat memalukan sekali. Ini jelas dibuktikan dalam video klip Al-Jazeera
semasa beliau disoal mengenai perarakan aman BERSIH yang berlangsung dalam Bahasa Inggeris! Bagi saya, taraf beliau adalah lebih kurang taraf budak melayu sekolah kebangsaan tahun 3, yang tidak pernah bertutur Bahasa Inggeris di luar kelas. INIKAH BUDAYA KITA?

Saya ingin akhiri surat ini di sini kerana saya telah muak dengan pendirian RTM dewasa ini. Yang terbaru, perhimpunan aman bunga mawar anjuran Hindraf juga tidak mendapat liputan dari RTM yang sentiasa war-warkan kononnya memberikan maklumat terkini. Saya tidak faham kenapa RTM setelah sekian lama tidak turun padang untuk mendapatkan pendapat dan pandangan sebenar dari rakyat yang menyertai pelbagai perhimpunan aman?

dari rakyat yang kecewa dan sedih.
feb17 '08.



*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: