Friday, February 15, 2008

PRU-12 Episod Ngeri Sudah Bermula

"Pas Johor Bahru" pasjohorbahru@yahoo.com

PRU-12 Episod Ngeri Sudah Bermula
Hari ini adalah hari pembubaran Parlimen, hari yang ditunggu sebagai satu lagi perayaan dalam kalendar pejuang kita 5 tahun sekali. Disaat ini semua pejuang diingatkan supaya memberikan tumpuan yang khusus dengan mengorbankan masa, tenaga dan apa saja untuk memastikan kemenangan dalam pilihan raya ke-12 ini.
Inilah masanya untuk kita membuat pecutan yang terakhir selaju mungkin untuk kita berkerja bersungguh-sungguh untuk menumbangkan kesombongan dan keangkuhan Umno dan BN yang semakin menjadi-jadi, dalam pilihan raya kali ini.
Alhamdulillah pakatan Barisan Alternatif masih kukuh biarpun kali ini kita kurang bersedia dengan calon-calon untuk mengisi semua tempat supaya BN tidak akan menang secara percuma.
Pilihanraya juga kali ini menyaksikan terlalu sarat dengan isu-isu sensasi dan panas yang tidak berkesudahan. Walau bagaimanapun kita bimbang apabila kita terlampau fokus kepada isu pembangkang akan hilang tumpuan meraih undi yang disaaat ini sangat berharga disemua tempat.
Kalaupun tidak menang sekurang-kurangnya keegoaan mereka dapat ditundukkan dengan mengecilkan majoriti kemenangan mereka.
Apapun kebijaksanaan adalah perkara yang sangat mahal harganya sekarang ini, kalaupun ada perselisihan ini adalah tradisi murni sifat pejuang yang bertahaluf siyasi dalam menumbangkan musuh kita yang lebih besar iaitu pakatan ahzab Umno dan Barisan Nasional.
Berbeza dengan pilihanraya 2004 yang lalu, kita kalah di banyak tempat dengan faktor peralihan kuasa Perdana Menteri Tun Mahathir kepada Pak Lah yang rupa-rupanya lebih jahat dan zalim dari penguasa yang terdahulu.
Sekali lagi kali ini rakyat akan ditipu untuk terus mengundi mereka dengan kata mereka PRU 2004 adalah pilihanraya peralihan kuasa manakala PRU 2008 adalah pilihan rakyat untuk terus maju dan membangun.
Ini semua adalah retorik murahan parti BN yang memerintah, media mereka adalah pencacai najis yang keji dengan penipuan dan manipulasi berita palsu untuk disajikan sebagai makanan segera kepada rakyat.
Persoalan amanah bukan mainan, ianya sangat berkait rapat dengan sifat keimanan kita kepada Allah sebagai janji umat Muhammad SAW untuk menjadi khalifah yang mentadbir dunia secara adil dan takwa.
Di kala ini, petugas-petugas mestilah beriltizam menyemarakkan semangat gerak kerja pilihanraya kerana semua pekerjaan ini adalah kerja-kerja yang berpahala.
Berbeza dengan penyokong dan juak-juak UmnoBN yang sentiasa mengharapkan imbalan dunia yang belum tentu menyelamatkan mereka di akhirat ini.
Semua pejuang-pejuang Islam juga diingatkan untuk meletakkan kebergantungan kita kepada Allah dengan puasa disiang hari dan solat di malam hari tanda kita tunduk dan patuh dengan pencipta kita Allah Tuhan Sekelian Alam.
InsyaAllah PASJB akan membawakan berita-berita eksklusif khususnya dari selatan tanahair ini yang bakal merancakkan lagi perang yang sudahpun bermula.
Ya Allah Berikanlah Kemenangan Kepada Kami dan Hancurkanlah Umno dan Barisan Ahzabnya.... AllahuAkbar. ..

Sumber : Jundullah


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: