Monday, February 4, 2008

PM China Lebih Perihatin / Disneyland Malaysia?

CINA ISLAM

Bencana : PM China Lebih Perihatin Berbanding PM Malaysia

GUANGZHOU, 2 FEB;-Semasa Banjir besar di Johor Pak Lah bercuti di luar negara dan nampak sangat dia tidak bertanggungjawab dengan masalah rakyat di negeri Darul UMNO itu. Najiblah yang jadi pak sanggup dan bidan terjun pada masa itu. Adakah Pak Lah yang kononnya menyebut saya berdosa kalau tidak tolong orang melayu rasa tidak berdosa dengan tindakannya.



Perkara sebaliknya berlaku di China . Menurut Agensi Berita Xinhua China, Perdana Menteri China, Wen Jiabao sekali lagi meninjau keadaan bencana salji di provinsi Hunan hari ini.

Pada 28 hingga 30 Januari lalu, Wen Jiabao telah meninjau usaha mengatasi bencana dan pengangkutan awam di provinsi Hunan dan Guangdong dan kembali ke Beijing pada pukul 6.00 petang 30 Januari. Pada hari ini 1 Feb, beberapa kawasan di selatan China telah dilanda ribut salji buat pusingan keempat, maka Perdana Menteri Wen Jiabao kembali ke kawasan bencana untuk meninjau keadaan rakyatnya.

Wen Jiabao telah tiba di Changsha, ibu kota provinsi Hunan dan segera mengadakan mesyuarat dengan pihak-pihak berkenaan untuk mengaturkan tindakan segera.

Inilah yang dinamakan pemimpin. Bila-bila masa dan di mana sahaja mengutamakan rakyat. Malulah Malaysia yang mempunyai pemimpin yang sering tidur tetapi jaga bila nampak "duit". Walaupun itu duit bencana untuk yang ditimpa bencana itupun di "rangoh" kata orang Kelantan.


Disneyland Malaysia?

Pertama sekali saya ingin mengucapkan belasungkawa kepada keluarga Almarhum Dato’ Ishak Baharum atas pemergian Bekas Mufti Negeri Selangor Darul Ehsan. Semoga Allah merahmati beliau dan meninggikan darjatnya di akhirat kelak. Himpunan maaf dari saya sekeluarga atas ketidakmampuan kami untuk menghadiri majlis pengkebumian Almarhum Dato’ Ishak Baharum atas sebab-sebab yang tidak dapat kami elakkan.

Berbalik kepada tajuk yang diatas, kepada semua rakyat Malaysia anda sewajarnya berasa berbangga dengan kemampuan ekonomi Malaysia. Memang pada dasarnya Malaysia adalah sebuah negara yang kaya yang mana mampu menjanakan beberapa inisiatif bertaraf mega (giga) yang memperuntukkan belanja lebih dari 100 bilion. Malaysia memang sebuah negara yang kaya. Manakan tidak Abdullah Ahmad Badawi boleh melancarkan empat koridor ekonomi yang bernilai lebih dari 100 bilion (digabungkan) hanya dengan nilai KDNK negara yang kecil.

Kini anda boleh boleh berbangga dengan Malaysia kerana akhirnya impian Malaysia untuk memiliki sebuah taman tema (Disneyland Malaysia) akan dirasmikan hari ini. Taman Tamadun Islam (TTI), satu-satunya taman tema (Disneyland Malaysia) adalah seluas 33 hektar dan terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu serta menempatkan 21 replika monumen terkenal di seluruh dunia.

Apa yang pasti dengan pelaburan mencapai RM249.3 juta, tentunya taman tema ini adalah lebih bermanfaat (benarkah?) daripada pelaburan menyediakan buku teks percuma kepada semua pelajar sekolah peringkat rendah atau menengah ataupun dari pelaburan untuk menyediakan mesin homeodialysis disemua klinik kesihatan kerajaan agar dapat memudahkan pesakit mendapatkan khidmat dengan harga yang rendah atau percuma.

Jika kita campur, tolak, kira dan bahagi tentunya kita akan mendapati bahawa dengan RM249.3 juta yang dilaburkan untuk Disneyland Malaysia (TTI) tentunya dapat kita perolehi lebih daripada 2493 unit mesin homeodialysis dapat dibekalkan kepada semua klinik kesihatan kerajaan. Tapi Kerajaan Malaysia pimpinan Abdullah Ahmad Badawi lebih mementingkan kebanggaan dan kehebatan serta lupa bahawa mereka diamanahkan untuk berkhidmat kepada rakyat dan bukannya untuk bermegah-megah.

Pelancaran Disneyland Malaysia (Taman Tamadun Islam) di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu memperlihatkan bahawa Kerajaan Malaysia pimpinan Abdullah Ahmad Badawi & Co bukanlah berminat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara kebajikan malah dengan sinisnya sanggup pula menghina (memperlekehkan) pihah lain yang bersungguh-sungguh bersedia untuk berkhidmat kepada rakyat dan menjadikan Malaysia sebuah negara kebajikan.

Oleh kerana ini, jika anda merasakan bahawa anda tidak mendapat banyak kemudahan dan kebajikan sebagai rakyat Malaysia, maka sedarlah bahawa Kerajaan Malaysia pimpinan Abdullah Ahmad Badawi & Co hanya ingin memeras perolehan dari anda (cukai dan sebagainya) tanpa perlu memberikan apa-apa khidmat kepada anda. Hasil cukai yang dikutip hanyalah untuk mereka dan keluarga mereka.

Warga Malaysia tidak sewajarnya dijadikan lembu susu kepada kegilaan Abdullah Ahmad Badawi & Co malah warga Malaysia berhak mempersoalkan kewajaran pembinaan Disneyland Malaysia ini yang dirasakan tidak kena pada masa dan tempatnya.

Dalam pada rakyat diarahkan berjimat cermat dan membayar segala bentuk cukai, tol dan kenaikan harga barangan keperluan, Kerajaan Malaysia pimpinan Abdullah Ahmad Badawi pula dengan sewenang-wenangnya menjahanamkan wang rakyat sebanyak RM249.3 juta hanya untuk tujuan bermegah-megah.

Kalau beginilah caranya Abdullah Ahmad Badawi mentadbir ekonomi negara, maka jangan terkejut jika Malaysia akan menjadi bankrap dengan lebih pantas (walaupun Najib Razak ada mengatakan bahawa negara ini pasti akan bangkrap jika ditadbir oleh parti pembangkang yang berminat untuk menjadikan negara ini negara kebajikan).

Semoga Allah S.W.T akan menyelamatkan Malaysia daripada pemimpin yang rasuah, pecah amanah, bermegah-megah dan menzalimi rakyat. Amin.

JOM BERSIH!!! bersih.org/



HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: