Thursday, February 28, 2008

Petugas PAS Tanjung Karang meninggal dunia

"Dewan Pemuda PAS Tanjung Karang" dpptgkarang@yahoo.com

Petugas PAS Tanjung Karang meninggal dunia PDF Print E-mail
Written by PAS Tanjung Karang
Wednesday, 27 February 2008

Tanjungsanusi01.jpg Karang : Petugas PAS Unit Peti Undi (UPU) Tanjung Karang Tempatan Ladang, Sanusi Salleh, 50, yang terlibat dalam kemalangan akibat terjatuh dari lori sewaktu hendak memasang papan tanda PAS di Bagan Pasir, Batu 7, Tanjung Karang telah meninggal dunia di Hospital Tanjung Karang jam 2.00 pagi tadi. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir disisi isteri dan anak-anaknya serta saudara terdekat.

Allahyarham yang bekerja sendiri sebagai petani telah meninggalkan seorang balu, Fatimah Hashim, 45, dan tujuh orang anak (4 Lelaki dan 3 Perempuan) berusia antara 4 sehingga 22 tahun yang masih kecil adalah Bendahari PAS Cawangan Batu 9 Kampong Tengah.

khas-sanusi01.jpgJenazah Allahyarham telah dibawa kerumahnya di Lorong Menanti 3, Batu 9 Tanjung Karang dan telah disembahyangkan pada jam 9.30 pagi sebanyak dua kali diimamkan oleh Timbalan Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan, Ustaz Haji Abd Ghani Samsudin, yang juga Calon PAS N08 Sungai Burong dan YDP PAS Kawasan, Ustaz Haji Musa Mohamad. Jenazah Allahyarham telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Karang.

Allahyarham merpupakan seorang petugas parti yang rajin dan komited dalam mejalankan tugas yang diamanahkan kepadanya. Komitmennya kepada parti amat tinggi dan merupakan orang yang terawal hadir dalam Mesyuarat atau aktiviti PAS Cawangan.

Kali terakhir beliau menghadiri program di Cawangan ialah sewaktu Mesyuarat Agung PAS Cawangan Batu 9 Kampong Tengah pada 9hb Februari 2008 yang lalu dan telah dirasmikan oleh Timbalan Yang Dipertua (YDP) PAS Cawangan, Ustaz Haji Abd Ghani Samsudin di Bilik Gerakan PAS Cawangan Batu 9 Kampong Tengah.

Antara pimpinan PAS yang hadir memberikan penghormatan terakhir ialah Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin, yang juga calon P095 Tanjung Karang, Naib YDP PAS Kawasan, Dr Mohd Yusof Abd Wahab, Setiausaha PAS Kawasan, Haji Mohd Saad Ibrahim, Ketua-ketua Dewan PAS Kawasan, Ustaz Khairullah Junid, Ustaz Mat Hasbullah Sudin dan Ustazah Jamiyah Yusof serta pimpinan dan penyokong PAS seluruh kawasan Tanjung Karang. Al-Fatihah.

Last Updated ( Wednesday, 27 February 2008 )

http://tgkarang. pas.org.my/ index.php? option=com_ content&task=view&id=30&Itemid=1



*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: