Tuesday, February 26, 2008

Perjuangan Rakyat Sudah Bermula! / People Are Ready To Defend The Last Frontier

(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
(Cetak dan Sebarkan Berita Kepada Rakyat!)

kickdefella

Perjuangan Rakyat Sudah Bermula!

pm-micheal-yeoh2.jpg
Tanda-tanda keranapan Barisan Nasional semakin nyata. Setelah kemarau hampir dua minggu, tiba-tiba jam dua pagi tadi, hujan bercucuran seolah-olah mahu menyucikan musibah dan segala kecemaran yang diconteng Barisan Nasional selama 3 tahun 10 bulan menjadi pembangkang terkuat di dunia dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan, tetapi pada waktu yang sama juga menjadi pembangkang roti Pak Lah, roti yang tak bertelur.

Dalam Barisan Nasional berarak dengan nyanyian �Inilah Barisan Kita�, rakyat bertafakur seketika kemudian menyucikan diri dengan wuduk sebelum memohon restu dari Maha Pencipta untuk melangkah berjuang membela agama dan bangsa.
jt-photography-0193.jpg
Apabila rakyat bertempit menyanjung Yang Maha Kaya bila nama rakyat diumumkan sebagai calon pilihanraya, Barisan Nasional mengiringi nama calon mereka dengan tepuk sorak seperti waktu mereka bertepuk sorak berhibur dengan segala hiburan import di Kediaman Rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana dengan menggunakan wang titik peluh rakyat.
jt-photography-0184.jpg

Ternyata Barisan Nasional sudah kalah. Ternyata rakyat ada sejuta sebab untuk berjuang hingga ke titisan darah terakhir kerana, perjuangan mereka, sama seperti hidup mereka dan mati mereka, hanyalah untuk Yang Satu.

Kekucarkaciran Barisan Nasional Kelantan menjelaskan mengapa moto mereka hanya untuk mendapat satu undi sahaja, tidak lebih dari itu. Jadi, berilah Barisan Nasional permintaan terakhirnya, supaya Barisan Nasional boleh berkubur selamanya di bumi Kelantan.

Maka, hari ini, semua rakyat Malaysia yang layak mengundi adalah panglima perang mereka sendiri. Selamat berjuang pengundi Malaysia. Selamatlah selamanya.
jt-photography-9832.jpg



kickdefella

People Are Ready To Defend The Last Frontier

sholat-hajat.jpg sujud.jpgmohon-restu.jpg ke-medan-perang.jpg bersatu.jpgpenyerahan-borang-pencalonan.jpg tamat-masa.jpgcalon-pas-kubang-kerian.jpg bersedia.jpg


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: