Thursday, February 14, 2008

periksa Kad Laporan Prestasi Wakil Rakyat / Siapa kaut untung Petronas?

(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
(Cetak dan Sebarkan Berita Kepada Rakyat!)

ALHUSSEYN

Rakyat patut periksa Kad Laporan Prestasi Wakil Rakyat


Abdullah berkata, beliau sudah menerima semua kad laporan prestasi itu dan sedang memperhalusinya bagi menilai mutu kerja serta khidmat yang diberikan setiap wakil rakyat BN sejak pilihan raya umum lalu.

"Saya akan lihat dan nilai apa yang mereka buat berdasarkan kad laporan itu kerana ia adalah antara faktor (sama ada dicalonkan semula)," katanya selepas menemui Puteri Umno Pulau Pinang di Seberang Jaya di sini, semalam.

Laporan lanjut disini Adakah Abdullah cukup berwibawa untuk menilai prestasi orang bawahannya?Dan siapakah yang paling layak untuk menilai para wakil rakyat termasuk diri Abdullah sendiri? Jawabnya tentulah 'kita' – rakyat yang akan memilih mereka.Kitalah yang menilai dan kalau mereka tidak menepati aspirasi Deklarasi Rakyat , jangan ragu-ragu untuk mengatakan ‘TAK NAK’ kepada mereka.

Kita patut sangat menilik prestasi kerja Abdullah sebagai PM . Jangan mudah terpedaya dengan pengakuan Abdullah baru-baru ini yang masuk bakul angkat sendiri!

Dia mengaku yang kononnya dia bekerja keras selama ini. Tetapi sebaliknya sering kita dapati Abdullah tidur dikhalayak ramai. Pernahkah anda melihat pemimpin mana-mana negeri kerap tertidur dikhalayak ramai?

Sejak mula perlantikannya sebagai PM, Abdullah berjanji untuk memerangi rasuah. Bagaimana dengan kes rasuah Kasitah Gadam dan Eric Cheah yang masih terus bebas?

Betapa pula dengan isu 18 orang yang berprofile tinggi dikatakan terlibat dengan rasuah tetapi belum diambil apa-apa tindakan. ADUN Kelang, Dato Zakaria yang mampu memiliki rumah RM12 juta dgn 16 bilik air seperti istana menghadapi 13 kes pertuduhan, kini dilepaskan.

Kesian kepada Tuan Guru yang tidak ambil rasuah tetapi BPR serta merta pergi serbu Tuan Guru untuk siasat aduan walaupun tidak ada apa-apa bukti! Ghani Patail pun senyap tak kata- apa-apa pun sebagaimana lazimnya dia mempertahankan puak-puak penyangak BN apabila disiasat BPR -- dia akan lebih dahulu buat statement dari BPR yang menyiasat! Adakah anda berpuas hati dengan tindakan yang diambil oleh pentadbiran Abdullah sehingga kini tentang rasuah?

Adakah pengundi Johor boleh melupakan begitu sahaja , tatkala mereka dilanda banjir besar, makan nasi kawah ; sedangkan Abdullah bercuti bersama isteri baru dan sekeluarga makan nasi Briyani diRestoran Puteri di Perth Australia?

Terlalu banyak kelemahan Abdullah kalau mahu disenaraikan. Lihatlah sahaja gelaran yang diberikan orang disini

Proses siasatan dan menilai laporan prestasi sebagaimana yang dihebohkan oleh PM Abdullah ini hanyalah berupa ‘proses pensucian’ wakil-wakil rakyat BN untuk dikitar semula.

Ingat S.Samy Vellu pernah disiasat oleh BPR atas tuduhan rasuah ? Tetapi BPR dapati tidak cukup bukti untuk mendakwanya; kemudian Samy Vellu dengan megah lalu berkokok bahawa dia adalah manusia paling bersih kerana setelah disoal siasat oleh BPR , dia disahkan tidak terlibat dengan sebarang rasuah. "Saya orang paling bersih"

Siasatan BPR seumpama itu hanya menjadikan orang seperti Samy Vellu menjadi ‘lebih Suci’ dan ‘lebih Mulia’ dari sebelum siasatan.

Mengapa hanya setelah hampir empat tahun dan menjelang pilihanraya , PM Abdullah baru bercadang untuk menilai prestasi wakil rakyatnya? Bukankah serpanjang empat tahun itu sepatutnya dia memantau dan menegur apa yang perlu? Abdullah patut sudah tahu menilai siapa yang benar-benar bekerja untuk rakyat selama ini.

Laporan audit negara dengan jelas mendedahkan penyelewengan di Kementerian2 utama dalam negara seperti Kementerian Pertahanan ( Najib), Kementerian Pendidikan (Hishamuddin) , Kementerian Belia dan Sukan (Hishamuddin) jelas terbabit dan terbukti terlibat dalam menipu dan salah urus duit rakyat.

(a Rafidah Aziz Ketua Wanita Umno (kes AP dan penyelewengan saham Leader Universal Holdings),

(b) Rahim Tamby Chik Ahli MT Umno (kepentingan 11 syarikat dengan aset Rm39.7 juta)

(c) Mohamad Khir Toyo, Ahli MT Umno (amalan kronisme melampau dalam projek pembangunan Negeri Selangor) Sdr Lufti sering menulis tentangnya dan banyak aduan yang telah dibuat kepad BPR tapi tak lut!

(d) Nazri Aziz, Ketua Umno Padang Rengas (penyelewengan permit teksi)

(e) Said Yusof, Ahli Parlimen Jasin ( skandal lari cukai balak )

(f) Khalil Yaakob, Yang Dipertua Negeri Melaka ( skandal balak di Pahang )

(g) Annuar Musa, Ketua Umno Ketereh (skandal penyelewengan PPRT berjumlah RM 40 juta)

(h) Najib Razak, Timbalan Presiden Umno ( skandal komisyen pembelian kapal selam Scorpene bernilai USD 100 juta )

i) Abdullah Ahmad Badawi, Presiden Umno ( skandal Oil for Food)

PM Abdullah Badawi pasti akan melantik dirinya semula dan mereka semua sebab dia tidak ada pilihan lain ; dan mereka akan kata kepada Abdullah :
Kamu memang lebih terror dari kami semua!”


Kempen2: Siapa kaut untung Petronas?
Harakahdaily
Wed | Feb 13, 08 | 12:48:39 pm MYT
Kempen2 | Edisi Khas sempena Pilihan Raya Umum Ke-12 menyampaikan informasi alternatif yang tepat, padat dan terkini kepada rakyat. Awas pembohongan BN!.
Klik di sini untuk muat turun risalah Kempen1 atau klik kanan tetikus anda pada pautan tersebut dan klik 'Save Link As/Save Target As".

(BERSIH! Kuala Terengganu, 22 February!)


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: