Monday, February 4, 2008

Penipuan makanan halal

"umar faruqi" faruqi03@yahoo.com

Penipuan makanan halal
Posted on Saturday, February 02 @ 22:15:32 MYT by SongkokPutih
Aduan @ Laporan Oleh E-Pengguna



 POHON kepastian daripada siapa yang arif tentang hal ini:


1. Kenapa setiap kali serbuan dibuat, pihak berkenaan tidak menwar-warkan nama syarikat yang terlibat? Siapa yang kita nak lindungi - pengguna atau penipu?



2. Kenapa pihak Persatuan Pengguna Islam tidak menyaman syarikat berkenaan kerana telah menipu pengguna pengguna beragama Islam?


3. Kenapa pihak majlis agama Islam negeri tiada kuasa untuk membuat spot check, sebagai slah satu cara untuk memberi tekanan kepada pengilang pengilang yang keji macam ni.

4. Kenapa kerajaan tidak menggubal hukuman yang berat untuk syarikat yang menganiaya akidah orang Islam, contohnya penarikan lesen berniaga selama 10 tahun atau rampas harta syarikat. Saya rasa, kerajaan kita tidak serius..Kalau betul betul prihatin, dah lama digubal undang undang. Takkan nak tunggu kes lagi teruk berlaku..

Orang kat Kedah sana tau ke apa nama syarikat di Kepala Batas tu? Nak tahu apa nama syarikat yang keji ni!

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: