Monday, February 18, 2008

Peningkatan Jenayah Membimbangkan / TIME TO VOTE OUT BARISAN NASIONAL

(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
(Cetak dan Sebarkan Berita Kepada Rakyat!)

BuletinOnline

Rakyat Terengganu Tidak Selamat Peningkatan Jenayah Membimbangkan

The image  “http://buletinonline.net/images/berita4/buangbayi1.gif” cannot be displayed, because it contains errors.
Setelah empat tahun memerintah negeri ini, Kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu berbangga dengan pembangunan material projek-projek pembangunan yang boleh dilihat dengan mata kasar.

Dalam masa yang sama, pembangunan kemanusiaan semakin runtuh dengan merebaknya penyakit sosial yang semakin bertambah hari demi hari. Bagaimanapun, situasi itu tidak dilaporkan dalam media massa menyebabkan rakyat beranggapan keruntuhan akhlak dan gejala sosial terutama di kalangan remaja di negeri ini berlaku pada kadar yang minimum di bawah Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh.
The image “http://buletinonline.net/images/berita4/buangbayi2.gif” cannot be displayed, because it contains errors.

Walaupun Idris banyak mencanangkan program melahirkan generasi ulul albab yang bercirikan Quranik, Ensaiklopedik dan Ijtihadik melalui sistem pendidikan yang kreatif, namun ianya sekadar berbangga di atas kertas sahaja.


Hakikatnya, jenayah seperti mencuri, membunuh, merogol, pergaduhan dan sebagainya masih berlaku dan angkanya semakin membesar sehingga dijadikan kandungan teks khutbah Jumaat yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama negeri, sejajar dengan pembangunan material yang dikatakan pesat di bawah kerajaan negeri sekarang.

Berdasarkan statistik jenayah indeks yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia Kontinjen Terengganu menunjukkan pada tahun 2005 sejumlah 4,865 kes jenayah indeks telah dilaporkan berlaku dan jumlah itu meningkat 21.3 peratus pada tahun 2006 kepada 5,899 kes. Kes rogol, sejumlah 84 pada 2005, meningkat 124 pada 2006, mencabul kehormatan: 60 kes (2005) kepada 77 (2006), samun tanpa senjata api: 23 kes (2005) kepada 82 (2006), mencederakan manusia: 107 kes (2005) kepada 161 (2006), curi motosikal: 1,992 (2005) kepada 2,381 (2006), ragut: 106 (2005) kepada 180 (2006), pecah rumah: 1,188 (2005) kepada 1,360 (2006).

Dari sejumlah 5,899 kes yang dilaporkan pada tahun 2006, sejumlah 3,063 kes atau 56.7 peratus berjaya diselesaikan melalui tangkapan seramai 1,829 orang penjenayah. Daripada sejumlah 1,829 tangkapan tersebut, seramai 1,810 orang atau 98.96 peratus adalah terdiri daripada mereka yang berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Jenayah culik kanak-kanak yang berlaku di bandaraya Kuala Lumpur seperti kes Nurin dan Sharlinie kini telah merebak ke Terengganu. Bulan ini sahaja, terdapat dua kali cubaan menculik kanak-kanak sekolah.
Di bawah ini pula diperturunkan berita-berita yang keluar saban hari didada-dada akhbar berkenaan dengan Terengganu;
Pelajar Paksa Surirumah Aksi Lucah

DUNGUN, 1 Jan Seorang pelajar Tingkatan Tiga ditahan polis awal pagi semalam kerana dipercayai terbabit dalam kejadian meraba seorang suri rumah berusia 31 tahun selepas dia memecah masuk rumah mangsa lalu tidur bersebelahan wanita, beberapa hari lalu.


Dalam kejadian tersebut, pelajar berusia 15 tahun itu didakwa bertindak memecah masuk rumah mangsa melalui tingkap dapur sebelum berbaring di sisi wanita berkenaan dan memaksa mangsa memegang kemaluannya.


Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Dungun, Deputi Supritendan Ismail Abdullah, pelajar berkenaan ditahan berikutan satu laporan yang dibuat oleh mangsa di Balai Polis Paka.


Ekoran laporan tersebut, sepasukan polis diketuai Inspektor Khairuddin Hussain menyerbu sebuah rumah dekat Tebing Tembah, Paka kira-kira jam 2.45 pagi semalam dan menahan suspek, katanya.


Sinar Harian: 1 Januari lalu melaporkan seorang wanita yang tinggal bersama dua anaknya di sebuah rumah sewa ketika suaminya bekerja di luar daerah berada dalam trauma setelah rumahnya diceroboh pencuri yang turut melakukan perbuatan tidak senonoh.


Difahamkan, pelajar berkenaan sebelum ini pernah ditahan polis kerana disyaki terlibat dengan beberapa kes jenayah lain termasuk kes curi motosikal dan pecah rumah.


Selain itu, suspek juga dipercayai pernah digantung persekolahan kerana masalah disiplin dan dia yang sepatutnya memulakan persekolahan semalam, terpaksa ditangguh kerana ditahan polis.


Menurut Ismail, suspek kini ditahan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan pihak polis telah memohon tahanan reman daripada mahkamah bagi melakukan siasatan lanjut. - SinarHarian


The image  “http://buletinonline.net/images/berita4/kakidadahbesut.gif” cannot be displayed, because it contains errors. Wanita dicabul dalam bas

KUALA TERENGGANU, 26 Jan - Seorang penolong akaun terpaksa berhadapan dengan detik hitam melebihi lima jam, apabila dia dicabul berulang kali oleh seorang lelaki ketika berada di dalam sebuah bas ekspres sewaktu perjalanan pulang ke Kuala Terengganu, awal pagi semalam.


Selain diraba di bahagian kaki, tangan dan pinggul, wanita tersebut turut menjadi mangsa keghairahan nafsu lelaki yang bekerja sebagai pembuat kapal di Klang, Selangor itu yang dikatakan bertindak berani menyentuh kemaluan mangsa.


Bagaimanapun, tindakan melampaui batas lelaki terbabit akhirnya membawa padah, apabila dia ditumbuk oleh wanita berkenaan, sebelum kejadian itu dimaklumkan kepada pemandu bas ekspres tersebut, lalu suspek diserahkan kepada pihak polis.
The image “http://buletinonline.net/images/berita4/buangbayi1.gif” cannot be displayed, because it contains errors.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah II Negeri, Supritendan K. Manoharan berkata, kejadian berlaku pada jam 9.30 malam kelmarin ketika mangsa menaiki sebuah bas ekspres di Stesen Shah Alam untuk pulang ke rumahnya di Kuala Terengganu.


Menurut K. Manoharan, ketika tiba di Stesen Bas Klang, Selangor seorang lelaki telah menaiki bas berkenaan lalu duduk di sebelah mangsa.


Ketika dalam perjalanan, lelaki berkenaan dikatakan bertindak meraba kaki, pinggul serta tangan mangsa dan dia (mangsa) yang berada dalam ketakutan berpura-pura tidur, ujarnya ketika ditemui di pejabatnya, di sini semalam.


Katanya, sejurus kemudian, setelah tidak tahan diperlakukan sebegitu rupa mangsa telah bangun untuk melihat lelaki berkenaan, namun suspek dikatakan berpura-pura tidur untuk menutup perbuatan terkutuknya itu.

Bagaimanapun kata K. Manoharan, apabila tiba di Marang suspek dikatakan cuba bertindak di luar dugaan dengan meraba kemaluan mangsa dan akibat terlalu marah di atas perbuatan tersebut, mangsa terbabit telah bangun dan melihat ke arah tingkap bagi menakutkan suspek.


Ketika bas itu tiba di Chendering, lelaki berkenaan ingin turun di situ dan akibat tidak mampu menahan kemarahan di atas perbuatan tidak senonoh suspek terhadapnya, mangsa telah menumbuk muka lelaki itu hingga mencetuskan pergelutan.


Bagaimanapun mangsa dan suspek tidak mengalami sebarang kecederaan dan sebelum itu wanita tersebut dikatakan turut menghubungi talian 999 untuk membuat laporan mengenai perlakuan lelaki tersebut, katanya.


Menurutnya, mangsa kemudian memaklumkan kejadian berkenaan kepada pemandu bas ekspres itu dan suspek yang berumur 29 tahun dan tinggal di Kampung Rusila, Marang akhirnya di bawa ke Balai Polis Chendering pada jam 4.50 pagi.


Katanya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencabul Sinar Harian.
The image “http://buletinonline.net/images/berita4/tinagocoh.gif” cannot be displayed, because it contains errors.Semakin ramai pelajar terlibat jenayah
KUALA TERENGGANU: Bilangan pelajar sekolah yang terlibat dengan kes jenayah di negeri Terengganu pada tahun lepas dilaporkan meningkat berbanding pada tahun sebelumnya.

Ketua Polis negeri Datuk Ayub Yaakob berkata, yang paling membimbangkan ialah jumlah itu juga turut melibatkan murid sekolah yang berumur dalam lingkungan 11 hingga 12 tahun.

"Pada tahun lepas sahaja, sebanyak 122 kes jenayah indeks melibatkan pelajar sekolah dicatatkan dengan tangkapan seramai 216 yang mana 10 daripadanya merupakan murid sekolah yang berumur dalam lingkungan 11 hingga 12 tahun.

"Jumlah itu mencatatkan peningkatan berbanding tahun 2005 iaitu sebanyak 128 kes dengan tangkapan seramai 184 orang pelajar termasuk lapan orang murid berumur 11 hingga 12 tahun," katanya selepas merasmikan Majlis Seminar Gejala Sosial Di Kalangan Remaja Wanita Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Universiti Malaysia Terengganu di sini Rabu.

Beliau berkata, seramai 147 remaja juga telah ditahan pada tahun lepas yang dikaitkan dengan 2,337 kes curi motosikal yang berlaku di negeri ini.

Selain itu, katanya pada tahun lepas juga, polis telah menahan seramai 51 pelajar sekolah dan 63 pelajar IPTA/IPTS yang didapati terlibat dengan masalah penyalagunaan dadah termasuk lima orang yang ditahan baru-baru ini mengikut Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jumlah itu, katanya mencatatkan sedikit penurunan berbanding tahun 2005 yang mana seramai 154 pelajar sekolah dan 88 pelajar IPTA/IPTS ditahan berhubung kes tersebut.

Katanya, walaupun peningkatan semua kes melibatkan remaja tidak berada di tahap yang membimbangkan, namun polis amat mengambil berat tentang perkara.

"Polis dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk institusi pengajian tinggi dan sekolah akan bekerjasama untuk mengenalpasti langkah yang terbaik untuk memberi kesedaran kepada mereka bagi mengelakkan golongan ini daripada menjadi mangsa jenayah serta terlibat dengan jenayah," katanya.

Beliau berkata, polis negeri juga akan mengadakan siri ceramah dari sekolah ke sekolah dan IPTA/IPTS bagi tujuan tersebut.- 2008-01-29 19:23:38.0 BERNAMA

Secara perbandingan boleh dilihat melalui statistik dibawah :
The image “http://buletinonline.net/images/berita4/indeksjenayah.gif” cannot be displayed, because it contains errors.
The image “http://buletinonline.net/images/berita4/cabul.gif” cannot be displayed, because it contains errors.
The image “http://buletinonline.net/images/berita4/rogol.gif” cannot be displayed, because it contains errors.
The image “http://buletinonline.net/images/berita4/sumbangmahram.gif” cannot be displayed, because it contains errors.



Din Merican

TIME TO VOTE OUT BARISAN NASIONAL

A message from an anonymous blogger for all of us to think about (below). He said:
Time to stop analysing and time for action.
Time to kick the UMNO Fat CATS out
Time for a change
Time to act
Time to start building a better future for our children
Time to protect and build this racially divided country
Time to heal the wounds created by UMNO Duds

Time to build a nation that we are proud of
Time to protect all under the Malaysian Sun

TIME TO VOTE OUT BARISAN NASIONAL

I agree. The time has come for change. Cheers Din Merican

(BERSIH! Kuala Terengganu, 22 February!)


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: