Wednesday, February 27, 2008

PENGHAPUSAN LEASEHOLD : TERBUKTI PAS MAHU LAKSANAKAN ISLAM

"as-syahid fi-sabilillah" abu_abdillah_azzam@yahoo.com

PENGHAPUSAN LEASEHOLD : TERBUKTI PAS MAHU LAKSANAKAN ISLAM

Dalam manipesto PAS pada pilihanraya kali ini, dalam teras ke 7, antara tawaran PAS adalah;

“menghapuskan status ‘leasehold’ atau ‘pegangan secara pajakan’ ke atas tanah-tanah kediaman dengan mengubah statusnya kepada ‘Freehold’ bagi memberikan pengiktirafan hak yang kekal dan boleh diwarisi” (Manifesto PAS : kerajaan beramanah, Adil dan bersih (PRU 12) : m.s 24)

Tawaran PAS ini membuktikan kesungguhan PAS dalam melaksanakan kebajikan kepada rakyat di Negara ini. Disamping itu juga, ianya membuktikan, betapa ikhlasnya PAS hendak menjadikan islam sebagai agama yang terlaksana di muka bumi Allah SWT.

LEASEHOLD DI MALAYSIA

Merujuk kepada sejarah, istilah leasehold adalah satu istilah yang diambil dari pengamalan yang diamalkan di Australia. Ianya adalah berasaskan kepada sistem tanah yang dinamakan sebagai ‘torrens System.

Semasa kemasukan British di Tanah Melayu, pihak British mahu melaksanakan sistem torrens sistem ini, tetapi tindakan British ketika itu mendapat tentangan hebat dari kalangan rakyat dan raja melayu. Ekoran dari itulah, ramailah rakyat-rakyat di buru oleh British kerana melawan British atas usaha British melaksanakan torrens Sistem tersebut. maka dengan itu, ramailah pejuang-pejuang rakyat ketiak itu di tangkap, dibunuh dan sebagainya. antara pejuang yang di tangkap adalah Abdul Rahman Limbong di kuala Berang, Terengganu.

Apa yang pasti, menyorot balik sejarah tanah melayu, didapati sistem tanah di Tanah melayu pada zaman dahulu mengikut sistem tanah yang benar-benar berasaskan kepada Islam, bermazhab As-Syafii. Pembuktian ini jelas dengan merujuk kepada hukum kanun melaka yang menyatakan bahawa undang-undang tanah ketika itu mengamalkan sistem ihya al-mawat.

Pembuktian ini dapat dirujuk kepada buku ‘Al-Ahkam jilid ke-3 : undang-undang harta dalam islam, susunan Professor Ahmad Ibrahim’, disana dinyatakan bahawa, Melaka mengamalkan sistem tanah mengikut Islam. kandungan undang-undang tanah itu adalah seperti berikut;

“Peri Hukum orang menebas rimba yang tidak di perhumai orang, melainkan (menjadi) milik orang (yang menebas itu) sahaja, (dengan) dua janjinya (syaratnya), (pertama) bahawa yang menebas itu islam (kedua) bumi itu jangan ada milik orang lain. apabila ditebasnya, maka barang yang ada di dalamnya itu menjadi pendapatan yang menebaslah” (Al-Ahkam jilid ke – 3 : undang-undang harta dalam Islam : m.s 62)

Apa yang terjadi, di saat kemerdekaan tahun 1957 masehi, undang-undang tanah Inggeris ini masih tidak berjaya dilaksanakan bagi menghapuskan undang-undang tanah Islam di Tanah melayu. Kegagalan ini adalah kesan daripada penentangan raja-raja melayu dan ulama-ulama yang disokong oleh rakyat dalam menghadapi usaha inggeris.

Mengejutkan, pada 8 tahun kemudiannya, iaitu pada tahun 1965 masehi, kerajaan Malaysia pimpinan tokoh-tokoh secular, berbangsa dan bercakap melayu, mendakwa beragama Islam, bermazhab UMNO/BN telah menerapkan sistem tanah inggeris ini di Malaysia. Perlaksanaan undang-undang Tanah Inggeris itu tidak digunakan dengan nama Torrens Sistem, tetapi digunakan atas nama “kanun tanah Negara” atau “National Land Code”, tetapi perlaksanaaanya adalah di rujuk kepada Torrens Sistem.

Dengan perlaksanaan kanun tanah Negara ini, menyebabkan lahirnya istilah leasehold yang hakikatnya menindas rakyat. Iaitu kesan perlaksanaannya menyebabkan rakyat yang sudah mendiami sesuatu tempat selepas 30 tahun akan diisytiharkan sebagai setinggan lantaran status tanah itu sudah mencapai tempoh yang telah ditetapkan.

PENGAMALAN LEASEHOLD DI MALAYSIA

Berdasarkan kajian Fellow Majlis Perundingan dan penyelidikan Hukum Dewan Ulama PAS Pusat, didapati bahawa lebih 80 % masyarakat yang mendiami rumah teres berstatus leasehold (pajakan) 99 tahun menganggap kerajaan akan membayar PAPASAN apabila mengambil semula tanah kediaman mereka selepas tamat tempoh 99 tahun. (tanah kediaman status pajakan : bahaya dan kesannya kepada masa depan rakyat : m.s 13)

Anggapan ini adalah salah, ini adalah kerana, jika di rujuk kepada kanun tanah Negara, seksyen 47 (2) menyatakan:

“tiada pampasan akan kena dibayar oleh pihak berkuasa negeri berkenaan dengan mana-mana bangunan yang terletak hak kepadanya menurut seksyen ini” (kanun tanah Negara 1965 : m.s 67)

Dari seksyen ini, difahami bahawa, mana-mana tanah yang sudah cukup tempoh pajakan yang ditetapkan, maka tanah tersebut berhak diambil oleh pihak kerajaan tanpa perlu kepada kerajaan membayar apa-apa pampasan pun kepada penduduk di tanah leasehold tersebut.

Tanah yang berstatus leasehold ini, apabila sudah tamat pajakannya, tanah tersebut secara automatic menjadi milik kerajaan semula. Ini dapat dibuktikan dengan kandungan kanun tanah Negara, seksyen 46 (1) (a) :

“tanah bermilik (pajakan) hendaklah kembali kepada dan terletak hak kepada pihak berkuasa negeri dalam keadaan setelah tamatnya tempoh (jika ada) yang ditetapkan dalam dokumen hakmilik mengenainya” (kanun tanah Negara 1965 : m.s 65)

Keadaan ini tidak sama dengan tanah yang berstatus ‘Freehold’, yang mana tanah tersebut tidak boleh diambil oleh mana-mana pihak, termasuk pihak kerajaan sekalipun. Jika mahu diambil juga, pihak kerajaan wajib membayar pampasan kepada tuan tanah tersebut. hal ini boleh dirujuk dalam kanun tanah Negara, seksyen 48 :

“tiada hak milik tanah kerajaan boleh diperolehi secara pemilikan, pendudukan tak sah atau pendudukan di bawah mana-mana lesen untuk mana-mana tempoh sekalipun” (Kanun tanah Negara 1965 : m.s 67)

LEASEHOLD KEDIAMAN MENGIKUT KACAMATA ISLAM

Jika dikaji dari sudut islam, pengamalan leasehold tanah kediaman di Malaysia adalah pengamalan yang haram dari sudut syarak. Antara sebab pengharaman itu adalah seperti berikut;

a. PENGAMALAN HIMA YANG DIHARAMKAN ISLAM

Hima bermaksud pengisytiharan hak kawasan. Ianya diamalkan oleh orang berkuasa di zaman Jahiliyyah dengan menetapkan kawasan-kawasan tertentu adalah hak milik mereka dengan cara-cara tersendiri. (Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuh : 5/571)

Menurut Istilah syarak, hima bermaksud, kerajaan menentukan sesuatu kawasan terbiar dan menguatkuasakan larangan mengambil rumput untuk makanan ternakan. Ia mempunyai tujuan-tujuan tertentu bagi kemaslahatan awam, bukan untuk maslahah individunya sendiri.

Mazhab Maliki mendefinisikan hima sebagai “pemimpin Islam menentukan kawasan-kawasan tertentu untuk keperluan selain pemimpin” (Nail Al-Awtar : 5/528)

Dari sudut hukum, hima dalam bentuk pengisytiharan pemilikan kawasan tanah dengan menafikan ihya’ al-mawat adalah tidak harus.

Sabda Nabi SAW:

لَا حِمَى إِلَّا لِلَّهِ وَلِرَسُولِهِ

Maksudnya;

“Tiada Hima melainkan untuk Allah dan Rasul-Nya” (Sahih Al-Bukhari : 2197)

Walaupun hadis ini menyatakan bahawa hima itu hanya dibenarkan untuk Allah dan Rasul, tapi Rasulullah tidak pernah melakukan hima untuk dirinya sendiri.

Adapun pemimpin Negara Islam (bukan Negara Islam Hadhari), tidak dibenarkan kepadanya melakukan hima untuk dirinya. Pun begitu, sekiranya ia melakukan hima untuk keperluan awam seperti kawasan rumput yang dikhaskan untuk kuda-kuda tentera islam dan untuk makanan binatang zakat yang dipelihara oleh kerajaan, hal ini dibenarkan oleh sebilangan ulama, seperti As-Syafii, tetapi tidak dibenarkan mengikut pendapat ulama yang lain. (Fath Al-Bari : 7/233)

Diperhatikan dengan tindakan kerajaan Malaysia , didapati bahawa, pengamalan Hima yang diharamkan oleh Islam ini menjadi pengamalan dalam sistem tanah di Negara ini.

Iaitu, kerajaan telah mengisytihar sesuatu kawasan sebagai hak milik mereka, tetapi dalam masa yang sama, mereka telah menafikan hak milik penerokaan tanah yang telah didiami oleh rakyat sejak sekian lama dengan alasan tiada geran, walaupun kadangkala tempat itu telah didiami oleh rakyat semenjak sebelum merdeka lagi.

Keadaan ini berlaku di Taman Dato’ Harun (disebelah masjid), yang rumah mereka telah dirobohkan pada bulan April 2006 yang lalu, sedangkan penempatan tersebut bermula sebelum kemerdekaan tanah melayu lagi.

b. MENAFIKAN HAK PEMILIKAN YANG SAH MENURUT ISLAM

Apabila tanah tersebut tidak boleh dihima oleh kerajaan, lalu dihimakan juga, bermakna kerajaan telah melakukan “rompakan” terhadap tanah rakyat yang telah rakyat teroka secara sah mengikut Islam.

Tanah rompakan tidak boleh dijadikan sebagai bahan untuk di sewa. Ini adalah kerana, syarat sesuatu benda yang hendak disewa, hendaklah benda tersebut adalah pemilikan yang sempurna (الملك التام).

Dan tanah tersebut pula merupakan tanah yang sah milik kepunyaan rakyat, berdasarkan kaedah penerokaan dalam islam atau dikenali sebagai Ihya’ al-mawat.

Sabda Nabi SAW:

مَنْ أَحْيَى أَرْضًا مَيِّتَةً فَهِيَ لَهُ وَلَيْسَ لِعِرْقٍ ظَالِمٍ حَقٌّ

Maksudnya;

“Barangsiapa yang menerokai (membuka dan membangunkan) tanah terbiar, maka ia adalah miliknya. Dan sebarang pembinaan (pembangunan) yang zalim (di atas tanah yang diteroka) adalah tidak berhak” (Sunan at-tarmizi : 1299)

c. SITAAN TERHADAP TANAH RAKYAT YANG SAH

Sitaan atau dalam bahasa arab disebut sebagai “musadarah” merupakan tindakan yang dibawah perbincangan tentang hukuman, denda atau uqubah. Uqubah atau denda ini hanya dikenakan kepada orang yang melakukan kesalahan sahaja.

Adapun orang yang tidak bersalah, tidak layak dikenakan hukuman. Jika dilakukan juga, maka tindakan penghukum adalah zalim.

Dalam isu tanah mengikut Islam, rakyat yang sudah meneroka tanah merupakan tuan tanah yang berkuasa penuh terhadap tanahnya.

Keadaan ini bercanggah dengan apa yang berlaku di Malaysia . ini adalah kerana, tanah yang sudah diterokai oleh rakyat, atau tanah yang sudah dihabiskan 1/5, 1/4 dan 1/3 gajinya selama 20 tahun bagi memiliki tanah dan rumah, lalu apabila sudah cukup tempohnya, tanah itu di sita dengan sedemikian rupa oleh pihak kerajaan.

Ini menggambarkan betapa zalimnya sistem torrens sistem atau kanun tanah Negara yang diamalkan oleh kerajaan barisan Nasional di Malaysia ini, disebabkan menghukum dengan menyita tanah rakyat yang sudah menjadi hak milik mereka sendiri.

PENUTUP

Jika ada individu tertentu mendakwa, dalam pilihanraya kali ini, pilihlah calon, bukan parti, maka dengan itu secara peribadi ingin aku nyatakan kepadanya, pilihlah calon yang mewakili parti yang mahu melaksanakan Islam, bukan calon yang mewakili parti yang merosakkan pengamalan islam di Malaysia.

Ini adalah kerana, pertembungan antara BA dan BN di Malaysia, bukanlah kerana individu tertentu sangat, tetapi pertembungannya adalah dalam melaksanakan sistem pemerintahan yang benar-benar memberi kebajikan dan keadilan kepada rakyat.

Dalam isu tanah ini juga sudah cukup untuk membuktikan kepada rakyat bahawa, calon UMNO/BN tidak dilayak diberikan undi kepadanya, walaupun dia bercakap “sunnah” sekalipun. Jika diberikan undi juga, ianya memberi satu gambaran, bermulalah sokongan dalam penghapusan kepada sistem pemerintahan Islam di Malaysia.

Di samping itu juga, Manipesto yang PAS kemukakan ini bukanlah sesuatu yang retorik, bahkan ianya adalah satu reality yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa pun. Ianya dibuktikan dengan Terengganu di masa pemerintahan PAS pada tahun 1999 hingga 2004 telah melaksanakan sistem tanah sebegini.

Maka dengan itu, Undilah PAS, anda akan dapat PAHALA. Adapun jika anda Undi BN, anda akan dapat BALA !!!!

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani

http://al-bakistani .blogspot. com

abu_abdillah_ azzam@yahoo. com

layari juga : http://prihatinsuba ng.blogspot. com



*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: