Monday, February 25, 2008

Peluang Terbuka Luas Untuk Melakar Kemenangan

"Pas Johor Bahru" pasjohorbahru@yahoo.com

Peluang Terbuka Luas Untuk Melakar Kemenangan


Esok adalah hari penamaan calon untuk sesi pilihanraya umum ke-12. Disana sini orang akan bercakap tentang pilihanraya. Kebanyakan negeri-negeri di Malaysia sudahpun mengisytiharkan calon yang akan akan bertanding baik dari pembangkang mahupun parti pemerintah.

Kini bermulalah episod kempen-kempen selama 13 hari pilihanraya umum sehinggalah hari mengundi pada 08 Mac 2008 dimana kita akan melihat kempen-kempen lantang dan agresif pembangkang dan kempen jahat dan kotor dari UmnoBN yang sebolehnya cuba untuk mengekalkan kuasa.

Peluang sangat terbuka luas kepada pembangkang dan masih lagi terbuka buat parti pemerintah asalkan tidak ada penipuan dan manipulasi dalam pilihanraya. UmnoBN pula dilihat sanggup melakukan apa saja dan pembangkang pula masih dilihat defensif dan berhati-hati.

Kami dari PASJB kali ini ditugaskan untuk membantu calon PAS Pulai yang bertanding di Parlimen Pulai dan Dun Pengkalan Rinting yang terletak betul-betul dipusat bandaraya Johor Bahru dan juga ditugaskan untuk membantu calon Parti KeADILan Rakyat yang bertanding di Dun Tanjung Puteri.

Inilah buat pertama kalinya kumpulan kami dipecahkan kepada 2 jentera yang kami kira menjadi tulang belakang kepada pembangkang di Johor Bahru biarpun kami sendiri tidak bertanding.

Malam-malam kami dipenuhi dengan aktiviti perjumpaan bersama rakyat dan mesyuarat di markas dan bilik gerakan BA dan misi menaikkan bendera PAS di Parlimen Pulai dan bendera PKR di semua pengkalan UPU Dun Tanjung Puteri.

Walaupun jumlah kami tidak ramai, tetapi semangat yang ditunjukkan oleh petugas-petugas sukarela cukup membuatkan kami semakin bersemangat untuk mengembeling tenaga dalam usaha kami untuk menumbangkan UmnoBN.

Memanglah perit dengan tenaga yang tidak ramai, tambah sakit bila hampir 3/4 dari kami terpaksa pulang awal ke kampung masing-masing untuk mengundi.

Suasana sekarang ini adalah suasana protes rakyat dan terbaik buat pembangkang hasil dari manifestasi rakyat yang tidak berpuas hati dengan prestasi Pak Lah dan kerajaan UmnoBN yang semakin korup dan zalim kepada rakyat

Dengan penamaan calon yang semakin hampir ini, PAS Kawasan Johor Bahru dan PAS Kawasan Pulai masih lagi memerlukan sumbangan tenaga antum untuk meletakkan diri antum sebagai wakil PACA PAS dan PKR bagi kawasan Johor Bahru dan Pulai bagi DUN Kempas,Dun Pengkalan Rinting dan Dun Tanjung Puteri.

Sila hubungi ketua urusan Parlimen Johor Bahru dan Parlimen Pulai dan wakil-wakilnya secepat mungkin bagi mempermudahkan kami untuk melengkapkan senarai petugas ini:-

Ketua PAS JB: - Sdr Abd Rahman Ismail 016-7037122
Mohd Ariff Hassan 019-7628241
Sdr Adnan Adam 019-7414820
Faizal Majid 013-7675504
Ketua PAS Pulai:- Sdr. Kamal Azizi 019-7677998
Mohd. Noor 019-7666273
Zulkifli Haron 017-7534763

Sebar-sebarkan juga pada saudara yang lain. InsyaAllah! Moga sumbangan saudara menjadi satu ibadah dan mendapat kerahmatan dari Allah AWJ..

Tolak Umno Tolak BN, Undilah Calon PAS dan Parti KeADILan Rakyat
AllahuAkbar!

Sumber : Jundullah


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: