Wednesday, February 27, 2008

Pelancaran Manifesto KeADILan / Pilihan raya kali ini terasa perbezaannya

(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
(Cetak dan Sebarkan Berita Kepada Rakyat!)

Pelancaran Manifesto KeADILan

Kuala Lumpur, 26 Feb - Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim bersama dengan Presiden Dr. Wan Azizah hari ini melancarkan Manifesto KeADILan 2008 - Harapan Baru Untuk Malaysia di pejabatnya di Petaling Jaya. Turut hadir adalah Timbalan Presiden Dr. Syed Husin Ali, Naib Presiden Sivarasa Rasiah dan Ketua PeneranganTian Chua.

Versi cetak akan dimuat naik dalam masa terdekat. Buat sekarang, manifesto tersebut boleh dibaca dalam di laman web KeADILan - Versi Bahasa Malaysia , Bahasa Inggeris , Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.


SIASAH

Pilihan raya kali ini terasa perbezaannya - Khalid Samad Shah Alam


SHAH ALAM, 26 Feb: "Pilihan raya kali ini berbeza sekali saya rasa. Ramai orang Cina dan India menyertai kita. Orang Melayu pula menyokong kita secara senyap. Itu yang dapat rasakan," kata Ir. Khalid Samad ketika ditemui Siasah menjelang mesyuarat khas PAS Selangor Selasa lepas.

Walaunpun pilihan raya kali ini adalah kali kelima beliau bertanding, Khalid menaruh harapan besar untuk menang.

Sebagaimana tahun 2004, beliau akan mencuba sekali lagi di Parlimen Shah Alam atas tiket PAS.

Khalid, adik kepada Shahrir Samad, mula menyertai pilihan raya sejak tahun 1986 lagi apabila menjadi calon Parlimen Kuala Krai di Kelantan. Tahun ini, Dr Hatta Ramli akan bertanding di kerusi yang sama.

Walau kalah semuanya, beliau tidak pernah serik.

"Pilihan raya tahun ini jauh berbeza. Ia semacam tahun 1999 juga tetapi tidak Nampak kemarahan rakyat secara zahir tetapi mood tu sangat baik," kata Khalid kepada Siasah.

Khalid akan bertanding di Parlimen Shah Alam melawan Datuk Seri Abdul Aziz Shamsudin. Dalam pilihan raya lalu, beliau kalah 13, 410 undi kepada Datuk Aziz.

Di sini, pengundi Melayu adalah 68.76%, Cina 15.08% dan India 15.08% serta lain-lain 0.63%.

Sebelum ini, kata Khalid, PAS tidak pernah menaruh harapan kepada pengundi Cina dan India tetapi kali ini PAS sangat yakin sebahagian besar mereka akan mengundi beliau.


"Harapan rakyat kepada Pak Lah meleset. Mereka harapkan dia membawa perubahan selepas mengambil alih tampuk pentadbiran negara dari Tun Dr Mahathir, namun berlaku sebaliknya. Tun Dr Mahathir jauh lebih baik darinya.

"Rasuah merata sekarang. Kalau dahulu kroni sahaja, sekarang free for all. Semua buka lesen sendiri kerana Pak Lah lemah dan tidak boleh mengawal keadaan," kata Khalid.




HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: