Tuesday, February 19, 2008

PAS mahu perbetul kerosakan / Peningkatan jumlah pemilih tidak munasabah

(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
(Cetak dan Sebarkan Berita Kepada Rakyat!)

SIASAH

Pilihan raya ke-12: PAS mahu perbetul kerosakan yang dibuat BN

KUALA LUMPUR, 17 Feb: PAS menyertai pilihan raya umum ke 12 dengan satu matlamat besar iaitu mahu memperbetulkan kerosakan teruk yang telah dibuat oleh Barisan Nasional (BN) sejak 50 tahun lalu khasnya empat tahun kebelakangan ini ketika negara di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Untuk itulah kita menawarkan negara berkebajikan sebagai ubat bagi memperbetulkan segala kerosakan itu," kata Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali.

Dalam pada itu, BN nampaknya sedang memukul canang tentang isu keselamatan dan keamanan negara.

Isu kehilangan adik Sharlinie Muhd Nashar telah diwar-warkan sedemikian rupa sehingga ke peringkat menjadi ikon dan menimbulkan keraguan apakah tujuannya menjelang pilihan raya umum ini.

"Jangan-jangan ia agenda BN menjelang pilihan raya. BN akan datang dengan cadangan penyelesaian dan memujuk rakyat, hanya BN yang mampu menjamin keselamatan dan pembangkang pula yang mengganggu keselamatan negara.

Sharlinie ditemui?

"Saya tidak terkejut kalau menjelang pilihan raya nanti adik Sharlinie tiba-tiba ditemui dan ketika itu akan datanglah feel good factor untuk kempen BN," kata seorang pengulas politik.

Negara berkebajikan telah ditawarkan oleh PAS melalui manifestonya. Ia dirumuskan bagi menyelesaikan segala masalah yang dihasilkan oleh sistem pentadbiran BN yang ada.

Antara masalahnya adalah kenaikan harga barangan dan kos perkhidmatan yang dirasai rakyat akibat dari kenaikan harga minyak. Negara juga menghadapi masalah kenaikan kos perubatan, pendidikan, rasuah, intergriti kehakiman dan sebagainya.

Jika BN terus kekal, harga petrol akan dinaikkan dengan alasan harga petrol yang meningkat di pasaran dunia. Kenaikan harga petrol bermakna kenaikan untuk semua harga barangan yang lain kerana petrol atau bahan bakar adalah faktor penentu kepada harga atau perkhidmatan yang menggunakan minyak dan petrol ini.

Padahal, PAS berhujjah, apabila harga petrol atau minyak dunia meningkat, bermakna negara menikmati keuntungan yang besar kerana Malaysia adalah negara pengekspot minyak dunia. Sebahagian keuntungan itu patut dikembalikan kepada rakyat dengan mengurangkan harga minyak untuk rakyat.

Perkara ini dijelaskan oleh AJK PAS Pusat, Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali yang ketika berucap di Chow Kit dalam Parlimen Titiwangsa, tempat di mana beliau akan bertanding nanti.

"Apabila harga minyak di dunia naik, bermakna negara kita untung kerana kita pengekspot minyak. Sebahagian keuntungan itu patut dipulangkan kembali kepada rakyat bukannya dengan memberikan manafaat kepada golongan tertentu sahaja," kata beliau.

Halang kebocoran

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika berhujjah juga menggunakan perkara ini.

"Negara kita bankrap kalau kita menurunkan harga minyak kerana berlaku kebocoran dalam ekonomi negara. Kalau tidak, kita yakin akan berjaya. Kita tawarkan sebuah negara yang bersih dari amalan rasuah dan kebocoran untuk kroni ini," kata beliau.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berkata, negara akan bankrap jika harga minyak diturunkan sebagaimana yang dikehendaki pembangkang.


Peningkatan jumlah pemilih tidak munasabah - Presiden PAS
Helmi Khalid
Sun | Feb 17, 08 | 11:32:10 am MYT
SUNGAI PETANI, 17 Feb (Hrkh) - Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang melahirkan rasa sangsi terhadap jumlah pengundi yang terlalu ramai di catatkan di seluruh negara khususnya di beberapa negeri termasuk di Terengganu.
"Terengganu mencatatkan jumlah pengundi sekitar 550,000 pengundi, hampir separuh dari jumlah keseluruhan rakyat Terengganu, ini pelik; berlaku di Perak di mana sejumlah 13,000 nama pengundi diletakkan di beberapa tempat, maksudnya nama mereka ada di banyak tempat; 13,000 bukan sedikit, ini juga tak sepatutnya berlaku," ujar beliau lagi.

Ustaz Hadi berkata demikian kepada pemberita dalam satu sidang akhbar sempena lawatan beliau di Sungai Petani dalam siri Jelajah Presiden ke Kedah, kelmarin.

Tambahnya, pengumuman SPR bahawa terdapat lebih 10 juta pengundi tersenarai dalam daftar pemilih di seluruh negara, iaitu lebih 1/3 dari jumlah rakyat Malaysia, boleh dipertikaikan kerana ia jumlah yang terlalu besar.

"Ini adalah tanda-tanda awal penipuan akan terus diamalkan oleh SPR; di Kedah mereka masukkan sebanyak 1,031 pengundi pos di Dun Belantek, Sik; kem yang besar sedikit pengundi, kem kecil lebih ramai, nama mereka juga tak ada dalam proses pameran, penipuan sudah berlaku," tegas beliau.

Menjawab soalan pemberita tentang ura-ura beliau mahu bertanding di Kepala Batas, beliau menjawab:

"Saya tak ada tempat di Terengganu atau dia (Presiden Umno, Abdullah Badawi) yang takut hilang banyak undi kalau saya lawan di Kepala Batas," kata Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang sambil tersenyum.

Bagaimanapun jelasnya, beliau akan bertanding di kawasan yang diputuskan oleh parti dan bukan ditentukan oleh mana-mana pihak termasuk Abdullah.

Sementara itu di Sungai Petani, Ustaz Abdul Hadi menghadiri Himpunan Rakyat di Kampung Berapit, Tikam Batu kemudiannya berdialog bersama wakil masyarakat Cina dan India di Taman Sejati Indah, Sungai Petani.

Dalam perkembangan berasingan, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berada di Tanah Merah Pendang menghadiri majlis Hi-Tea dengan rakyat berbilang kaum.

Timbalannya, Dato' Dr. Haron Din turun padang bersama rakyat di Kubang Pasu. - tajdid

(BERSIH! Kuala Terengganu, 22 February!)


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: