Friday, February 1, 2008

PAS lancar Dana Pilihan Raya Umum, rakyat dijemput beri sumbangan

(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)

PAS lancar Dana Pilihan Raya Umum, rakyat dijemput beri sumbangan

Nyza Ayob | Foto Mohd Nasir Sudin
Thu | Jan 31, 08 | 9:48:19 pm MYT
AMPANG, 31 Jan (Hrkh)- Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang hari ini melancarkan Dana Pilihan Raya Umum ke-12 bagi menggerakkan jentera PAS menentang Barisan Nasional dalam pilihan raya akan datang.
Majlis yang berlangsung di sebuah hotel di sini turut dihadiri pemimpin-pemimpin utama PAS, ahli perniagaan dan kumpulan bukan kerajaan (NGO).

ImageDalam majlis itu PAS mendapat sumbangan hampir RM 315,000, yang diterima daripada individu, korporat, syarikat serta sayap parti pada majlis tersebut.

Antara pimpinan tertinggi yang hadir ialah Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin Mat Isa, Naib Presiden PAS , Mohamad Sabu dan Ustaz Ahmad Awang serta Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaffar, Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali.
Ustaz Abdul Hadi dalam ucapan perasmiannya mengharapkan pihak yang memberi sumbangan tidak 'terpedaya dengan bisikan syaitan' kerana terdapat kalangan penyumbang yang berprasangka dana tersebut akan digunakan untuk tujuan lain jika sekiranya PAS mencapai kemenangan.

"Sebagai mana yang dinyatakan dalam Al-Quran, seorang yang beriman kepada Allah dan Rasul tidak ragu dan berjihad bersungguh-sungguh ke jalan Allah dengan harta benda dan jiwa raga."

Image "Oleh itu sumbangan ke jalan Allah amat besar. Ia satu hikmah yang besar kenapa Allah memberi pahala tujuh kali ganda kepada orang yang memberi sumbangan ke jalan Allah, "katanya.

Sementara itu, Bendahari PAS Pusat, Dr Md Hatta Mohd Ramli yang juga pengarah program tersebut dalam ucapan alu-aluannya mengharapkan jumlah dana meningkat di kawasan dan negeri.

"Jika di negara lain seperti Amerika Syarikat program 'fund raising' untuk membiayai pilihan raya agak meriah sebagai satu cara berkempen.

Malahan ia mendapat sokongan masyarakat di semua peringkat apabila terdapat 'fund raising' seperti ini.

"Pihak pembangkang di negara tersebut tidak menghadapi masalah untuk berkempen bagi mengumpul dana dan berani mengisytiharkan derma mereka.Tetapi keadaan ini berbeza di Malaysia, jika terdapat pihak yang menunjukkan sokongan terbuka kepada pembangkang, aktiviti serta karier mereka pasti terhad," katanya.



Image Katanya, sumbangan yang diterima sebahagiannya akan digunakan untuk dibayar kepada petugas parti, walaupun mereka bertugas secara sukarela.

Tambahnya, bukan hanya sumbangan dari segi kewangan, PAS juga bersedia sumbangan berbentuk material seperti membekalkan poster, termasuk menyumbangkan petrol untuk kegunaan hari mengundi.

Jelas Hatta lagi, pelancaran untuk mengumpul dana di kalangan orang ramai akan dibuat secara terbuka di Markaz Tarbiyah PAS, Taman Melewar pada waktu yang akan ditentukan nanti.

Pada majlis tersebut turut diadakan persembahan multimedia dana pilihan raya serta penyerahan sumbangan.

Orang ramai yang ingin memberi sumbangan boleh menyalurkannya melalui nombor akaun Bendahari, 1402 3010 0008 85 (BIMB)
atau 1449 000 0171 04 (CIMB).
Sumbangan juga boleh diserahkan secara terus
di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut
dan menalifon 03-2692 5000. - mr

JOM BERSIH!!! bersih.org/



HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: