Monday, February 4, 2008

PAS akan sertai Pilihanraya Untuk Membawa Suara Rakyat-Dato’ KJ

"aHmadHazieq" pemudawilayah@yahoo.com

PAS akan sertai Pilihanraya Untuk Membawa Suara Rakyat-Dato’ KJ

Setiausaha Agung PAS Pusat, Dato’ Kamaruddin Jaafar, yang merasmikan Himpunan Petugas Pilihanraya PAS Wilayah Persekutuan semalam menegaskan bahawa PAS akan tetap bertanding walaupun SPR kini masih lagi tidak bersih sepenuhnya.
“Kita tetap menyertai pilihanraya ke-12 bagi menafikan cita-cita BN yang mahukan zero pembangkang di Parlimen dan DUN. Kita tidak mahu memberikan kemenangan mudah kepada mereka dan tetap berusaha untuk menjadi pembangkang yang kuat di Parlimen dan Kerajaan yang memerintah di beberapa negeri yang disasarkan”
“Kita mahu tunjukkan pada rakyat bahawa PAS bersungguh untuk membawa suara rakyat yang kini semakin ditindas. Walaupun SPR masih lagi tidak bersih, itu tidak bermakna kita harus mengaku kalah dan penyertaan ini adalah satu cabaran kepada SPR untuk mereka lebih berhati-hati dalam pilihanraya kelak.” kata beliau.
Himpunan Petugas Pilihanraya PAS Wilayah yang berlangsung diperkarangan Markas PAS Titiwangsa ini turut dihadiri oleh 1000 orang petugas dari seluruh Wilayah Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Antara pimpinan yang hadir adalah, Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Tuan Haji Mohamad Nor Mohama, Ketua Muslimat PAS Pusat, Hjh Nuridah Salleh, AJK PAS Pusat, Dr. Lo’Lo Hj Ghazali, dan pimpinan-pimpinan PAS Wilayah Persekutuan serta beberapa wakil parti KeADILan Wilayah Persekutuan.
Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Tuan Haji Mohamad Nor Mohamad dalam ucapannya menyatakan bahawa PAS Wilayah Persekutuan kini telah bersedia untuk mengempur Umno-BN menjelang pilihanraya akan datang.
“PAS Wilayah Persekutuan bersedia untuk menghadapi Umno dalam pilihanraya akan datang dan kita bersedia pada setiap masa untuk turun bertemu dengan rakyat bagi mendedahkan penipuan Umno-BN selama 50 tahun mereka memerintah negara ini”- kata beliau.
Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad menyokong kata-kata Pesurujaya Wilayah sambil mengikrarkan bahawa Pemuda juga bersedia 24 jam dan sentiasa on-call sehinggalah hari pengundian kelak.
Di akhir himpunan, Pengarah Jentera Pilihanraya PAS Wilayah, Hj Ishak Surin menegaskan bahawa PAS akan bertanding di Parlimen Titiwangsa, Putrajaya, Labuan, Lembah Pantai dan Bandar Tun Razak.
“Kita telah bersetuju dan bersedia untuk bertanding di Parlimen Titiwangsa, Putrajaya, Labuan, Lembah Pantai dan Bandar Tun Razak. Oleh itu setiap ahli dan petugas harus melipatgandakan usaha bagi memenangi Pilihanraya kali ini” kata Ishak.


Lawati Laman Rasmi Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan di http://dppwp.wordpress.com
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: