Thursday, February 28, 2008

pantau segera perbelanjaan kempen / Video / Kedah PAS mulls court action

(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
(Cetak dan Sebarkan Berita Kepada Rakyat!)

SPR digesa pantau segera perbelanjaan kempen semua parti
Nyza Ayob
Wed | Feb 27, 08 | 4:18:38 pm MYT
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Hrkh) - Selaku badan yang mengurus dan mengendalikan pilihan raya di negara ni, SPR seharusnya melakukan pemantauan agar tidak ada mana-mana calon atau parti yang berbelanja melebihi had yang ditetapkan.
Setiausaha akhbar Presiden PAS, Roslan Shahir Dato' Mohamad Shahir menegaskan, menurut Seksyen 19(1) (a) dan (b) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, calon-calon yang bertanding dalam pilihan raya umum hendaklah berbelanja tidak melebihi had yang ditetapkan iaitu untuk calon Parlimen RM200,000 dan calon Dun RM100,000.

Jelasnya, sepanjang kempen ini Barisan Nasional(BN) dilihat begitu ghairah menempatkan iklan parti mereka di semua saluran media. Kos iklan tersebut pasti akan mencecah jutaan tinggit kerana disiarkan di peringkat nasional.

"Jika diambil kira iklan-iklan di radio, TV dan akhbar sahaja sepanjang tempoh berkempen, kami musykil adakah jumlahnya di bawah had yang di sebut atau telah melebihinya. Ini belum termasuk kos poster, kain rentang, topi, tudung dan bahan cetak BN di seluruh negara.

"Seharusnya sebarang syarat, peraturan dan undang-undang yang ditetapkan perlulah dipatuhi oleh semua pihak tanpa pilih kasih. Dalam hal ini SPR selaku badan yang dipertanggung jawabkan perlulah adil dan telus dalam hal ini," katanya dalam sidang akhbar harian yang diadakan di Pejabat Agung PAS, hari ini.

Ditanya mengenai perbelanjaan yang digunakan oleh PAS di setiap Parlimen dan Dun, jelas Roslan, beliau yakin perbelanjaan yang digunakan PAS tidak melebihi had yang ditetapkan.

"Kita tidak mampu untuk mengiklan kerana kos yang agak tinggi. Saya yakin di setiap Dun dan Parlimen, perbelanjaan tidak melebihi had yang ditetapkan

"Malah bagi kutipan dana pilihan raya PAS hanya mensasarkan RM2 juta hingga RM3 juta sahaja," katanya.

Dalam pada itu Roslan turut mendedahkan, PAS menerima laporan daripada petugas dan jentera parti bahawa BN terus menerus menyalah guna jentera dan peralatan kerajaan dalam kempen pilihan raya.

Katanya, paling banyak melakukan penyalah gunaan tersebut ialah BN Kelantan.

Di negeri tersebut, seluruh jentera dan peralatan kerajaan Persekutuan khasnya dari Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pendidikan Tinggi serta Jabatan Perdana Menteri terang-terangan diperalatkan untuk kepentingan tersebut.

Katanya, seharusnya dengan status kerajaan sementara, penyalah gunaan ini tidak seharusnya berlaku.

Dalam perkembangan lain, sebagai respons kepada kenyataan Timbalan Presiden Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak bahawa para pelabur tidak akan yakin kepada sebuah kerajaan yang tidak memiiki majoriti 2/3 di Parlimen, jelas Roslan, kuasa mutlak dan majoriti yang luar biasa sebagaimana yang diperoleh BN dalam PRU 2004, membuka ruang kepada rasuah dan penyalahgunaan kuasa tanpa had.

Katanya, kedudukan sedemikian tidak dapat diperiksa oleh kerana majoriti luar biasa tidak mengizinkan pemantauan atau 'check and balance' yang efektif.

"Keadaan seperti ini pada hakikatnya akan membimbangkan para pelabur asing. Sekiranya berlaku sebarang pertikaian terhadap urusan atau urus niaga mereka, mereka terpaksa berhadapan dengan sistem yang korap, tempang dan pincang.

"Sedangkan apabila ada suara pembangkan yang kuat dan kerajaan pula dinafikan majoriit 2/3, maka ketika itu seluruh pentadbiran dan pengurusan negara dipantau dengan lebih berkesan sehingga tidak memberi ruang kepada salah guna kuasa atau rasuah oleh mana-mana pihak," katanya.

Sehubungan itu katanya, dalam keadaan seperti ini PAS percaya akan dapat memupuk keyakinan bukan hanya kepada pelabur asing terhadap Malaysia, malah usahawan dan peniaga tempatan akan berasa selamat.

Sementara itu, setiausaha Pemuda PAS, Sabki Yusuf yang turut serta dalam sidang media tersebut menegaskan beberapa contoh jelas seperti kes Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang mana pelabur Arab yang melabur di tempat ini menarik diri kerana berlaku salah urus dalam pengurusan projek tersebut.

"Kita juga didedahkan dalam pembelian tanah bagi projek tersebut yang harganya begitu murah dinaikkan harganya. Ini menunjukkan kerajaan jika diberi mandat besar akan melakukan apa sahaja sehingga pelabur asing menarik diri daripada pelaburan di Malaysia.

"Kenyataan Najib itu sungguh lemah dan memualkan. Kita juga didedahkan kewibawaan kehakiman di negara ini yang semakin menurun. Mana-mana pelabur yang melabur di negara ini, mereka akan melihat dua senario sekiranya berlaku sebarang konflik dalam perniagaan mereka, tentu mereka akan merujuk kepada badan kehakiman. Apabila sebuah negara tidak mempunyai sebuah badan kehakiman yang bebas, tentu pelabur asing tidak akan melabur dalam negara tersebut," katanya.

Katanya isu seperti video klip VK Lingam tentunya menyebabkan pelabur hilang keyakinan untuk melabur di Malaysia. Tambahnya sekiranya kerajaan yang ada hari ini terus diberi mandat mentadbir negara, kuasa dan kawalan terhadap badan kehakiman akan diteruskan.

Katanya, keadaan ini tidak akan menghilangkan keraguan pelabur terhadap Malaysia. - mns



webtv8


Sidan Media PRU PAS
http://www.youtube. com/watch? v=73DpE3HrEX8




Englishsection
Kedah PAS mulls court action against EC
ALOR STAR, Feb 26 (ES)
- The Islamic Party of Malaysia (PAS) Kedah Commissioner Azizan Abdul Razak has today announced the possibility of taking legal action against the Election Commission (EC) and its duty stamp requirement on election candidates' statutory declarations.

The announcement was made at a late afternoon press conference at the PAS building near the city centre today.

Azizan said they were considering taking EC to court because of the conflicting statements and instructions released by different EC office bearers.

"This is either a conspiracy or a case of falsification of an official document", said Azizan pointing to the faxed document dated Feb 22, which contained the EC letterhead.

The document which was received by Kedah PAS state liaison office early Feb 23, nullified the earlier instruction dated Feb 21 which required all statutory declaration forms to be duty stamped.

The EC chairman in a local daily however, denied giving out such an instruction.

Azizan said the state PAS will be discussing other necessary action with PAS central committee, and they were also contemplating lodging police reports soon.

Should the stamp duty requirement on statutory declaration had stood on nomination day, it was expected that the Barisan Nasional would have lost several more seats as several of their candidates failed to obtain it.-ES



*** - ***
JANGAN LUPA: HARI SABTU PAKAI KUNING!
Link Baru
webtv8 di http://wtv8. tv/v2/ tvpas di http://www.tvpas. com/

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: