Friday, February 15, 2008

Pak Lah Takut Kepada Presiden PAS / Shahrizat Gentar Kelibat Nurul Izzah?

(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
(Cetak dan Sebarkan Berita Kepada Rakyat!)

CINA ISLAM

Pak Lah Takut Kepada Presiden PAS

Abdullah Ahmad Badawi berkata, kesediaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mencabarnya di Parlimen Kepala Batas membayangkan Pas tidak yakin menang di Terengganu.Perdana Menteri berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.



Kenyataan ini adalah gambaran sebenar yang Pak Lah dalam keadaan ketakutan kalau benar Hj. Hadi akan berpindah ke Kepala Batas untuk berhadapan dengannya. Kalau Pak Lah kata kita tidak yakin untuk menang di Terengganu, kita nak kata kita yakin menang sebab itu tanpa Hj. Hadi kita boleh tunbangkan kerajaan yang ada sekarang di Terengganu.

Apa lagi ketua Pas di Terengganu sekarang bukan Hj. Hadi lagi tetapi Mustapa Ali sebagai pesuruhjayanya. Pepindahan Hj. Hadi ke Pulau Mutiara untuk melawan Pak Lah adalah sesuatu yang masuk akal dan tidak menjadi masalah.
Kalaulah Pak Lah seorang yang berjiwa besar, semestinya dia tidak mencari alasan lain malah mengalu-ngalukan kedatangan Hj. Hadi ke Pulau Pinang untuk bertanding. Kalah atau menang kira kemudian, itulah adat pertandingan.




Dengan Izin

Shahrizat Gentar Kelibat Nurul Izzah?

Semalam Malaysiakini melaporkan bahawa Puteri Reformasi, Nurul Izzah Anwar difahamkan bersedia untuk dicalonkan di Parlimen Lembah Pantai dalam Pilihanraya Umum akan datang,yang dijangka akan berlangsung dalam 2-3 minggu ini.

Maknanya, Izzah akan bertempur dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Jalil sekiranya berita ini sahih.

Dan hari ini Shahrizat mengeluarkan satu kenyataan yang disiarkan melalui Bernama, bahawa pembangkang, khususnya KeADILan akan melalui laluan sukar di Lembah Pantai.

Pembangkang Hadapi Laluan Sukar Di Lembah Pantai - Shahrizat

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) � Parti pembangkang akan menghadapi laluan sukar untuk meraih sokongan pengundi di Parlimen Lembah Pantai pada pilihan raya umum ke-12 ini.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Lembah Pantai Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata sejak empat tahun lalu parti pembangkang tidak membantu masyarakat di sini yang ditimpa bencana, kebakaran dan pemindahan penduduk setinggan.

�Pembangkang jangan cuba cuci kaki. Ia bukanlah mudah. Kalau mereka ikhlas, mereka sepatutnya menjenguk muka untuk membantu sebarang masalah penduduk Lembah Pantai,� katanya selepas majlis pelancaran Jentera Pilihan Raya BN Lembah Pantai di sini, Selasa.

Beliau berkata BN telah melaksanakan janji- janji yang dibuat pada pilihan raya 2004 terutamanya dari segi pembangunan.

Katanya pembangkang tidak mempunyai banyak isu kerana BN telah membuat pembangunan daripada segi prasarana, jalan, peluang pekerjaan, pasar, masjid dan rumah.

*****

Saya berpendapat kenyataan ini pastinya merupakan respon �halus� kepada berita Malaysiakini semalam. Dalam satu aspek, kelihatan media internet sudah boleh dipercayai meskipun kesahihan berita berstatus �desas-desus�.

Persoalannya, apakah pengundi Kuala Lumpur masih mendambakan pembangunan material dan prasarana semata-mata?

Isu dominan kalangan pengundi kini adalah isu inflasi, kestabilan ekonomi, keselamatan, dan reformasi pentadbiran menghapuskan birokrasi.Bukan pembangunan semata-mata.

Apa guna Kuala Lumpur megah dengan sebuah lagi KLCC andai anak-anak muda masih pincang akhlak dan moral di sekeliling kawasan tersebut? Apa guna ditubuh Pavillion sekiranya harga barang masih mengeringkan dompet di pasar-pasar kerana harga melampau dan keterlaluan? Apa guna beratus CCTV dipasang sekiranya akan ada lagi sepuluh anak-anak kecil menjejaki langkah Allahyarham Nurin Jazlin dan Sharlinie?

Saya mendoakan pertembungan menarik akan berlaku di seluruh Kuala Lumpur dalam Pilihanraya Umum kelak, demi rakyat dan harapan baru buat Malaysia.

(BERSIH! Kuala Terengganu, 22 February!)


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: