Wednesday, February 6, 2008

Pak Lah Taksub Politik Zalim

"Pas Johor Bahru" pasjohorbahru@yahoo.com

Permintaan Pak Lah kepada rakyat untuk membuang sifat taksub dengan permainan politik umpama menelan air liur basinya sendiri.
Apakah Pah Lah sebenarnya faham definisi taksub, ataupun sewenang-wenangnya menyalahkan rakyat yang sudah cerdik politik dan bijak berfikir yang boleh membezakan yang mana itu zalim yang mana itu batil dan tahu apa itu kebenaran.
Taksub itu ialah berpegang kpd sesuatu pandangan secara keras & enggan melepaskannya sekalipun dirinya mengetahui bahawa perbuatan tersebut salah, tidak berasas atau lemah, atau menyanggahi bukti kebenaran.
Sikap fanatik dan taksub sebenarnya dilarang oleh Islam, yang sebenarnya adalah 'kecenderungan' . Sifat taksub ini menjadi ancaman kpd perkembangan minda, menjadikannya sempit, beku & bersikap tidak adil.
Makanya siapakah sebenarnya yang taksub, tidakkah Pak Lah yang taksub dengan kezaliman pemerintahannya. Beliau dilihat sekadar dengar masalah rakyat tetapi tidak mahu mengubah nasib rakyat.
Beliau lebih dengan kepuraan dalam mendengar masalah rakyat secara 'pekak badak'. Jeritlah rakyat meraung dan merintih meminta tolong apa yang Pak Lah mampu lakukan ialah dengar dan tidak mahu buat apa-apa.
Sifat pelupa dan penidur yang ada pada dirinya membuatkan rakyat semakin lama semakin marah dan hilang sabar. Tetapi kami tetap rakyat Malaysia yang terikat dengan undang-undang Allah dan negara.
Salahkah kami berperanan sebagai pembina jambatan akhirat, tidakkah kita hidup didunia ini hanya sementara. Apa perlu lagi kita buat zalim sesama manusia.
Sekali lagi Pak Lah jangan tipu rakyat, sekiranya kamu boleh tipu rakyat, Allah tidak akan sekali-kali melepaskan kamu di akhirat nanti. Apa kamu nak jawab di akhirat nanti.
Kamu adalah pemimpin negara umpama abang kepada adik-adik dan ketua kepada satu keluarga yang besar. Sekiranya adik-beradik dan anak-anak kamu rasuah kenapa tidak mencegahnya. Sekiranya isteri dan anak kamu tidak menutup aurat adakah itu tanda jiwa Islam kamu sudah mati.
Mana mungkin seorang pemimpin tergamak untuk berbuat jahat dan zalim kepada rakyat. Ataupun memang benar kamu adalah seorang penipu....Pak Lah Pak Lah, Insaflah sebelum terlambat
Jangan taksub politik - PM
Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB dan AZRAN FITRI RAHIM
KUALA KRAI 4 Feb.-Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta rakyat di negeri ini supaya tidak terlalu taksub dengan permainan politik sehingga sanggup mengetepikan segala peluang ke arah membentuk kesejahteraan hidup.
Perdana Menteri berharap, mereka dapat menilai kepimpinan yang boleh membawa perubahan ke arah kebaikan diri, keluarga dan masyarakat serta dapat terus meningkatkan martabat bangsa dengan kuasa kepimpinan yang ada.
Katanya, taksub yang menjurus kepada sifat kesombongan itu tidak akan membawa kebaikan jika sumbangan ke arah memajukan rakyat dan negeri ditolak serta tidak diakui, sedangkan Allah memberikan nikmat supaya nilai hidup dapat ditambah.
"Kita mesti bersyukur kepada Allah. Politik, politiklah jangan jadi sombong. Jangan sombong kerana politik dan jangan taksub kepada politik. Kalau ada kemajuan yang dibawa oleh kerajaan, akuilah.
"Ada perbezaan setiap kerajaan Islam. Ada negeri atau negara yang mundur, kadar buta hurufnya tinggi, ada yang bergaduh sesama sendiri. Ini membezakan antara pemimpin yang boleh membawa perubahan, dengan pemimpin yang tidak mampu dan serba kekosongan," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Kelantan Selatan di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru, di sini hari ini sempena rangka lawatan kerja sehari ke negeri ini.
Turut hadir, isterinya Datin Seri Jeanne Abdullah; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed; Pengerusi Majlis Kemajuan Kelantan (MKK), Datuk Seri Annuar Musa dan Pengerusi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) Datuk Ramzi Ab. Rahman.
Pada majlis tersebut, Abdullah turut menyampaikan bantuan untuk meningkatkan ekonomi sebanyak RM1.124 juta kepada 104 peserta Skim Peningkatan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) dari 12 kawasan Dewan Undangan Negeri di bawah Kesedar.
Abdullah yang juga pengerusi BN berkata, kerajaan pimpinannya selama ini terus memastikan rakyat di negeri ini tidak ketinggalan arus pembangunan walaupun diperintah oleh Pas.
Bagaimanapun katanya, sekiranya kerajaan negeri bernaung di bawah payung yang sama dengan Pusat, ia akan memudahkan lagi usaha-usaha pembangunan yang lebih pesat.
"Segala agenda perubahan yang ingin dilakukan kerajaan Pusat di Kelantan akan lebih mudah dilaksanakan sekiranya ada kesepakatan dalam kalangan pemimpin negeri ini," katanya.
Menurut beliau, Kerajaan Pusat sememangnya mengambil pendekatan yang adil terhadap semua, bagi memastikan seluruh rakyat dapat menikmati kemajuan yang dikecapi negara.
"Maka dengan itu amat penting bagi saya menyeimbangkan kemajuan di seluruh negara agar dinikmati oleh semua, termasuk di Kelantan. Maka itu saya perkenalkan pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).
"Kita tidak tinggalkan rakyat negeri Kelantan walaupun ramai yang bertanya saya, kenapa nak bawa Kelantan sekali kerana Kelantan masih di bawah Pas," katanya.


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: