Friday, February 22, 2008

Orang Utan Termakan Cili Api

"Pas Johor Bahru" pasjohorbahru@yahoo.com

Orang Utan Termakan Cili Api
Heboh pemimpin Umno dengan kenyataan sensasi Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat yang mengatakan Pas Kelantan bukan berdepan dengan sebuah parti politik di negeri itu pada pilihan raya ini sebaliknya 'orang utan yang tidak tahu undang-undang'
Itulah dia pemimpin Umno mereka ini bab-bab macam ini memang cepat sedar, tetapi kalau pasal zalim ke rakyat tipu kerakyat semuanya buat tak tahu sahaja. Penulis masih teringat semasa pelancaran dokumen negara Islam sekitar tahun 2003-2004 yang lalu dalam satu ceramah Tuan Guru Nik Abd Aziz di Terengganu.
Tuan Guru menyebut orang melayu Umno yang melanggar hukum Allah dan tak mahu ikut hukum Allah samalah macam yahudi. Makanya sibuklah disana sini pemimpin Umno kempen dengan kata mereka Tuan Guru Nik Abd Aziz kata orang melayu sama dengan yahudi.
Itulah dia Umno semasa mereka diberi peringatan mereka akan sentiasa ingkar. Dahulu pemimpin musyrikin Mekah pun mengaku akan kebenaran dakwah Islam yang dibawa oleh Rasullullah SAW tetapi mereka enggan beriman kerana takut jawatan dan harta mereka terkesan.
Samalah juga dengan yahudi apabila datangnya perintah dari Allah melalui Nabi Musa dan Nabi Harun kepada yahudi untuk berjihad mereka ingkar dengan kata mereka "kami dengar tetapi kami tidak mahu ikut" tambah malang yahudi berkata biarlah kamu wahai Nabi Musa pergi dengan tuhanmu.
Malang sungguh negara ini diperintah oleh pemimpin Umno yang tidak mahu ikut hukum Allah, kalau semua lapisan rakyat bala Allah akan sentiasa menanti kepada orang yang tidak mahu mencegah kemungkaran.
Kini semua orang utan(Umno)di Malaysia, menjerit kesakitan hatta tidak dapat membezakan mana itu pisang mana itu cili...

Sumber : Jundullah


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: