Sunday, February 24, 2008

Nak jaga hati

"baharudin baha" baharudinbh@yahoo.com

Pak Lah Terpaksa Calonkan Orang Dr M Untuk Elak Serangan
Posted on Friday, February 22 @ 19:19:36 MYT by SongkokPutih
Kenyataan Media Oleh Salahudin Ayub

 Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) tertarik dengan senarai calon-calon BN yang diumumkan kelmarin yang telah memperlihatkan bahawa Presiden Umno, Datuk seri Abdullah Ahmad Badawi terpaksa menolak bantahan jentera pilihan raya Umno demi menjaga kepentingan politik peribadi beliau. Apa yang menarik, beberapa calon yang dikekalkan merupakan orang kuat Tun Dr Mahathir yang kini menjadi musuh peribadi Pak Lah kerana bekas Perdana Menteri sering kali mengkritik kelemahan pentadbiran Pak Lah, termasuk dasar-dasar BN yang kini dilihat amat lemah oleh Dr Mahathir.

Dalam senarai calon BN sehingga hari ini, nama orang kuat Dr Mahathir yang dianggap �bermasalah� tetapi dikekalkan untuk bertanding ialah Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin di Shah Alam dan Datuk Johari Baharom di Kubang Pasu. Manakala anak Dr Mahathir, Datuk Mukhriz pula dicalonkan di Jerlun. Seorang lagi orang kuat Dr Mahathir, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim sehingga kini masih belum diputuskan kedudukannya walaupun telah ditolak oleh pemimpin utama Umno negeri.

Dr Mahathir semenjak bersara pada 2003 telah menyerang secara terbuka kelemahan pentadbiran Pak Lah termasuk dalam isu Proton, AP kereta mewah, pembatalan projek Jambatan Bengkok, penjualan pasir kepada Singapura, kelonggaran dasar luar di Wilayah Pembangunan Iskandar dan lain-lain. Lebih menarik lagi apabila Dr Mahathir menggesa rakyat menolak pemimpin BN yang lemah, suka tidur dan tidak mempunyai idea. Dr Mahathir turut menggesa rakyat Kelantan mengekalkan pemerintahan PAS kerana BN tidak berkesan di bawah Pak Lah. Bekas Perdana Menteri turut mendedahkan bahawa Pak Lah pernah berjanji untuk menjadi Perdana Menteri untuk satu penggal sahaja.

Strategi terbaru Pak Lah ini menunjukkan kebimbangan yang amat sangat dalam kepala Presiden Umno sekiranya Dr Mahathir menyerang beliau secara terbuka dalam pilihan raya dan menyeru pengundi supaya menolak BN. Mencalonkan Datuk Mukhriz yang sudah ditolak oleh Umno Langkawi adalah satu langkah untuk menutup mulut Dr Mahathir kerana tidak mungkin beliau akan berkempen untuk mengalahkan anaknnya sendiri. Lebih dahsyat lagi apabila Datuk Aziz Shamsuddin, bekas Setiausaha Politik Dr Mahathir dicalonkan semula di Shah Alam walaupun Umno Shah Alam secara terbuka telah menolak tokoh veteran itu. Di Kubang Pasu, Datuk Johari yang bermasalah dengan Ketua Polis Negara juga terpaksa dikekalkan memandangkan Dr Mahathir amat berpengaruh sebagai bekas Ahli Parlimen Kubang Pasu.

Pak Lah juga menyedari bahawa pimpinan Umno Perlis terutama Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad dan Datuk Azmi Khalid telah menolak kepemimpinan Shahidan. Radzi secara jelas memberitahu media bahawa Menteri Besar mesti ditukar dan krisis ini telah diketahui umum. Sehingga malam semalam, dilaporkan sudah enam kali Shahidan turun naik JPM untuk berunding dengan Pak Lah. Perdana Menteri nampaknya keliru antara memenuhi kehendak orang kuatnya, Radzi atau mengekalkan status quo untuk mengelakkan serangan Dr Mahathir yang negeri yang PAS berpengaruh itu.

Apa yang jelas, kesanggupan Pak Lah untuk menutupkan mata dan telinganya terhadap kritikan dan bantahan ahli-ahli Umno bawahan semata-mata untuk mengelakkan beliau diserang oleh Dr Mahathir dalam pilihan raya ini. Penolakkan ahli-ahli Umno terhadap orang Dr Mahathir tidak dipedulikan oleh Pak Lah termasuk tidak mencalonkan Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Mohd Taib yang disebutkan akan dicalonkan di Shah Alam. Situasi pencalonan ini menunjukkan bahawa pengaruh Dr Mahathir masih kuat dalam Umno dan kebencian ahli-ahli Umno terhadap amalan mengagihkan kekayaan negara kepada kroni dan anak menantu pemimpin tertinggi Umno itu amat kuat. Pak Lah bimbang jika menggugurkan orang Dr Mahathir, berlaku pertembungan pengaruh yang boleh menjejaskan peluang ekonomi kroni dan anak menantunya selepas pilihan raya. Bagi Pak Lah nampaknya, kepentingan poket kroni dan anak menantunya lebih utama daripada perasaan dan kemahuan ahli-ahli Umno sendiri.


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: