Wednesday, February 27, 2008

an Najah Dalam Usaha Dakwah Siasiyyah

"Muhammad Zul Zhafran Saad" zul_zhafranfiislam@yahoo.com.my

Daripada: Nuruddin Muhammad

An Najah dan Al Falah dalam Usaha Dakwah
Saya ada berkata pada seorang individu yang saya anggap sebagai mentor atau senior dalam gerak kerja PAS. Saya merungut di hadapannya mengadu mengatakan " dah takdir kita berjuang di tempat yang susah rakyat nak lupakan BN"�sengaja saya bercakap begitu dan tiada niat saya untuk bersikap pesimistik dengan gerak kerja kami. Saya masih yakin dan akan tetap yakin dengan jalan ini..
Beliau menjawab" Din hang ingat kemenangan tu dengan jatuhnya kerusi Parlimen atau DUN kepada kita ka? Ingat tiap-tiap kali pilihanraya, graf kemenangan kita semakin meningkat. Jumlah undi kita semakin banyak tau. Dahulu kita sering hilang wang pertaruhan, tetapi sudah dua pilihanraya kita tidak hilang duit tu. Bermakna jumlah manusia yang sedar dan menyokong perjuangan kita semakin meningkat. Bukankah itu tandanya dakwah kita Berjaya?" Beliau berhujah dengan lantang dan tegas di hadapan saya. Sememangnya beliau amat tegas.
Terus terlintas dihati saya hakikat an najah dan al falah dalam perjuangan Islam.. Sama ada hidup yang 'azizan' ( Berjaya dan berkuasa) atau mati syahid ( ada penyaksian daripada Allah dan rasul akan kerja Islam yang kita jalankan).. Syahid bukan sekadar mati syahid mu'rakah (syahid hakiki) yang dijamin syurga itu sahaja, bagi saya syahid ialah apabila Allah dan rasul sudi menjadi saksi betapa kita adalah sebahagian umat Muhammad dan kita beriman dengan Islam dan segala sistem kehidupannya.
"Dan (Ingatlah) akan hari (ketika) kami bangkitkan dari tiap-tiap umat seorang saksi (rasul), Kemudian tidak diizinkan kepada orang-orang yang kafir (untuk membela diri) dan tidak (pula) mereka dibolehkan meminta ampun". ( An nahli 84)
"Katakanlah: "Cukuplah Allah menjadi saksi antaraku dan antaramu. dia mengetahui apa yang di langit dan di bumi. dan orang-orang yang percaya kepada yang batil dan ingkar kepada Allah, mereka Itulah orang-orang yang merugi". ( Al Ankabut 52)
Kempen PAS adalah untuk membawa masyarakat agar menyokong sistem Islam secara syamil dan berteraskan keimanan kepada pembuat sistem berkenaan. Kempen itu sebenarnya adalah dakwah. Setiap kali sokongan melalui undi sama ada yang serius menyokong Islam ataupun yang bersimpati dengan sistem Islam, ia bermakna ada kejayaan dalam dakwah Islam. Jika gerak kerja itu hanya dipandang gerak kerja kepartian dalam politik, kita akan hanya memandang kejayaan memegang kerusi sebagai kejayaan berpolitik. Tetapi jika dinilai kuantiti bilangan undi sebagai pengukur penerimaan seruan Islam, ia lebih bermakna lagi.
Begitu juga kejayaan Kempen PKR ( Keadilan Rakyat), jika semakin bertambah bilangan pengundi yang menyakong PKR, bermakna bertambah lagi rakyat yang mulai peka dan berpancaindera[1] !! Mula sedar erti kemanusiaan dan belas sesama manusia. Tahu nilai-nilai keadilan dan keharmonian melalui pengagihan kekayaan negara secara wajar. Bukan sekadar ingin memegang jawatan. Inilah erti sebenar dakwah melalui kegiatan siasah ( politik ).
Negara kita tidak sepeti negara lain yang berpolitik secara anak jantan. Negara ini seolahnya monarki yang tegar untuk berubah. Lantaran itu pejuang dakwah siasah sekaliannya perlu sabar dan terus bekerja�.saban PR�saban musim�.
Muhammad Nuruddin Bin Bashah
Pilihanraya 2008


[1] Inilah maksud pancaindera yang disebut di atas. Insan tanpa pancaindera tidak dapat melihat kezaliman, korupsi dan penyelewengan di sekitarnya. Walaupun memounyai organ deria, ironinya pancaindera itu mati.
s)s9ur $tR&usŒ zOYygyf9 #ZŽWŸ2 šiB d`g:$# RM}$#ur ( Nlm; >q=% žw šcqgs)tƒ $pk5 Nlm;ur r& žw tbrŽ7ƒ $pk5 Nlm;ur b#sŒ#u
žw tbquKo !$pk5 4 y7s9'r& OyRF{$%x. @t/ Nd @|r& 4 y7s9'r& Nd šcq=t9$#
Dan Sesungguhnya kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. mereka Itulah orang-orang yang lalai.
( Al A'raf : 179)


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: