Thursday, February 14, 2008

Munafik Besar! / Ayuh langgan SMS berita terkini dan panas!

(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
(Cetak dan Sebarkan Berita Kepada Rakyat!)

Munafik Besar!

by Ketua Perusuh

Beberapa hari yang lalu saya ada menulis mengenai perangai pemimpin No 1 negara, Abdullah Ahmad Badawi yang suka menipu. Kini terbukti beliau melakukannya sekali lagi. Penipuan yang dilakukan secara tidak tepat memang menjatuhkan maruah beliau malah menyebabkan ramai yang kini tidak akan mempercayai apa sahaja yang Abdullah Ahmad Badawi katakan.

Ada satu cerita lama yang diceritakan oleh AESOP (seorang penglipurlara Yunani) pada satu masa dahulu berkaitan dengan seorang budak pengembala kambing yang suka menipu. Kesan dari tindakan suka menipu yang dilakukan olehnya akhirnya membawa nasib yang malang kepadanya apabila semua orang sedar akan penipuan yang dilakukan.

Abdullah Ahmad Badawi semalam (12hb February 2008) menegaskan bahawa beliau tidak akan membubarkan Parlimen Malaysia pada tanggal 13hb February 2008 namun hari ini terbukti kata-kata Abdullah Ahmad Badawi hanyalah penipuan semata-mata.

Jika pengasas Islam Hadhari pun tidak mengambil berat atas sikap menipu, maknanya Islam Hadhari memang menggalakkan penipuan dilakukan (mungkin dihalalkan). Sikap menipu ini memang telah dijelaskan oleh Rasulullah S.A.W yang merujuk kepada sikap Abdullah Bin Ubai (ketua munafik Mekah) pada masa tersebut. Dalam Islam, orang yang suka menipu diklasifikasikan sebagai munafik.

Oleh itu tindakan yang dilakukan oleh Abdullah Ahmad Badawi (cucu seorang ulama) bolehlah kita semua klasifikasikan sebagai tindakan seorang Munafik Besar. Oleh itu sebagai rakyat Malaysia yang berakal, adakah kita manu dipimpin oleh seorang pemimpin yang munafik dan boleh bermuka-muka serta suka menipu. Jika pemimpin inilah yang masih lagi kita pilih, maka janganlah kita marah jika kita ditipu hidup-hidup dimasa akan datang.

Oleh itu kepada semua warga Malaysia, janganlah anda semua menjadi mangsa penipu besar (munafik besar) ini dengan memilihnya menjadi Perdana Menteri Malaysia. Pilihan ditangan anda. Andalah yang akan mencorakkan masa depan negara ini.

Telah terbukti Abdullah Ahmad Badawi munafik atas sikap menipu yang beliau suka lakukan. Malah nampak gayanya Abdullah Ahmad Badawi juga percaya kepada perkara khurafat dan syirik seperti Feng Shui (aqidah jatuh bila percaya perkara syirik @ boleh jatuh kafir) serta menggunapakai Feng Shui dalam menentukan tarikh terbaik untuk beliau membubarkan Parlimen Malaysia.



Ayuh langgan SMS berita terkini dan panas!
Harakahdaily
Tue | Feb 05, 08 | 8:56:54 am MYT
KUALA LUMPUR, 5 Feb (Hrkh) - Ayuh! Tanpa lengah lagi. Bagi para pembaca Harakah dan Harakahdaily yang ingin mengetahui maklumat berkaitan isu-isu semasa membabitkan politik negara, kini boleh mendapatkan berita terkini di 'hujung jari' setiap hari.

Kaedahnya adalah dengan melanggan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) berita terkini Harakah dengan kadar bayaran hanya RM5.00 sebulan.

ImageDengan kadar terendah tersebut, para pembaca boleh 'menikmati' dan mendapat maklumat sehingga lima berita terkini sehari dan secara purata mendapat 150 berita sebulan yang merupakan berita politik khususnya membabitkan pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun kemudahan ini hanya tertakluk kepada pelanggan Celcom (019 dan 013) sahaja dan untuk melanggan sila ikuti langkah-langkah berikut, iaitu dengan menaip: ON HARAKAH dan hantar ke nombor 77770.

Menurut Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman, khidmat SMS berita-berita mutakhir ini memberi peluang buat rakyat Malaysia mendapat maklumat terkini tentang perkembangan politik negara yang kian panas dan menarik.

"Pilihan raya ke-12 boleh diadakan bila-bila masa dari sekarang. Ramai menjangkakan Parlimen akan dibubarkan awal Mac, yakni lebih kurang 30 hari sahaja lagi. Dalam waktu ini kita amat memerlukan ketepatan fakta sedangkan media arus perdana pasti memutar-belitkan maklumat terutama berkaitan pembangkang.

"Justeru, SMS Harakah menawarkan berita terpenting dengan kadar yang cukup murah. Dan kami akan menambahkan jumlah SMS itu sehingga lapan berita sehari sebaik sahaja Parlimen dibubarkan," ujar Ahmad Lutfi. - mks.
(BERSIH! Kuala Terengganu, 22 February!)


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: