Thursday, February 7, 2008

Memalukan, bila Rapid Penang tidak bayar caruman KWSP

"umar faruqi" faruqi03@yahoo.com

Memalukan, bila Rapid Penang tidak bayar caruman KWSP
Mohd Sabri Said
Wed | Feb 06, 08 | 9:49:00 am MYT


PULAU PINANG, 6 Feb (Hrkh) - Sungguh memalukan! Tidak sampai setahun beroperasi sebuah syarikat besar yang dimiliki oleh Kerajaan Pusat dengan peruntukan jutaan ringgit sanggup melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya terhadap pemandu Rapid Penang terutamanya caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Akibatnya, seramai 200 pemandu Rapid Penang bertindak tidak menghidupkan enjin bas sebaliknya berhimpun di depoh bas berkenaan di Sungai Nibung pagi semalam untuk menuntut lima tuntutan yang sah membelakangkan hak mereka sebagai pekerja.

Antara kegagalan Rapid Penang sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati pemandunya ialah tidak mencarum KWSP, bayaran tidak setimpal terhadap kerja lebih masa walhal pemandu bertugas dari pukul 5.30 pagi sehingga 10 malam, kenaikan gaji tidak diberikan walaupun sudah tamat tempuh percubaan, pemandu terpaksa membayar saman trafik bertentangan dengan perjanjian dan pengurus acapkali bertindak kasar ketika berurusan dengan pekerja di samping mengemukakan beberapa syarat yang ketat.

Seorang pekerja yang enggan nama dan gambar dirakam menjelaskan, perbuatan seumpama itu tidak sewajarnya terjadi kerana ia melibatkan maruah sebuah syarikat yang kononnya mahu membaiki mutu perkhidmatan penggangkutan di Pulau Pinang.


Menurutnya, majikan bukan sahaja tidak berterima kasih pada pekerja yang meningkatkan prestasi pengangkutan di negeri ini malahan bertindak tidak melayan tuntutan gaji lebih masa yang diminta oleh pekerja memandangkan kos saraan hidup yang makin meningkat.


"Tidak sangka syarikat sebesar Rapid Penang sanggup menipu pekerjanya dengan berbagai alasan serta bertindak kasar bila berurusan. Tindakan tersebut tidak profesional, " katanya.



Pagi semalam semua bas Rapid Penang tidak beroperasi seperti biasa sehingga mengakibatkan penggangkutan awam Pulau Pinang terjejas apabila ramai pekerja yang menggunakan perkhidmatan tersebut terpaksa menunggu lama untuk ke tempat kerja atau ke mana-mana lokasi.


RapidPenang di perkenalkan di negeri ini oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri dalam agenda menjadikan Pulau Mutiara sebagai Hab Pengangkutan dalam Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER).


Tetapi, bila ianya beroperasi sejak bulan Julai 2007 baru rakyat mengetahui bahawa projek tersebut merupakan projek kroni atau lebih dikenali dengan projek 'asal buat' untuk mendapatkan kewangan kerajaan bukan bermatlamat mengatasi kelemahan atau kesesakan di Pulau Pinang. - mks.


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: