Saturday, February 2, 2008

Malaysia � Sebuah Negara Yang Kecundang

(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)

JOM BERSIH!!! bersih.org/




TAG 2386:
Malaysia � Sebuah Negara Yang Kecundang

(Malaysia is a failed state)
Oleh Raja Petra Kamarudin - Laman M@RHAEN
Sejak kira-kira satu dekad yang berlalu, sejak ledakan Reformasi 1998 dahulu lagi, saya telah bertemu ramai wartawan Barat yang datang mencari berita. Kebanyakan mereka mahu berjumpa saya untuk mengorek rahsia apa yang sedang berlaku, khususnya tentang perihal parti pembangkang. Segelintir mereka mengandaikan diri sebagai pakar ataupun bijaksana tentang hak asasi manusia dan tentunya negara seperti Malaysia adalah dianggap jauh terkebelakang dalam senarai negara yang menyalahgunakan hak asasi manusia.

Sesungguhnya saya kerap mudah naik angin bila berbual dengan wartawan Barat begini. Mereka menganggap diri sebagai pakar tentang hak asasi manusia. Mereka begitu angkuh dan cakap besar seolah-olah mereka amat suci dalam serba-serbi. Mereka selalu berkata mahu �menemubual� saya untuk mendapat pandangan saya tentang pelbagai isu. Akan tetapi setelah kami bertemu, selalunya mereka yang memberikan khutbah kepada saya tentang apa yang sebenarnya melanda negara ini dan apakah �orang seperti kami� harus lakukan untuk memperbetulkan keadaan.

Hei...kalau kamu mahu pandangan saya biarlah saya katakan. Saya bukannya mahu bertemu kalian. Kamu yang mahu bertemu saya. Akan tetapi kalau pertemuan itu untuk anda memberitahu saya pendapat kalian apa sebabnya yang melanda negara dan apa yang sepatutnya �kami� lakukan, biarlah kita tidak pernah berjumpa. Saya punyai begitu banyak kerja untuk disiapkan dan memang terlalu sibuk untuk membuang masa bersama kalian mendengar khutbah daripada orang yang fikir mereka betul dan benar kerana warna kulit mereka dan kami ini silap kerana sebab yang sama juga.
Demikianlah, sebenarnya, orang Barat ini memendam perasaan kerana mereka adalah orang Barat dan menganggap diri mereka betul dan kerana kita orang Asia kita mesti tidak betul. Apakah yang betul ( dan ada orang berkata yang kuat itu mesti juga betul), kerana itu kita orang bukan berkulit putih kita mesti mampu duduk berjam-jam ditemubual dan diberi syarahan tentang persepsi Barat mengenai apa yang betul dan apa yang salah. Mereka tontonkan sikap �kami tahu apa yang kami cakapkan� melalui cara mereka bercakap dan menulis. Mereka tidak bercakap kepada anda tetapi mereka merendah-rendahkan anda.

Kalaulah saya menulis satu artikel mengatakan orang Yahudi adalah penyebab krisis Timur Tengah dan itu adalah disebabkan dasar Zionis mereka dan penaklukan haram tanah Arab sehingga berlaku begitu banyak pembunuhan dan penyiksaan sudah tentu saya akan dihenyak sehingga maut. Kalaulah saya menulis mengatakan apa yang dikatakan sebagai �HOLOKOS� itu sebenarnya tidak pernah berlaku, dan memang tidak ada bahan bukti ia pernah terjadi, sudah tentu mereka hantar satu kumpulan penembak untuk membunuh saya. Menghina orang Yahudi adalah satu tugas yang tidak sanggup dilakukan oleh wartawan Barat dan berkulit-putih.
.
Kalaulah saya menulis mencerca negara Islam ataupun diktator Asian, saya akan dianggap mereka sebagai seorang yang hebat. Dan sebagai orang beragama Islam yang mengkritik negara Islam dan diktator Asian, saya akan dipuji-puja sebagai seorang liberalis besar Islam ataupun Asian. Orang Barat amat suka melihatkan seseorang Islam ataupun Asian mengutuk bangsa dan kaumnya sendiri. Ini memberikan mereka satu kepuasan kerana sudah tentu mereka beranggapan bahawa orang Islam ataupun Asia bersetuju dengan apa yang mereka suarakan.

Memanglah benar, kebanyakan negara Asian, Afrika, Latin Amerika adalah negara yang kecundang. Akan tetapi bukannya semua negara yang gagal itu adalah negara Islam walaupun semua negara Islam itu adalah negara yang kecundang. Semua negara ini mereka anggap patut dicerca? Siapa yang menjadi penyebabnya yang sebenar? Wartawan Barat yang menghina negara seperti Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, Pakistan, Bangladesh, Afghanistan, Iran, Iraq, dan sebagainya; seolah-olah terlupa sesuatu.

Kebanyakan negara ini tidak akan wujud kalaulah bukan kerana kuasa negara Barat. Kuasa Barat telah mewujudkan kebanyakan negara ini selepas dua �perang dunia yang besar�. Kebanyakan negara yang kecundang dan para diktatornya tentu sudah lama pupus kalau bukan kerana adanya sokongan kuat kuasa Barat sebagai memenuhi nafsu serakah mereka juga.

Sebagai contohnya ialah Iran. Ia bukan menjadi negara yang gagal kerana ia negara bukan orang kulit putih tetapi kerana ia adalah sebuah negara Islam. Iran dianggap sebagai sebuah negara kecundang kerana Barat telah menyangga (sokong) dan menutup sebelah mata tentang salah guna hak asasi manusia semasa Iran dicengkam kuasa oleh Shah Pahlavi dahulu. .Apabila Iran memuaskan nafsu serakah Barat, maka Barat menutup mata terhadap segala penghinaan hak asasi manusia di sana. Dan berpura-pura seolah-olah perkara itu tidak pernah berlaku. Begitu juga halnya dengan Iraq. Apa juga yang dilakukan oleh Saddam bukan sesuatu yang baru semasa dia menentang Barat tetapi itulah amalan beliau ketika dia memusnahkan nafsu serakah kepentingan Barat. Barat telah menutup mata kepada semua itu dan berpura-pura seolah-olah tidak ada sesuatu yang berlaku kerana Iraq dianggap sebagai sebuah negara penting kepada kepentingan Barat.

Di rantau kita ini; Vietnam, Korea, Pakistan, Indonesia, Thailand, Filipina dan sebagainya; telah dicengkam kuasa oleh diktator yang bukan sahaja tidak menghormati hak asasi manusia, malahan tidak memahami langsung apakah maknanya. Namun demikian semua diktator di Vietnam, Korea, Pakistan, Indonesia, Thailand, Filipina dan sebagainya telah sengaja dibiarkan dan disokong kuat. Hanya apabila mereka tidak lagi memberikan kepuasan kepada kepentingan barulah Barat mula mengutuk mereka dan membolehkan mereka jatuh untuk memberi laluan kepada pergerakan �kebangkitan rakyat.�

Barat memang bersifat hipokrit. Baratlah yang mewujudkan semua raksasa ini, sehingga melahirkan negara yang kecundang. Kini mereka daripada Barat datang ke sini untuk berkhutbah kepada kita tentang apa yang bagus dan tidak bagus dan tentang betapa buruknya Malaysia. Kita pula terpaksa duduk berjam-jam sepanjang �wawancara� mereka mendengar apa juga �panduan� yang patut kita lakukan untuk memperbetulkan kepincangan ini.

Apakah mereka tidak sedar bahawa kerajaan mereka yang mencipta raksasa ini semuanya? Apakah mereka tidak sedar kebanyakan raksasa ini tidak pun wujud sehingga kerajaan mereka melakar negara baru daripada lesbian dua perang besar dan dari mana mereka membahagi-bahagikan sesama mereka sebagai negara jajahan dan taklukan mereka?

Apakah mereka tidak sedar betapa kerajaan mereka menyangga semua negara yang kecundang itu kerana para diktator mencengkam kuasa ke atas negara itu semata-mata untuk memuaskan kepentingan Barat? Siapakah mereka yang mesti beritahu kita apa yang betul dan apa yang salah dan apa yang harus kita lakukan? Kenapakah mereka tidak menjerit, melaung dan berteriakan 50 ataupun 60 tahun yang berlalu sebelum negara ini menjadi negara kecundang dan sebelum para diktator yang mencengkam kuasa itu telah memusnahkan berjuta-juta nyawa warga mereka sendiri dan juga warga negara jiran mereka?

Lebih tiga generasi sudahpun berlalu sejak kebanyakan negara kecundang ini dicipta. Hari ini cucu-cicit negara yang musnah itu sedang mengutuk musibah yang dicipta oleh datuk moyang mereka dahulu dan yang disokong oleh ayah-ayah mereka pula. Wartawan Barat masa kini seolah-olah mempunyai hak untuk megkritik negara kecundang seperti Malaysia dan memberikan kita tunjuk ajar apa yang patut kita lakukan. Mereka mempamerkan sikap seolah-olah merekalah yang suci lagi menyucikan dan hebat dalam segala-galanya ketika bersyarahan kepada kita.

Ramai yang tidak memahami istilah �negara kecundang�, kerana itu saya telah mengambil tafsiran Weber dan Wikipedia tentang istilah ini Tentu anda akan sedar bahawasanya Malaysia memang dianggap sebuah negara yang kecundang seperti yang diperjelas oleh perkataan yang kami tonjolkan (highlight). Sememangnya kalau mengikut tafsiran piawaian Barat, Malaysia adalah sebuah negara yang kecundang. Dan saya pun tidaklah berapa tidak setuju dengan prognosis itu. Cuma saya percaya Malaysia menjadi gagal kerana itulah yang Barat mahukan dan kerana itulah yang memuaskan kepentingan Barat.

Negara yang gagal perlu disangga dan kerana itu Barat menyangga negara yang kecundang itu semuanya. Dengan cara itu negara yang kecundang itu akan terus berhutang budi kepada Barat . Hanya selepas negara itu tidak lagi memuaskan kepentingan Barat barulah negara itu dibiarkan merudum tanpa mengira segala penderitaan yang pernah kita lihat berlaku di banyak negara di mana para diktator yang mencengkam kuasa akhirnya kehilangan kuasa sehingga negara itu seolah-olah keluar daripada mulut singa dan jatuh ke rahang buaya.

Apakah negara kecundang itu dan bagaimana kita boleh mengenalinya?

Terdapat beberapa petunjuk sesebuah negara kecundang. Pengisytiharan bahawa sesebuah negara itu sudah �gagal� tentunya mempunyai kontroversi, kerana kalau dilakukan oleh pihak berkuasa, penaksiran demikian sudah tentu menyebabkan musibah geopolitik.

Petunjuk tersebut termasuklah:

1. Sebuah negara yang mempunyai kerajaan pusat yang sungguh lemah sehinggakan tidak mampu menguasai kebanyakan rantau jajahannya (tahap kuasa memerlukan keupayaan mengelak daripada dianggap sebuah negara kecundang adalah berbeza antara pelbagai pihak)
2. kuasa mutlak untuk mencapai keputusan kolektif sudahpun terhakis;
3. perkhidmatan awam yang selesa tidak mampu disediakan,
4. korupsi dan jenayah yang berleluasa;
5. pergerakan manusia yang secara terpaksa dan penghijrahan mencari suaka
6. keadaan ekonomi yang merudum dengan pantas;
7. kerjasama antara negeri-negeri dan wilayah yang semakin terhakis

Sesebuah negara itu dianggap �berjaya� kalau ia mampu memonopoli seluruh kawasan jajahannya dengan kuasa fizikal. Apabila kuasa itu terungkai ( sebagai contoh melalui kewujudan menonjol panglima perang, militia ataupun keganasan) hak mutlak kewujudan negara itu menjadi semakin samar, dan negara itu menjadi sebuah negara yang kecundang.

Kesukaran membuat penentuan apakah sesebuah kerajaan itu mampu mengekalkan monopoli terhadap penggunaan kuasa yang sah (termasuklah masalah mentafsirkan perkataan �yang sah� ) bererti adalah amat sukar untuk menentukan bila mana sesebuah negara itu sesungguhnya sudah �gagal� Masalah kesahihan ini boleh diselesaikan dengan cara memahami apa yang dimaksudkan oleh Weber. Dengan jelas Weber menerangkan bahawa hanya sesebuah negara yang mempunyai kuasa mencetuskan sesuatu yang diperlukan untuk keganasan fizikal (politik sebagai salurannya) Ini bererti negara itu tidak perlu kesahihan mencapai monopoli dalam cara menghasilkan keganasan (de fakto) tetapi akan mewujudkannya kalau ia amat memerlukannya (de jure) .

Kesukaran menentukan sama ada sesebuah kerajaan itu mengekalkan �satu monopoli terhadap penggunaan kuasa yang sah (termasuklah masalah istilah �sah� itu sendiri) bererti ia tidak jelas serta khusus apakah sesebuah negara itu telah �gagal�..

Masalah kesahihan itu boleh diselesaikan dengan memahami apa yang dimaksudkan oleh Weber. Weber telah menghuraikan dengan jelasnya bahawasanya hanya sesebuah negara itu mempunyai daya pengeluaran yang perlu untuk mencetuskan keganasan fizikal Istilah itu digunakan juga apabila sesebuah negara itu dianggap sudah tidak berkesan (di mana tentera dan polis sudah menguasai wilayahnya tanpa wujudnya tentangan penduduk yang bersenjata menyanggah secara terus-terang kuasa negara. Dengan lain perkataan falsafah �tanpa berita adalah sebaik-baik berita merupakan pendekatannya. ) dan negara itu tidak lagi mampu menguatkuasakan undang-undangnya secara sama rata disebabkan kadar jenayah yang tinggi, korupsi politik yang terlalu ekstrem, pasaran tidak formal yang semakin meluas, birokrasi yang sukar ditembusi, kedayusan badan kehakiman, campur tangan tentera dalam politik. Keadaan budaya di mana pemimpin tradisional menguasai kuasa melampaui negara tentang bidang tertentu tanpa bersaing dengan negara, ataupun pelbagai faktor yang lain.

Petunjuk Keampuhan Negara
(Indicators of state vulnerability)
Kadar petunjuk itu adalah berasaskan dua belas penunjuk tentang keampuhan negara, empat berbentuk sosial dan enam berbentuk politik. Petunjuk itu bukanlah dilakar menunjukkan bilakah sesebuah negara itu boleh mengundang keganasan ataupun jatuh merudum. Sebaliknya petunjuk itu bertujuan mengukur keampuhan sesebuah negara untuk kecundang ataupun berantakan.

Petunjuk sosial
1. Tekanan �Demographic� termasuk tekanan yang dicetuskan oleh kepadatan penduduk berbanding bekalan makanan dan sumber kehidupan yang lain. Tekanan daripada polar kependudukan manusia dan suasana fizikalnya, termasuk perbalahan sempadan, hak milik dan kependudukan tanah, ruang kepada kemudahan pengangkutan, kuasa terhadap tapak agama dan sejarah, dan pendekatan kepada bahaya persekitaran alam.

2. Pergerakan pelarian asing dan orang tempatan yang kehilangan tempat tinggal, menyebabkan terungkainya masyarakat yang besar disebabkan tekanan ataupun penindasan yang ganas, hingga mencetuskan kelaparan, penyakit, kekurangan bekalan air bersih, saingan mendapatkan hak milik tanah, dan semua ini mencetuskan huru-hara yang boleh bertukar kepada masalah manusiawi dan keselamatan, sama ada dalam negara ataupun antara beberapa negara.

3. Legasi kumpulan yang mahu membalas dendam berasaskan ketidakadilan pada masa dahulu dan masa kini, yang mungkin menyorot beberapa kurun sebelum ini, termasuk keganasan yang dilakukan dengan berleluasa terhadap kaum tertentu ataupun golongan yang tertentu yang ditunjuk oleh pihak berkuasa, ataupun oleh puak yang dominan, untuk dimansuhkan ataupun dianiayai. Peminggiran politik secara berinstitusi, mengkambing- hitamkan secara terbuka kumpulan yang dipercayai telah menimbun harta, status ataupun kuasa, seperti yang terbukti dengan munculnya radio �kebencian�, risalah stereotaip dan retorik politik nasional.

4. Penghijrahan golongan bijak pandai di kalangan professional, kaum intelek dan penggiat politik dan penghijrahan secara sukarela �golongan menengah�. Pertumbuhan pelarian/komuniti asing adalah digunakan juga sebagai sebahagian petunjuk ini.

Petunjuk Ekonomi

5. Pembangunan ekonomi yang tidak serata di kalangan kaum, ditentukan oleh perbezaan kumpulan, ataupun Ketidaksamarataan yang dijangka, dalam pendidikan, pekerjaan dan status ekonomi. Turut diukur mengikut asas kumpulan ialah tahap kemiskinan, kadar kematian bayi, tahap pendidikan.,

6. Kejatuhan ekonomi secara mendadak dan serius: diukur melalui kemunduran ekonomi sesuatu masyarakat secara menyeluruh ( menggunakan pendapatan per kapita, KKN, hutang, kadar a kematian bayi, tahap kemiskinan, kegagalan perniagaan). Penurunan mendadak harga komoditi, pulangan dagang, pelaburan asing dan bayaran hutang.

Kejatuhan kadar tukaran mata wang negara dan pertumbuhan ekonomi tersorok, termasuk perdagangan dadah, penyeludupan, dan penghijrahan modal. Kegagalan negara membayar gaji pegawai kerajaan dan angkatan tentera ataupun memenuhi kehendak tuntutan kewangan yang lain kepada rakyat, seperti bayaran pencen.

Petunjuk Politik
7. Kerja-kerja penjenayah dan/atau kerelaan negara membiarkan berleluasanya korupsi yang membarah ataupun kerja meraih keuntungan berlebihan oleh golongan elit dan penentangan terhadap kehendak ketelusan, akauntabiliti dan perwakilan politik. Ini termasuk sebarang kerugian meluas terhadap keyakinan kepada institusi negara dan segala kerja dan fungsinya.

8. Kereputan khidmat awam yang berterusan, di mana terhakisnya asas fungsi negara yang berkhidmat kepada rakyatnya, termasuk kegagalan melindungi rakyat daripada keganasan dan jenayah dan kemampuan memberikan khidmat penting, seperti kesihatan, pendidikan, kesihatan, dan pengangkutan awam. Termasuklah menggunakan alat negara untuk agensi yang memberikan khidmat khusus kepada elit pemerintah, seperti Angkatan keselamatan, kakitangan perdana, bank pusat, perkhidmatan diplomatik, kastam dan pemungut cukai.

9. Pencemaran hak asasi manusia yang berlangsungan, kemunculan kuasa, diktator ataupun pemerintahan tentera di mana piagam perlembagaan dan institusi demokrasi digantung ataupun dimanipulasi. . Meledaknya kegiatan ganas yang disengajakan terhadap orang awam yang tidak berdosa. Bertambahnya bilangan banduan politik ataupun pembantah yang dinafikan hak perlindungan bertepatan amalan norma dan antarabangsa. Sebarang salahlaku terhadap hak asasi sosial , politik dan kehakiman, termasuk individu, kumpulan ataupun institusi budaya (misalnya penindasan puak akhbar, mempolitikkan badan kehakiman , penggunaan kuasa tentera untuk tujuan politik, penindasan musuh politik, pendakwaan agama ataupun budaya)

10. Alat Keselamatan �negara dalam sesebuah negara�: kemunculan satu kumpulan pengawal elit yang bergerak dengan bebas. Munculnya satu pasukan militia yang ditaja oleh kerajaan untuk menakutkan pihak pembangkang politik, musuh yang disyakki, ataupun orang awam yang dilihat bersimpati terhadap pihak pembangkang. . Inilah satu �pasukan tentera dalam satu pasukan tentera� yang berkhidmat khusus bagi kepentingan tentera ataupun kumpulan politik yang dominan, Kemunculan militia pesaing kumpulan gerila ataupun tentera persendirian dalam perjuangan bersenjata ataupun kempen ganas terhadap angkatan bersenjata.

11. Kebangkitan golongan elitis yang berputik daripada kumpulan elit pemerintah dan institusi negara berasaskan perkauman. Sebarang usaha menggunakan retorik politik oleh golongan elitis pemerintah, selalunya daripada bentuk pemusnahan solidariti perkauman (misalnya penghapusan etnik ataupun �mempertahankan kepercayaan; )

12. Campur tangan pelbagai faktor negara lain termasuk faktor luaran: ketenteraan ataupun penglibatan para militari dalam masalah dalam negara yang digugat oleh tentera luar, negara, kumpulan khusus ataupun entiti yang menggugat imbangan kuasa ataupun penyelesaian konflik. Campur tangan penderma khususnya kalau ada kecenderungan terhadap terlampau bergantung kepada bantuan asing ataupun misi pengaman.

UBAH SEBELUM PARAH
UBAH DEMI MARUAH
31.01.2008 - Terjemahan marhaintua (MT-SPAR)
(suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail. com/ reformasi@gmail. com)

HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: