Sunday, February 10, 2008

Maju kerana pemimimpin tidak Korup / Antara Telah Dilaksanakan

(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
(Cetak dan Sebarkan Berita Kepada Rakyat!)

ALHUSSEYN

Kelantan maju kerana pemimimpin tidak Korup

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam baru-baru ini terpaksa mengakui disini bahawa negeri Kelantan adalah sebuah negeri yang maju. Cumanya beliau menambah kata :

�Pembangunan yang dikecapi di negeri itu selama ini adalah hasil usaha Kerajaan Pusat dan bukannya kerajaan negeri.�

��Bayangkan kalau negeri itu di bawah pemerintahan kerajaan BN, sudah pasti lebih banyak pembangunan yang akan dibawa, seperti mana di Terengganu,�

katanya.

Ali Rustam mungkin tidak menyedari bahawa PM Abdullah sewaktu persidangan Dewan Rakyat pada 3 September lepas,ada menjelaskan bahawa Kelantan berada ditangga yang lebih baik berbanding Sabah, Terengganu, Perak, Sarawak dan Kedah yang mempunyai orang miskin tegar

Mungkin Ali Rustam mahu merujuk kepada pembinaan projek Taman Tamadun Islam yang bernilai hampir RM1 bilion di Pulau Wan Man, dengan masjid Kristalnya yang bernilai RM250 juta?

Projek tersebut sama seperti Monsoon Cup, nampak indah tetapi apa faedahnya yang rakyat tempatan perolehi?

Ramai berpendapat projek Taman Tamadun Islam tidak perlu buat masa sekarang dan kerajaan negeri sepatutnya memberi perhatian kepada membasmi kemiskinan yang masih tinggi di kalangan orang Melayu di kampung-kampung.

Trengganu sebenarnya merupakan negari kedua termiskin tetapi paling boros membazirkan wang rakyat.

Projek Monssoon Cup,kerajaan Terenggani membelanjakan RM300 juta untuk infrastruktur pada 2005, RM20 juta lagi pada 2006 dan RM 1 juta setiap tahun untuk hadiah.

Bayangkan kalau wang daripada kedua-dua projek itu dikumpulkan dan diagihkan untuk projek pembangunan yang memberi manfaat kepada rakyat seperti dalam bidang pendidikan dan ekonomi.

Tetapi kerajaan negeri melaksanakan projek-projek tersebut untuk memberi wang kepada kontraktor-kontrakt or kroni mereka sahaja .

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mendakwa menantu Perdana Menteri Khairy Jamaluddin dan rakannya Patrick Lim menguasai projek-projek di negeri itu.

Begitulah yang akan terjadi kepada Kelantan jika Kelantan jatuh ke tangan Umno atau BN. Akan banyak projek mencurah-curah tetapi rakyat Kelantan akan tetap terpinggir dariapada menikmati kemajuan yang sebenarnya.

Lihat sahaja contoh lain, iaitu Perlis.Mungkin Ali Rustam terlupa tentang Perlis , negeri yang miskin walaupun selamanya dibawah Umno atau BN sejak mula merdeka lagi.Cuba bandingkan Perlis dengan Kelantan. Kenapa Perlis tidak maju ? Mungkin Perlis akan maju kalau ditadbir oleh PAS ; kenapa tak cuba berubah angin?

Segala ini membuktikan bahawa Kelantan maju adalah kerana kepimpinan yang tidak korup sebagaimana Umno memerintah.

Pelancung masih berduyun-duyun ke Kelantan walaupun tidak ada projek sehebat Taman Tamadun Islam disana . Mereka mahu menjenguk Kelantan sebuah negeri yang ditadbir secara Islam.


Agenda Pemuda - Baca, Cetak & Sebar

(BERSIH! Kuala Terengganu, 22 February!)


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: