Wednesday, February 20, 2008

lawan Khairy demi selamatkan maruah negara / Join Us and Vote for Change

(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
(Cetak dan Sebarkan Berita Kepada Rakyat!)

Sedia lawan Khairy demi selamatkan maruah negara - Badrulhisam
Salmah Mat Husain
Mon | Feb 18, 08 | 4:18:20 pm MYT
KOTA BHARU, 18 Feb (Hrkh) - Seorang anak muda sedia menyelamatkan maruah negara bagi memastikan dinasti Abdullah Ahmad Badawi tidak ada pewarisnya dalam politik di negara ini.
Salah satu usahanya menghalang menantunya, Khairy Jamaluddin mendapat tempat tinggi dalam politik negara sekiranya menang dalam pilihan raya ke-12, 8 Mac ini.

Badrulhisham Shaharin, 30, bersedia membawa cabaran itu bagi melawan Khairy bagi memastikan dinasti Abdullah Badawi tidak ada pengganti dari kalangan keluarga sendiri untuk mengelakkan negara bertambah celaru.

Beliau yang juga ahli Majlis Tertinggi KeADILan berkata, ego Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia itu perlu dihentikan dengan cara memastikan beliau tidak mendapat tempat sebagai wakil rakyat.

"Bukan sahaja puak-puak kita (Barisan Alternatif) tetapi rakan-rakan saya dalam Umno sendiri pun turut menyatakan akan memberi sokongan supaya saya menentang Khairy," katanya pada persidangan media bersama Naib Presiden PAS di Kota Darulnaim semalam.

Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Bad secara jujur memberitahu ramai rakan terutamanya daripada Umno yang tidak senang dengan gelagat Khairy kebelakangan ini.

Ditanya adakah beliau calon terbaik bagi menentang Khairy, katanya itu bukan soalnya.

calon paling baik sebaliknya hanya mahu mengambil tanggung jawab itu bagi menentang segala kemungkaran, korupsi, rasuah yang semakin menjadi-jadi sekarang.

Badrul merupakan anak jati Negeri Sembilan bersedia berdepan dengan Khairy di kerusi Parlimen Rembau, Negeri Sembilan sekiranya Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia itu akan bertanding di kawasan tersebut.

"Sekiranya beliau akan bertanding di mana-mana Parlimen lain pun saya bersedia mengikutnya bertanding," ujarnya.

Beliau juga berkata, kedatangannya ke Kelantan bertujuan bertemu Mursyidul Am, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi memohon restu tokoh ulama tersebut.

Husam pula berkata, PAS bersedia memberi sokongan terhadap usaha dilakukan Badrul bagi memulihkan semula kegawatan dalam negara seperti berlaku sekarang.

"Saya yakin sekiranya Cikgu Bad bertanding menentang Khairy di mana-mana pun, beliau mempunyai peluang kerana ramai orang tidak sukakan menantu Perdana Menteri itu," ujarnya. - mj



Din Merican

Come Join Us (Mr Loh Mui Fah and I) and Vote for Change in 2008

This is a picture of Mr Loh Mui Fah, the man behind the famous Lingam video clip “Correct, Correct, Correct” and I which was taken this morning when he and his sons, Gwo-Burne (in the picture) and Gwo-Tynde came by my office.

Mui Fah, as he prefers to be known, has done a great service to our country. The VK Lingam video clip and the revelations at the hearings of Royal Commission Inquiry showed the extent of corruption in the judiciary. We all knew that the judiciary had been compromised, but it shocked many of us to realise that our system of justice has been destroyed by politicians working hand in glove with private interests to appoint and promote judges and fix judicial cases.

At one stage Mui Fah’s life was on the line when the Police and the Anti-Corruption Agency were looking for him. Even Anwar Ibrahim, Sim and Sivarasa were under enormous pressure to reveal his identity. They protected him. For that, they earned his respect and support. Men of integrity and resolve do not wilt under pressure.

Mui Fah and I had a serious discussion about why both each had independently reached the conclusion that we should throw our lot with Dato Seri Anwar Ibrahim and the many dedicated men and women of Parti KeADILan Rakyat. It is our common conclusion that “enough is enough” and that we must now help arrest the decline into mediocrity and incompetence, and rebuild our country.

It would have been easy for us to play golf and enjoy ourselves. But that would be taking the road to perdition. So, we opted for change.We believe that Anwar Ibrahim is our man because he has the vision, experience, ideas and programmes that will strengthen our country so that one day we can be on par again with the likes of Singapore, Hongkong, Taiwan and South Korea.

We need urgent reforms and must fight this deadly social disease called corruption; we have to usher in democratic governance, and vote for a government that listens and responds to Malaysians and acts with integrity; and we have to ensure that justice is for all.Come join us and together we can truly make a difference.

Vote for Parti KeADILan Rakyat and for a Prosperous and Dynamic Malaysia. Experience the difference with Anwar Ibrahim as he brings a new dawn for our country.—Din Merican

(BERSIH! Kuala Terengganu, 22 February!)


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: