Monday, February 11, 2008

Lawak Najib: BN janji limpahan pembangunan di Kelantan

"Shahrul Nizam Mr" shahrul_mr@yahoo.com

Salam,
Memang Najib dah tak modal untuk berkempen. Kononnya BN tidak kejam & berdendam, tapi PAS sangat kejam & berdendam. Kalau BN tak kejam kenapa kawasan-kawasan yang bukan penyokong BN tidak dimajukan? Bukankah mereka juga membayar cukai. TV3 semalam sudah memulakan kempen 'berat sebelah' untuk BN. Semalam TV3 memaparkan betapa mundurnya Permatang Pauh yang dikuasai pembangkang. Bukankah tugas kerajaan pusat membangunkan negaranya tanpa ada pilih kasih. Jika kerajaan tidak membangunkan kawasan yang dikuasai pembangkang, bukankah itu dinamakan berdendam.
Alahai Pak Najib,
Janganlah kuat temberang. BN dah lama amalkan sifat kejamnya terhadap rakyat. Lihatlah Khir Toyo & Ali Rustam yang bersungguh2 memerangi pembangkang untuk mencapai 'Pembangkang Sifar'. Berbagai2 tekanan dikenakan kepada sesiapa sahaja yang menyokong pembangkang. . Ali Rustam contohnya, menyenarai hitam kontraktor2 tempatan yang disyaki menyokong kerajaan. Begitu juga beberapa firma guaman, juru ukur dan arkitek binaan. Syarikat swasta juga tidak terlepas dari menjadi mangsa Ali Rustam.

Lebih kejam lagi kakitangan2 jabatan2 seperti jabatan zakat, jabatan agama islam, kolej, sekolah2 termasuk sekolah-sekolah agama dipantau oleh 'bond2' yang akan memberi maklumat jika ada kakitangan2 yang terbabit dengan pembangkang. Cuba anda ke Melaka untuk mengetahui kebenarannya.
Dengan menjadikan pembangkang sifar senangla 'mereka' membelasah projek2 hasil2 dari negeri itu. Negeri yang dikuasai BN tidak semestinya dapat mandat 'ikhlas' dari rakyat tapi ketakutan rakyat serta taktik kotor BN.
----- Original Message ----
From: Mohd Faizal Mohd Afandi
To: respeks@yahoogroups .com
Sent: Sunday, February 10, 2008 2:29:50 PM
Subject: [ReSpeKs] Lawak Najib: BN janji limpahan pembangunan di Kelantan

KOTA BHARU 9 Feb. � Kelantan bakal memperoleh kemajuan berganda yang tidak pernah dibayangkan jika Barisan Nasional (BN) mendapat mandat pada pilihan raya umum ke-12, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
CUBA BANDINGKAN PADA MASA SEKARANG INI. DIANTARA KOTA BHARU DENGAN KUALA TERENGGANU, ATAU DENGAN ALOR STAR, ATAU DENGAN KUANTAN. YANG MANA SEBENARNYA TELAH MAJU WALAUPUN BUKAN BN YANG MEMERINTAH SEBELUM INI. JAWAPANNYA, KOTA BHARU ADALAH LEBIH MAJU.
TAHUKAH ANDA BAHAWA TERENGGANU, KEDAH, SABAH DAN BEBERAPA NEGERI LAIN ADALAH DI TEMPAT TERATAS CARTA NEGERI TERMISKIN DI MALAYSIA. BUKAN KELANTAN.
Timbalan Perdana Menteri berkata, limpahan pembangunan itu sekali gus menjadikan Kelantan sebagai model ketamadunan Islam bagi negara ini yang berpaksikan kecemerlangan peradaban, intelek, ekonomi dan pendidikan.
NAK LAKSANAKAN DI KELANTAN? ADAKAH BN TELAH BERJAYA DILAKSANAKAN DINEGERI-NEGERI LAIN SETELAH 50 TAHUN BN MEMERINTAH? MASALAH SOSIAL YANG MAKIN TERUK ADA LAH.
Najib berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan beliau sendiri cukup ikhlas untuk membantu rakyat Kelantan yang sepatutnya memperoleh nikmat sebagaimana rakyat di negeri-negeri lain.
RAKYAT KELANTAN TELAH MENIKMATI NILAI HIDUP YANG LEBIH NIKMAT DARI NEGERI LAIN. MAKANAN MURAH. PERKHIDMATAN MURAH. SEWA MURAH.. TIADA TOL.
��BN betul-betul ikhlas nak membantu, kita tidak mahu janji kita ini menjadi igauan tetapi sebaliknya impian ini menjadi realiti.
ADAKAH ANDA RASA BN IKHLAS? KALAU ANDA TENGOK MUKA TOK GURU DENGAN MUKA ANUAR MUSA TU.. AGAK2 YG MANA BOLEH DIPERCAYAI DAN IKHLAS?
��Kita tidak akan sekali-kali menjadikan Kelantan terus hanya bermegah dengan slogan-slogan besar semata-mata,�� katanya.
Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada majlis penyampaian wang ihsan kepada mangsa banjir bagi jajahan Kota Bharu di Sekolah Kebangsaan Tengku Indera Petra di sini hari ini.
Najib menjelaskan, Kelantan sewajarnya dibangunkan supaya setanding dengan negeri jiran terdekat, Terengganu yang berjaya dimajukan dalam masa singkat.
NEGERI YANG MANA LEBIH MAJU SEBENARNYA? ADAKAH MASJID BANYAK DIKIRA MAJU? MASJID = PROJEK. PROJEK = RM.
��Kita mahu apabila sampai di lapangan terbang yang cantik dan selesa itu, kita akan lihat dua stadium serba moden tersergam.
ANTARA LAPANGAN TERBANG KB DAN KUALA TERENGGANU? YANG MANA YANG LEBIH BESAR DAN CANTIK?
��Bila menuju ke bandar, kita akan tengok pasar raya besar seperti Mydin yang mempunyai jualan bulanan tertinggi di Malaysia iaitu RM17 juta sebulan. Ini salah satu petunjuk kestabilan ekonomi negeri itu.
PASARAYA MYDIN MEMANG SEDANG DI BANGUNKAN DENGAN KERJASAMA KERAJAAN PAS KELANTAN. BN TAK PERLU SUSAH NAK BUAT. KERJA-KERJA TANAH TELAH PUN SIAP DAN DENGARNYA, MYDIN INI ADALAH MYDIN YANG TERBESAR DI MALAYSIA. GIANT DAH NAK SIAP. TESCO PUN DAH DIBUKA DI KOTA BHARU.
��Kita juga akan tengok keindahan Masjid Kristal dan replika-replika kejayaan tamadun Islam di Pulau Wan Man,�� katanya.
MASJID BESAR TAPI TIADA PENGISIAN NAK BUAT APA?
Menurut Najib, Kelantan sepatutnya tidak boleh mendapat peruntukan pembangunan yang besar, tetapi BN tidak sampai hati melihat negeri itu dan rakyatnya terus terpinggir.
Beliau juga berjanji untuk menyediakan prasarana fizikal sukan yang terbaik di negeri ini dengan menyasarkan pembinaan kompleks stadium serba moden.
KENAPA KELANTAN TIDAK BOLEH MENDAPAT PERUNTUKAN PEMBANGUNAN YANG LEBIH BESAR?
��Saya amat sedih apabila dapat tahu Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, papan markahnya masih menggunakan orang untuk meletakkan angka, malah negara Afrika sekalipun dah guna sistem elektronik,� katanya.
PAPAN MARKAH MANUAL TIDAK BOLEH JADIKAN SEBAB KENAPA SAYA PERLU UNDI BN. BAGI PAPAN MARKAH HARGA 10 RIBU, DIA ROMPAK 10 JUTA, NAK BUAT APA.
Sementara itu, ketika bercakap kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran Rejimen Sempadan Tentera Darat di Kem Batu 11, Tanah Merah beliau berkata, wakil rakyat perlu mendengar rintihan rakyat supaya parti tidak menerima padah pada pilihan raya umum.
Menurut beliau, pengabaian tanggungjawab itu akan menyebabkan rakyat hilang kepercayaan dan mereka akan membuat pendirian semula pada pilihan raya.
�Memang itu tugas kita sebagai orang politik, mesti dengar rintihan rakyat, kalau tidak mendengar, kita tidak akan disenangi rakyat.
KENAPA SEORANG MENTERI BERCAKAP POLITIK DI KEM ASKAR? (Menipu pulak tu)
�Jika langkah itu diabaikan, kesannya akan mula dilihat apabila tiba musim pilihan raya,�� katanya.
CUKUPLAH MEDIA MASA DIPERGUNAKAN OLEH BN. 40 MINIT TERAWAL BULETIN UTAMA ADALAH KEMPEN BN.


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: