Saturday, February 16, 2008

Laporkan penyelewengan Umno & BN ke Harakahdaily

(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
(Cetak dan Sebarkan Berita Kepada Rakyat!)


Laporkan penyelewengan Umno & BN ke Harakahdaily
Azamin Amin
Fri | Feb 15, 08 | 7:42:51 pm MYT
KUALA LUMPUR, 15 Feb (Hrkh) - Kempen "dedahkan salah laku BN" dilancarkan hari ini bagi membolehkan pembaca Harakahdaily dan para pencinta keadilan menyalurkan maklumat, berita atau sebarang laporan terhadap penyelewengan Umno-BN sepanjang tempoh 22 hari lagi menjelang hari mengundi pada pilihan raya umum 8 Mac ini.
Dalam tempoh ini, lazimnya terdapat pelbagai salah laku dan kepincangan yang dilakukan oleh jentera kempen BN, antaranya menggunakan jentera dan kemudahan kerajaan, membeli undi dengan pelbagai pendekatan rasuah, selain taktik kotor seperti mengoyak poster, mencetuskan provokasi dan usaha penyamaran bagi memburukkan pembangkang.

Selain itu semua pihak digalakkan menyumbang dan menghantar gambar-gambar yang boleh menjadi bukti kepada perbuatan dan tingkah laku aktivis Umno-BN yang melampau itu. Gambar-gambar terpilih akan disiarkan kepada tatapan umum supaya rakyat dapat menilai pelbagai penyalahgunaan kuasa mereka selama ini.

Dengan teknologi yang serba canggih dan terkini menggunakan kamera video mahupun digital, diharap semua pihak dapat manfaatkan dengan sebaiknya untuk mendedahkan kepincangan BN itu.

Selain cuba menyiarkan semua gambar-gambar yang dikirim, jika bersesuaian, Harakahdaily berbesar hati menyumbangkan insentif berbentuk wang sagu hati kepada beberapa gambar-gambar yang terpilih sebagai gambar aksi paling sensasi dan menjolok mata, dari sudut menarik.

Segala keputusan dan sagu hati akan disampaikan selepas pilihan raya umum ke-12 berakhir pada Mac nanti.

Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman mengharapkan kempen ini dapat mendorong semua pihak yang prihatin dengan perjalanan pilihan raya ke-12 agar tampil menyalurkan bukti-bukti salah guna kuasa "kerajaan sementara", amalan korupsi untuk membeli undi dan pelbagai taktik kotor BN mahu mengekalkan kuasa.

"Semoga dengan itu, lebih banyak penyelewengan terutama membabitkan wang rakyat dapat didedahkan. Saya pasti banyak pihak akan tampil membongkar amalan salah guna kuasa yang begitu menjadi-jadi semasa kempen pilihan raya.

"Dengan kemudahan teknologi terkini, setiap rakyat prihatin dapat merakamkan amalan tidak bermoral BN terutama dalam setiap kali pilihan raya. Dan kami berbangga dapat menjadi saluran untuk menyiarkan pendedahan bagi kebaikan bersama, termasuk memantapkan perjalanan pilihan raya yang lebih adil dan bersih," ujar Lutfi.

Bagi sesiapa yang menghantar email gambar, disaran menceritakan serba ringkas insiden dalam gambar yang berjaya dirakamkan untuk pengetahuan umum.

Pembaca juga diharap turut menyertakan serba ringkas maklumat diri seperti nama dan nama samaran untuk tujuan penyiaran di samping menyertakan nombor telefon untuk mudah dihubungi bagi tujuan penyampaian sagu hati.

Segala maklumat dan gambar bolehlah diemailkan ke beritaharakah@ yahoo.comAlamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya dan azaminamin1@ yahoo.com.Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya
Bahan-bahan itu juga boleh dialamatkan kepada
Pengarang Harakah, No 5, Jalan 65C, Pekeliling Business Centre,
Off Jalan Pahang Barat, 53000 Kuala Lumpur (u/p: Azamin Amin). - mns

(BERSIH! Kuala Terengganu, 22 February!)


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: