Saturday, February 16, 2008

Laman Khas Sempena Pilihanraya 2008 / Negara Bankrap dibawah BN, Rakyat akan bahagia dengan Negara Berkebajikan

"aHmadHazieq" pemudawilayah@yahoo.com


Laman Khas Sempena Pilihanraya 2008

Lawati laman khas untuk pilihanraya 2008 versi PAS Wilayah Persekutuan di http://pilihanraya2008.wordpress.com/. Untuk sumbangan artikel sila hantarkan ke pemudawilayah@yahoo.com.

Hishamuddin Ketar Kepala Lutut Untuk Jawab Isu Pendidikan Dalam Pilihanraya

�Usah guna isu pendidikan raih undi� begitulah kata-kata Hishamuddin kepada rakyat yang bakal menyertai Pilihanraya ke-12 dari 24 Februari-8 Mac 2008 nanti. Akhirnya beliau secara tidak langsung mengakui bahawa sistem pendidikan negara mempunyai kepincangan dan amat memalukan jika disebarkan semasa pilihanraya nanti.
Isu pendidikan tidak menjadi persoalan kiranya tiada sebarang kecacatan dan juga kelemahan yang nyata sepanjang sesi 2004-2008 BN memerintah.
Walaubagaimana pun, isu pendidikan bakal mengoyahkan kepala lutut Hishamuddin kerana rakyat kini semakin marah kepada BN ekoran dari penarikan bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat diakhir pemerintahan Mahathir.
Seterusnya mata pelajaran Sains dan Matematik dipaksa untuk diajarkan di dalam Bahasa Inggeris atas gesaan Mahathir dan kini kebanyakkan pemimpin BN menyesal dan ingin kembali menggunakan Bahasa Malaysia untuk matapelajaran berkenaan.
Seterusnya tragedi bumbung makmal komputer MRSM yang runtuh kerana kecuaian pemantauan oleh Kementerian Pelajaran yang dikelolakan oleh Menteri BN ini juga mengecewakan rakyat.
Selain itu, Sekolah Rendah Jenis Kebangsan (Cina) di Damansara telah ditutup atas alasan ingin memindahkan sekolah berkenaan ke tempat lain. Guru, pelajar dan Penduduk setempat membantah kerana sekolah baru itu jauh dari tempat tinggal mereka dan sekolah lama yang sedia ada masih berkeadaan baik untuk digunakan. Sehingga kini sekolah berkenaan telah dikunci dan guru serta pelajar mereka dihalau keluar dan terpaksa belajar di dalam kontena usang yang panas.
Dalam perkembangan berasingan, SJKT Kampung Jebong Lama, di Simpang, Taiping, Perak yang telah menabur bakti selama 74 tahun turut menerima nasib yang hampir serupa.
Sebuah kontena lama berukuran enam kali tiga meter telah dijadikan kelas sementara menanti bangunan tambahan sekolah disiapkan. Berkemungkinan kelas ini adalah kelas yang terkecil sekali dinegara ini dan boleh dimasukkan dalam Malaysian Books of Record.
Sebanyak RM550 ribu telah diperuntukkan oleh Kerajaan bagi membina bangunan baru, namun hingga kini tiada sebarang aktiviti pembinaan dilakukan.
Pelajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Jalan Tepi Sungai, di Klang pula terpaksa terpaksa menumpangkan pelajar-pelajar mereka di kandang kuda milik Majlis Perbandaran Klang (MPK) setelah sekolah mereka yang telah berusia 80 tahun itu musnah sekelip mata dalam satu kebakaran pada 22 Disember 2007.
Pada tahun 2003, Presiden MIC, Samy Vellu telah datang melawat sekolah ini dan meluluskan peruntukan sebanyak RM 1.2 juta bagi pembinaan bangunan sekolah yang baru. Namun setelah hampir 4 tahun berlalu, projek yang dijanjikan tidak kunjung tiba.
Pada Oktober tahun 2006 pula Ahli Parlimen Kapar yang juga merupakan Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran, Komala Krishnamoorthy telah mengumumkan kepada ibubapa sekolah tersebut bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia telah meluluskan peruntukan RM800,000 bagi kerja-kerja baik pulih sekolah tersebut.
Beliau adalah wakil rakyat dimana letaknya sekolah tersebut. Beliau juga merupakan Ketua Wanita MIC Pusat.
Namun janji hanya tinggal janji. Kerajaan terlalu sibuk untuk projek mega WPI, NCER, dan ECER hingga terlepas pandang kepada sekolah ini.
Tidak cukup dengan kisah duka di atas, Kerajaan BN sekali lagi mempermainkan rakyat. Dalam pembentangan Budget 2008 tahun lalu, Abdullah Badawi mengumumkan penghapusan Yuran Sekolah mulai tahun 2008.
Namun, pada 1 Januari 2008 ibu bapa diseluruh negara digemparkan dengan caj Yuran Tambahan yang mencecah hingga RM 500.
Antara perkara yang dimasukkan dalam senarai yuran ini adalah Yuran Tandas, Yuran Tuala Wanita (untuk pelajar perempuan), Yuran pelbagai dan banyak lagi. Yuran PIBG pula dikenakan sebanyak dua kali, iaitu melalui akaun pelajar dan satu lagi melalui akaun ibubapa.
Ketika rakyat sedang marah dengan penipuan ini, guru-guru hanya mampu menjelaskan bahawa Yuran Sekolah yang dihapuskan hanyalah yuran asas sahaja dan ianya bernilai RM 4.50 sahaja.
Hishamuddin ketika diminta mengulas isu ini, telah memarahi ibu bapa diseluruh negara kerana tidak mahu memberikan kerjasama untuk membayar yuran berkenaan, walaupun ianya tidak wajib.
Dengan sombongnya beliau mencabar ibu bapa untuk datang semula ke sekolah kalau mahu yuran berkenaan dikembalikan.
Sikap panas baran dan lepas tangan serta menipu menjadi amalan bagi Hishamudin dan pemimpin BN lain maka wajarlah mereka kini mengigilkan kerana takut rakyat mengungkit kembali kisah ini menjelang Pilihanraya 2008 ini.
Rakyat sesekali tidak dapat memaafkan kezaliman ini dan pilihanraya 2008 pasti lebih meriah dengan paluan isu ini diseluruh negara�

Negara Bankrap dibawah BN, Rakyat akan bahagia dengan Negara Berkebajikan

Ulasan Najib Razak terhadap gagasan Negara Kebajikan yang dikemukakan membuktikan bahawa pemimpin BN dan beliau sendiri mengalami sindrom kemandulan akal yang seharusnya dipandang serius oleh rakyat.
Tuduhan beliau bahawa Negara ini akan bankrap jika PAS melaksanakan dasar ini benar-benar mencermin bahawa pemimpin BN hanya mampu berfikir seperti katak dibawah tempurung.
Tafsiran bahawa seseorang yang tidak bekerja juga akan mendapat bayaran bulanan daripada kerajaan adalah suatu konklusi yang dibuat oleh akal Najib sendiri tanpa beliau memahami maksud keseluruhan wacana manifesto yang dilancarkan oleh PAS itu.
Konsep Sebenar Negara Berkebajikan
Konsep Negara Berkebajikan yang dicanangkan itu bukanlah bererti PAS akan memberikan semua perkara dan subsidi kepada rakyat secara percuma.
Dasar PAS mengutamakan kepada soal penjimatan perbelanjaan Kerajaan disamping menambahkan perbelanjaan kepada rakyat yang memerlukan bantuan seperti fakir miskin, warga emas, ibu tunggal, anak yatim dan OKU. Mereka yang tidak berkerja kerana masalah kesihatan dan juga dalam senarai yang disebutkan adalah layak untuk menerima bantuan.
Penyediaan prasarana kepada gologan ini juga dimasukkan dalam rangka bantuan jangka panjang agar mereka dapat menikmati hidup yang sama seprti orang lain disamping memberikan panduan hidup yang lebih bermakna melalui program keagamaan yang lebih holistik dan meluas, bukannya sekadar bertumpu dimasjid dan surau.
Peluang Ekonomi Untuk Rakyat
Dalam masa yang sama peluang pekerjaan bagi mereka yang sihat tetapi tidak bekerja akan dibuka seluas-luasnya melalui beberapa program ekonomi yang dijangka memberikan peluang kepada mereka dalam memberikan sumbangan kepada ekonomi Negara.
Program usahawan dan juga latihan kepada belia secara lebih adil dan tidak dipolitikkan seperti sekarang akan diberikan kepada semua rakyat tanpa mengira mereka itu ahli PAS atau tidak.
Selain itu projek-projek Kerajaan juga akan diagihkan kepada kontraktor kecil bagi membantu mereka mengembangkan perniagaan.
Penggalakkan industri perikanan dan juga pertanian diutamakan dengan golongan yang tidak bekerja diberikan peluang menyertai skim yang lebih menarik dan juga sasaran dagangan yang lebih teratur berdasarkan keperluan pasaran sedia ada.
BN Bankrapkan Negara, Susahkan Rakyat!
Kegagalan BN selama ini jelas terbukti apabila dasar Perbelanjaan Tidak Berhemah yang diperkenalkan melalui projek mega KLCC, Litar Sepang, Marina Mewah di Kuala Muda dan Kuala Terengganu dan pelbagai mercu tanda yang menjadi tarikkan pelancong. Walhal rakyat marhaien tidak diberikan peluang langsung bagi mendekati tempat-tempat ini dalam konteks pembatasan imej sebagaimana kawalan ketat KLCC terhadap kualiti dan barang yang dijual di premis yang disewakan.
Selain itu, sewa yang mahal telah menyebabkan usahawan tempatan angkat kaki kerana tidak mampun dan akhirnya tapak-tapak niaga disewa atau dijual kepada pelabur luar.
Perkara yang sama berlaku dalam projek WPI dimana, syarikat dari Timur Tengah dan Singapura telah menyuntikkan dana pembangunanya dengan melobi beberapa tapak bagi menguasai pasaran Malaysia.
Akhirnya projek mewah ini gagal dinikmati secara menyeluruh kerana yang kaya terus kaya dan yang miskin terus miskin.
Negara Tidak Selamat
Selain itu, Najib sendiri mengakui bahawa terdapat lebih 1 juta pedatang tanpa izin yang bekerja dinegara ini. Ini membuktikan bahawa Kerajaan BN gagal mengawal pintu sempadan Negara hingga adalah warganegara asing yang bebas keluar masuk tanpa permit dan merampas peluang pekerjaan yang sepatutnya dimiliki oleh orang tempatan.
Pasukan Keselamatan kita bertugas 24 jam sehari mengawal sempadan, tetapi bagaimana 2 juta pekerja asing boleh menyeludup masuk dan bekerja dinegara ini.
Ini bukan sekadar isu tiada permit, tetapi ia juga melibatkan soal keselamatan Negara yang mana Negara ini seolah-olah tiada system keselamatan dan akhirnya rakyat kini dalam ketakutan kerana peningkat kadar jenayah yang semakin nyata.
PAS mengemukakan Gagasan Negara Berkebajikkan untuk membawa sistem tadbir urus negara yang lebih telus dan bebas rasuah. Dalam masa yang sama kualiti keselamatan ditingkatkan dengan memperbetulkan pegawai-pegawai keselamatan Negara yang telah rosak dengan gejala Rasuah kerana mengikut prinsip �kepimpinan melalui teladan� yang dipelopori oleh pemimpin BN.
Prinsip ini baik, tetapi bila pemimpin BN sendiri rosak dan melakukan rasuah melalui pelbagai skandal seperti rasuah pembelian kapal selam, AP, bot mewah dan sebagainya maka yang menurutinya juga pasti ribut dengan pelbagai gejala yang merosakkan sistem tadbiran Negara.
Menteri Kabinet BN Menerima Keistimewaan Melampau
Negara Berkebajikan yang dibawakan oleh PAS juga menafikan keistimewaan yang melampau yang harus diberikan kepada para Menteri. Pada masa ini, para Menteri dibayar gaji antara 10-20 ribu tidak termasuk elaun, walhal semua perbelanjaan dalam hidup mereka seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, kenderaan termasuk minyak petrol percuma tanpa had, pembayaran pelbagai bil, hadiah, majlis keraian, pakej pelancongan yang semua dibayar oleh Kerajaan.
Selain itu, mereka juga memegang pelbagai jawatan dalam syarikat milik Kerajaan dan turut diberikan pelbagai elaun merangkumi elaun mesyuarat, makan, penginapan, tempat tinggal dan pelbagai lagi.
Tidak cukup dengan itu, setiap sen yang mereka keluarkan juga boleh di berikan bayaran gantian, makna mereka langsung tidak membayar apa-apa pun untuk hidup.
Memang mereka layak mendapat sedikit manfaat atas jasa mereka, tetapi adalah melampau bila mana mereka membazirkan duit rakyat membina mahligai mewah, membeli nombor pendaftar bertuah yang berharga ratusan ribu tanpa memikirkan nasib rakyat yang masih ramai lagi yang susah.
Dana Negara dapat dijimatkan bila mana para Menteri dan wakil rakyat dapat dikurangkan beberapa elaun yang bertindih dan melebihi keperluan hidup mereka..
Perniagaan Micro Untuk Rakyat Diperbanyakkan
Selain itu, akaun Negara juga dapat di kembangkan dengan meningkatkan aktiviti ekonomi yang lebih memberikan manfaat pada rakyat melalui projek ekonomi yang terus pada rakyat walaupun ianya merupakan perniagaan micro.
Peruntukkan subsidi berbillion terhadap konsensi tol setiap tahun dapat dikurangkan jika kerajaan membeli semua tol diseluruh Negara kerana jumlah subsidi yang diberikan bagi tempoh setahun sebenarnya melebihi dari kos pembinaannya.
Sebenarnya banyak lagi yang boleh kita jimatkan tetapi BN sendiri sengaja menutup mata kerana membankrapkan Negara dan rakyat adalah hasrat mereka. Dan perkara ini akan terus berlaku, harga barang akan terus naik selagi BN memerintah. Rakyat akan susah dan bila susah, akan mudah BN mengugut rakyat dengan tidak mahu beri subsidi kalau tidak berikan sokongan.
Jadi fikir-fikirkanlah. Jangan tertipu pada janji manis BN yang telah 50 tahun menipu dan mencuri dana negara untuk kepentingan mereka!
Sumbangan anda diperlukan bagi mengisi tabung pilihanraya
DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN
Bank Islam : 14023010000110
Untuk Sumbangan Peralatan, Bahan Kempen dan Sebagainya sila hubungi :
Khairil : 019-5732576 @ Hilmy : 016-2333024

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: