Wednesday, February 13, 2008

Khairy de facto MB Terengganu / roboh ‘wa rung rakyat’ jual keropok

(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
(Cetak dan Sebarkan Berita Kepada Rakyat!)

SIASAH

Khairy de facto MB Terengganu - Lim Kit Siang

KUALA LUMPUR, 12 Feb: Pengerusi DAP menyifatkan langkah Ketua Menteri Pulau Pinang menyerahkan tiga nama kepada Perdana Menteri untuk dilantik sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang selepas pilihan raya umum nanti, seumpama menyerahkan kuasa lantikan itu kepada menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaludin.

"Selepas menguasai pentadbiran Terengganu, kini Khairy akan menguasai pentadbiran Pulau Pinang pula," kata Lim Kit Siang dalam kenyataannya.

Menurut Kit Siang, semua orang tahu Khairy Jamaludin adalah de facto Menteri Besar Terengganu dan Datuk Seri Idris Juosh adalah patung dan Menteri Besar pada namanya sahaja.

"Khairylah yang membelanjakan berbilion ringgit 'wang ehsan' yang diperolehi dari 5 peratus wang royalti Petronas untuk negeri itu, yang hanya sekadar 'melalui' pejabat Menteri Besar sahaja," dakwa Kit Siang.

Menurut beliau, dengan cara menyerahkan tiga nama bakal calon Ketua Menteri kepada Perdana Menteri bermakna, siapa yang bakal dipilih adalah hak Umno kini bukan Gerakan lagi.

"Ya, jawatan ketua menteri Pulau Pinang akan kekal di tangan Gerakan, tetapi buat pertama kalinya dalam sejarah, Umno yang akan membuat keputusan siapa bakal menjadi Ketua Menteri dari kalangan pemimpin Gerakan," kata beliau.

Menurut Kit Siang, pengakuan Setiausaha Agung Gerakan, Datuk Seri Chia Kwang Chye bahawa dia tidak tahu menahu dengan pencalonan tiga nama kepada Perdana Menteri untuk dipilih sebagai Ketua Menteri juga membuktikan Ia bukan pilihan Gerakan tetapi Umno.


BuletinOnline
UMNO/BN terus mengganas, roboh warung rakyat yang jual keropok

The image “http://buletinonline.net/images/berita3/setiu1.gif” cannot be displayed, because it contains errors.

Setiu, 12 Feb - Kerajaan UMNO/BN Terengganu terus mengganas. Walaupun pernah digelar bermacam-macam panggilan termasuk Israel di Dewan Undangan Negeri suatu ketika dulu, namun seolah-olahnya kezaliman dan penindasan memang menjadi sifat UMNO/BN. Dengan memperalatkan Pejabat Tanah Daerah (PTD) Setiu, kerajaan UMNO/BN merobohkan warung rakyat yang menjual keropok di Pantai Peranginan Ru Sepuluh, beberapa hari lalu.

Namun keberanian UMNO/BN hanyalah kerana bersama kira-kira 50 anggota penguatkuasa PTD. Mereka beramai-ramai mula bertindak merobohkan sebuah daripada lima kedai di situ pada jam 9.20 pagi dan berakhir sejam kemudian.

Perobohan sebahagian sahaja kedai berkenaan tanpa menggunakan jentera dengan membiarkan kedai makan dan runcit, seolah-olah lagak samseng yang memberikan amaran, bahawa mereka akan datang lagi, sekiranya tuan warung tersebut tidak merobohkan sendiri premis mereka.

Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permaisuri, Ustaz Rozali Muhammad yang turut berada dilokasi kerja-kerja perobohan merasa cukup terkilan dan sedih atas tindakan mereka yang dinamakan sebuah kerajaan tetapi memberikan kesusahan kepada rakyat.

The image “http://buletinonline.net/images/berita3/setiu2.gif” cannot be displayed, because it contains errors.
Ketika ditemui oleh BuletinOnline Ustaz Rozali berkata, Kerajaan PAS sebelum ini melalui pejabat daerah telah meluluskan permohonan para peniaga terbabit pada 2001 untuk mendirikan warung dan kedai di kawasan itu.

Apa nama kerajaan yang menyusahkan rakyat? Rakyat mengundi dan mengangkat kerajaan untuk menjaga kepentingan rakyat, tapi UMNO/BN hanya mementing puak dan perut masing-masing ujar beliau dengan nada yang agak keras.

Katanya lagi, kerajaan PAS yang mengamalkan dasar untuk membantu rakyat mencari rezeki melalui konsep negeri berkebajikan meluluskan lapan lot tanah untuk didirikan kedai sepanjang jalan utama laluan pantai di situ.

Sementara itu, Yang Dipertua PAS kawasan, Ustaz Mohd Pauzi Muda yang juga berada di tempat kejadian melahirkan rasa kesal dan kecewa dengan tindakan tersebut.

Beliau berkata, tindakan itu menunjukkan bahawa kerajaan UMNO/BN yang memerintah hari ini tidak berhenti, terus menerus melakukan kezaliman kepada rakyat sejak dari hari dari hari pertama mengambil alih kekuasaan pada 2004 lalu, hingga ke hari ini.

Kerajaan UMNO/BN pimpinan Deris Jusoh memang zalim. Tidak puas merobohkan Masjid Bujal, rumah-rumah rakyat, peserta RTB, roboh chalet, rumah kedai, gerai peniaga,, orang kampung dan jiran tetangganya juga tidak terlepas dari kezalimannnya. Rakyat tidak lupa pemerintahan empat tahun UMNO/BN merupakan satu rekod hitam bagi negeri dan rakyat Terengganu, ujarnya.Kerajaan UMNO/BN pimpinan Deris Jusoh memang zalim.

Justeru itu, beliau menyeru dan merayu supaya rakyat sedar siapakah sebenar Deris dan parti UMNO/BN. Beliau mengajak rakyat membuat perubahan demi masa depan generasi dan anak-anak, dengan menumbangkan UMNO/BN dan digantikan dengan PAS

(BERSIH! Kuala Terengganu, 22 February!)

HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: