Thursday, February 28, 2008

kesal larangan guna LCD skrin / BN mengguna perkhidmatan web Israel

(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
(Cetak dan Sebarkan Berita Kepada Rakyat!)



Global Media Channel

Husam kesal larangan guna LCD skrin ketika ceramah


Written by Irwan
ARAHAN pihak polis Kelantan agar semua ceramah yang diadakan ketika kempen pilihanraya kali tidak menggunakan LCD skrin amat dikesali kata Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa.

Beliau berkata, pelbagai sekatan yang dikenakan dalam tempoh kempen pilihanraya kali ini adalah merupakan satu tindakan menafikan hak rakyat untuk memperolehi maklumat sebenar.

"Sekarang mata anda ditutup dari melihat apa juga pendedahan yang dibuat dan anda hanya boleh menggunakan telinga sahaja untuk memperolehi maklumat yang disampaikan ketika ceramah," kata Husam.

Larangan itu juga jelas Husam adalah merupakan tanda pemimpin Umno/BN takut rakyat mengetahui lebih banyak skandal dan penyelewangan yang telah mereka lakukan.

Sehubungan dengan itu beliau berkata, Badan Perhubungan PAS Kelantan akan bertemu dengan pihak polis untuk mengemukakan rayuan agar larangan tersebut ditarik balik.

"Saya harap pihak polis dan Abdullah Ahmad Badawi akan menarik balik larangan tersebut kerana ianya merupakan satu bentuk tindakan yang menghalang demokrasi," kata Husam.

Larangan menggunakan LCD skrin ketika berceramah dikeluarkan oleh Ketua Polis Kelantan sebaik sahaja proses penamaan calon selesai dilakukan pada 24 Februari lepas.

Arahan ini adalah merupakan satu lagi tindakan Umno/BN bagi menghalang proses demokrasi dijalankan secara betul selepas pelbagai sekatan yang mereka lakukan sebelum ini.

Semua sekatan dan larangan yang dikeluarkan ini adalah merupakan isyarat jelas bahawa pentadbiran Umno/BN menyalahgunakan semua istrumen kerajaan bagi memenangi pilihanraya dan ianya juga merupakan satu tindakan yang bercanggah dengan amalan demokrasi.

Pilihanraya Umum ke 12 (PRU12) 8 Mac nanti adalah merupakan peluang untuk rakyat menjatuhkan sebuah kerajaan yang pincang dan menggantikan dengan sebuah kerajaan baru yang lebih adil dan telus.


Usuaha lupuhkan laman KeADILan gagal, BN mengguna perkhidmatan web Israel

Kuala Lumpur, 27 Feb - Pengendali laman-laman web KeADILan hari ini mengesahkan bahawa terdapat beberapa cubaan untuk melumpuhkan laman-laman web KeADILan, bermula dengan suarakeadilan. com.

conn_chart.pngPeningkatan mendadak hampir empat kali dari 100 hingga hampir 400 capaian (sila rujuk carta) kepada pelayan web KeADILan dengan status SYN_RECV menunjukkan bukti serangan DoS iaitu Denial of Service, yang cuba memperbanyakkan proses dan membuat capaian berganda terhadap pelayan web.

Walaubagaimanapun, percubaan ini gagal kerana laman-laman web KeADILan dipantau pada setiap masa.

BN juga sah menggunakan perkhidmatan web sebuah syarikat Israel untuk mengiklankan laman kempennya.

Maklumat ini disahkan melalui mencari sumber iklan-iklan BN yang kini dipaparkan di pelbagai laman web. Sumber tersebut menunjukkan BN menggunakan perkhidmatan iklanan yang ditawarkan oleh serving-sys. com milik syarikat yang bernama Eyeblaster.com.


Pimpinan syarikat Eyeblaster boleh dilihat di sini, dan alamat rasminya adalah:

8 Hasadna St
Ra�anana, Israel 43100
Phone: 972-972-97760801



*** - ***
JANGAN LUPA: HARI SABTU PAKAI KUNING!
Link Baru
webtv8 di http://wtv8. tv/v2/ tvpas di http://www.tvpas. com/

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: