Tuesday, February 5, 2008

Kes Dr Basmullah - terkini

Saya baru balik dari Mahkamah Jln Duta kerana mengiringi dan menyokong
 Puan Norlizah ibu kepada 8 orang anak. Kenalan saya ini adalah isteri
Dr Basmullah, Doktor pertama di Malaysia yang jadi mangsa kepada penguat
kuasaan Akta Hospital dan Klinik swasta Kementerian Kesihatan. Dr
Basmullah telah di penjarakan kerana tidak mampu membayar denda sebanyak
RM500K (yang diturunkan kepada RM 120,000) kerana didapati menjalankan
operasi Klinik swasta tanpa lesen sejak 10 tahun yang lalu.


Ada banyak perkara disebalik kes yang nampak simple dan 'very
technical' ini. Pertama akta yang tersebut baru sahaja diberi nafas baru oleh
mantan Menteri Kesihatan ( yang tidak mengamalkan 'cara hidup sihat' ) Dr
chua soi lek iaitu sejak tahun 2006-7 yang lalu. Saya sendiri telah
menghadiri pelbagai seminar, bengkel dan kursus untuk memahami akta baru
ini. Kesimpulanya para doktor baru diperkenalkan dengan akta ini. Yang
keduanya, penguatkuasaan pun baru bermula,sedangkan sebelum ini
kebanyakan klinik tidak berdaftar dengan KKM hanya mendapat lesen dari PBT.
Ketiga, kenapa setelah 10 tahun baru KKM hendak mengambil tindakan jika
benar beroperasi tanpa lesen itu salah.Saya masih ingat lagi jawapan
dari Dr Chua apabila ditanya tentang akta baru yang meletakkan doktor
sebagai penjenayah kerana setiap akta yang tidak dipatuhi tindakannya
adalah denda beratus ribu ringgit dan penjara. Beliau menyatakan akta ini
bertujuan untuk menghukum doktor2 palsu yang
berleluasa. Malangnya kini doktor yang ada APC yang menjadi mangsa
kerana masalh teknikal yang boleh ditangani dengan cara yang lebih
profesional.


Klinik Al Hilal kepunyaan Dr Basmullah beroperasi di kawasan Kg Pandan.
Menurut isterinya Klinik mereka telah diserbu pada satu malam Julai
2007 oleh pegawai dari KKM dan beberapa ramai anggota Polis serta kereta
peronda yang menyekat jalan keluar dari semua penjuru kawasan sekitar
klinik seolah-olah mereka sedang melakukan operasi menangkap penjenayah
ganas. Klinik dan beberapa peralatan seperti ultra sound telah disita,
dan pelbagai jenis ubat2an telah dirampas. Belau kerugian beratus ribu
ringgit dan tidak dapat beroperasi sehingga akhirnya terpaksa bekerja
dengan klinik kawannya. Semasa beliau dibicarakan beliau tidak mampu
untuk mengambil peguam dan setelah didenda tidak pula mampu membayar denda
sehingga akhirnya terpaksa merengkok dalam penjara. Isteri beliau
sendiri hanya mengetahui beliau dipenjarakan setelah 4hari tidak pulang
kerumah kerana menyangka beliau berada dirumah isteri keduanya. Kini
isteri Dr Basmullah terpaksa bekerja sebagai tukang masak disebuah kantin
di Shah Alam dan menyewa rumah di Kajang.

Menurut Puan Nolizah beliau tidak tahu menahu tentang masalah klinik
yang dikatakan tiada lesen dan terkejut dengan tindakan KKM. Sepanjang
pengetahuan beliau mereka tidak pernah menerima sebarang amaran dari KKM
sebelum serbuan dibuat dan klinik mereka disita.sedangkan beliau tuan
punya bersama Klinik tersebut dengan suaminya. Kebanyakan rakan dan
kenalan Dr Basmullah tidak mendapat maklumat tentang apa yang berlaku
termask saya sendri. Saya hanya menyedari apabila menerima sms bertanya
betulkah saya dipenjarakan kerana menjalankan operasi klinik tanpa lesen
kerana ramai yang salah sangka oleh kerana nama hospital yang saya
kendalikan iaitu Pusat Perubatan Kohilal , Taman Melawati agak sama dengan
Klinik AlHilal kepunyaan Dr Basmullah.


Kes Dr Basmullah kini ditangani oleh YB Karpal Singh dari sudut
perundangannya. YB Karpal sedang berusaha untuk mendapatkan pembebasan Dr
Basmullah yang tidak sepatutnya dipenjarakan kerana masalah teknikal
sedangkan umum mengetahui berapa banyak kilang2 haram yang beroperasi
berpuluh tahun tidak pun diambil tindakan. Ini bukan bermakna Dr Basmullah
tidak melakukan kesalahan tetapi sepatutnya beliau dimaklumkan dan diberi
amaran secara telus oleh pihak KKM tetntang kecuaian beliau itu.
Sekiranya beliau benar-benar engkar setelah diberi beberapa kali amaran
barulah tindakan diambil. Janganlah periok nasi dan premis operasinya
ditutup secara kekerasan.Kami para Doktor Swasta bukan pesalah, kami telah
sama-sama membangun dan menyumbang kepada sistem kesihatan dan perubatan
negara, malah mantan PM Malaysia juga bekas Doktor swasta.


Kebajikan isteri dan keluarga Dr pula diurus oleh Muslimat Titiwangsa
dan Kajang. Saya selaku pengerusi LKKPP telah menyumbang sebanyak RM600
untuk meringankan bebanan Puan Norlizah. TKH juga akan menyumbang untuk
melangsaikan kos cukai jalan dan insuran kereta puan Norlizah yang
tertunggak.


Saya difahamkan ramai kenalan Dr Basmullah juga telah membantu dan
menyokong keluarga ini yang dalam kesusahan. Jika ada yang menyumbang sila
sampaikan melalui Dana Kami Prihatin, 12113010026150 BIMB Melawati.

Dr Lo'lo'
docpearl@doctor.com
docpearl.blogspot.com

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: