Monday, February 4, 2008

KENYATAAN BERSAMA MAHASISWA ISLAM MALAYSIA

"umar faruqi" faruqi03@yahoo.com

KENYATAAN BERSAMA MAHASISWA ISLAM MALAYSIA
Posted on Sunday, February 03 @ 08:59:34 MYT by SongkokPutih
Kenyataan Media Oleh mumayu

"
Kira-kira 200 mahasiswa hari ini berarak dari pekarangan Masjid Negara ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, sejauh kira-kira satu kilometer, bagi membantah cadangan meminda Artikel 121 (1a) Perlembagaan Persekutuan, yang mengecilkan bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Perarakan secara aman itu disertai anggota Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (Karisma) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).


Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh persatuan berkenaan pada majlis itu, mereka mahu bidang kuasa Mahkamah Syariah dikekalkan seperti termaktub dalam Artikel 121 (1a) Perlembagaan Persekutuan yang memberi hak mutlak kepada mahkamah itu dalam kes berkaitan agama Islam dan ia tidak boleh dipertikaikan oleh Mahkamah Sivil.

Tekan teks penuh untuk melihat kenyataan tersebut.

Kampus Negara: http://kampusnegara .net
[Dari Kampus ke Lapangan Umat]



MEMBANTAH PINDAAN ARTIKEL 121 (1A) PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
A. Latar Belakang Isu

Artikel 121 (1A) adalah peruntukan perlembagaan yang menghalang Mahkamah Sivil mencampur bidang kuasa Mahkamah Syariah. Sebelum 1988, urusan-urusan Mahkamah Syriah selalu terganggu oleh Mahkamah Sivil. Apa yang telah diputuskan dengan mudahnya diubah oleh Mahkamah Sivil. Hal ini sebenarnya mengganggu urusan masyarakat Islam kerana masyaraka Islam di Malaysia mempunyai hak dan kewajipan untuk dihukum di Mahkamah Syariah. Tokoh-tokoh seperti Allahyarham Tan Sri Ahmad Ibrahim telah berusaha lama untuk memastikan urusan Mahkamah Syariah bebas dan tiada campurtangan dari Mahkamah Sivil. Hanya pada tahun 1988, peruntukan (1A) dimasukkan. Mahkamah Syariah mula ada kebebasan setelah 31 tahun Malaysia merdeka.Pemergian Allahyarham Muhammad bin Abdullah @ Sarjan Moorthy baru-baru ini telah menimbulkan sedikit kontroversi. Muhammad bin Abdullah @ M.Moorthy ini sebenarnya tidak pernah dipaksa memeluk Islam. Selepas kematiannya, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menuntut jenazahnya dikebumikan menurut Islam. Mahkamah Syariah kemudiannya telah memutuskan Muhammad bin Abdullah @ M.Moorthy adalah Muslim dan berhak dikebumikan menurut Islam. Segelintir pihak yang tidak berpuas hati telah memanipulasikan isu ini seterusnya mendesak artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan ini dipinda.



B. Pendirian

Kami Mahasiswa Islam Malaysia berpendirian:

1. Bersimpati dengan keluarga Allahyarham Mohamad Abdullah ataupun Sarjan M. Moorthy dan mengucapkan takziah di atas pemergiaan beliau.

Malangnya kami percaya ada pihak yang cuba untuk memanipulasi situasi sedih yang sedang dirasai oleh keluarga allahyarham, demi kepentingan agenda mereka sebagai meneruskan cadangan penubuhan 'Inter Faith Commission (IFC)' yang tertangguh.

2. Tidak bersetuju dengan semua resolusi rundingan meja bulat parlimen yang diadakan pada 5hb Januari 2006.

3. Tidak mahu kedudukan Mahkamah Syariah menjadi kembali mundur seperti sebelum pindaan perlembagaan kepada Perkara 121 (1A) itu dibuat pada tahun 1988.

4. Menyokong sepenuhnya pihak kerajaan untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang berkaitan Islam sebagai agama Persekutuan seperti yang termaktub di dalam Perkara 3 demi keharmonian seluruh rakyat Malaysia.



C.Tuntutan

Maka dengan ini, kami Mahasiswa Islam Malaysia menuntut :

1. Mempertahankan sepenuhnya bidang kuasa Mahkamah Syariah seperti mana yang termaktub di dalam Perkara 121 fasal (1A) Perlembagaan Persekutuaan, kerana isu penukaran agama allahyarham Muhammad ke dalam agama Islam bukanlah satu isu yang berkaitan dengan peruntukan perlembagaan tersebut, kerana penukaran agama oleh allahyarham adalah secara sukarela.

2. Menggesa semua pihak untuk berhenti serta-merta dari terus mempertikaikan kewibawaan dan bidang kuasa Mahkamah Syariah Malaysia seperti yang termaktub di dalam Perkara 121(1A) dan menghormati Perlembagaan Persekutuan demi kesejahteraan umum.

3. Memohon supaya Mahkamah Syariah memberi ruang kepada orang bukan Islam agar mereka boleh mencari dan medapatkan keadilan di dalam Mahkamah Syariah.

4. Memohon seluruh rakyat Malaysia agar lebih rasional dalam menuntut hak masing-masing seperti mana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.



D. Penutup

Kami, Mahasiswa Islam Malaysia optimis dalam membina keharmonian dan keamanan dalam Negara kita. Sekiranya pindaan ini benar-benar berlaku, ianya tidak membantu mewujudkan keharmonian dalam Negara kerana masyarakat Islam adalah penduduk majoriti di Malaysia. Kewujudan peruntukan 121 (1A) tidak pernah menidakkan hak orang bukan Islam dan kebebasan beragama di Negara kita.


Kenyataan bersama oleh:

1. GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA (GAMIS)

2. KELAB RAKAN SISWA ISLAH MALAYSIA (KARISMA)

3. PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM)

4. MALAYSIAN ISLAMIC STUDY GROUP (MISG), USA & CANADA

Kampus Negara: http://kampusnegara .net [Dari Kampus ke Lapangan Umat]"
*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: