Friday, February 22, 2008

Kenyataan akhbar Presiden PAS berkenaan dengan Islam Hadhari

"Mujahid 2020" attakiri2004@yahoo.com.sg

Islam Hadhari: Satu konsep yang mengeliru dan mengugat akidah umat
Islam Malaysia

Oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi

Latarbelakang - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
telah memperkenalkan dan mempelopori satu gagasan baru kepada rakyat
Malaysia sejak tahun 2003, yang dinamakan sebagai Islam Hadhari, atau
dalam bahasa Melayunya "Islam Bertamaddun" . Islam Hadhari atau Islam
Bertamaddun mempunyai rukun-rukunnya tersendiri yang baharu berjumlah
10 kesemuanya. Islam asal yang diturunkan Allah swt melalui RasulNya
Nabi Muhammad saw pula mempunyai 6 rukun.

Niat dan matlamat sebenar Islam Hadhari menjadi keliru sejak awal
lagi. Nama nya yang bermaksud Islam Bertamaddun menggambarkan
seolah-olah ianya adalah Islam yang baharu yang lebih bertamaddun dari
Islam Al Quran yang asal. Ianya tambah mengelirukan kerana mempunyai
rukun yang tidak sama dengan rukun Islam asal.

Permasalahan

Islam Hadhari sejak penubuhannya lebih banyak membawa kekeliruan dan
masalah kepada pemahaman Islam di kalangan rakyat. Bukan sahaja mereka
yang bukan Islam bertambah menjadi sangat keliru, mereka yang beragama
Islam, khususnya golongan muda dan mereka yang tidak berpendidikan
tinggi menjadi kelam kabut. Antara perkara-perkara yang membawa
kekeliruan ini ialah:

1. Penerusan Malaysia sebagai pusat pengeluaran arak,
perjudian,dan lumba kuda terbesar di Asia Tenggara. Kegiatan-kegiatan
ibu kemaksiatan ini terus berkembang dan dilesenkan oleh pentadbiran
Islam Hadhari
.

2. Konsert dan program hiburan yang melampau secara "live"
dan melalui media massa meningkat lebih 100% sejak Islam Hadhari
dilancarkan.

3. Isu murtad. Bilangan orang-orang Islam yang
mengisytiharkan keluar dari Islam (murtad) secara rasmi meningkat dari
tahun ke tahun. Setakat belum ada sebarang inisiatif dari pentadbiran
Islam Hadhari
untuk mengekang masalah dan menjaga kemurnian akidah
rakyat secara jelas. Bahkan cadangan PAS di parlimen ditolak
mentah-mentah.

4. Gejala maksiat dikalangan pimpinan. Kebejatan moral yang
begitu parah di kalangan pimpinan kerajaan UMNO/BN sendiri, khasnya
dari mereka beragama Islam yang diketahui umum tidak menggambarkan
kesungguhan diperingkat tertinggi dalam menghayati Islam hadhari.

Penegasan dan Gesaan

Cara Islam Hadhari diperkenalkan, kandungannya yang kosong,
perlaksanaan yang terlalu bercelaru, sokongan kepimpinan sendiri yang
tidak lebih dari tepian bibir mulut, pertentangan secara jelas dengan
syariat dan akidah Islam ajaran Al Quran, benar-benar telah
mengelirukan rakyat. Bahkan ia juga mudah membawa kepada kegelinciran
aqidah Islam sebenar.

Dengan demikian, PAS dan rakyat Islam yang perihatin serta menyintai
kemurnian akidah dan syariat Islam dengan tegasnya menggesa agar
rakyat Malaysia seluruhnya menolak segala usaha yang membawa kepada
kekeliruan dan kerosakan aqidah dan kembali kepada Islam yang sebenarnya.

19 Febuari 2008

DATO' SERI TUAN GURU HJ ABD. HADI AWANG
Presiden, Parti Islam Se Malaysia (PAS)

Text asal boleh lihat dalam URL :
http://www.tranungk ite.net/v7/ modules.php? name=News& file=article& sid=6640

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: