Sunday, February 10, 2008

Jom Selamatkan GAZA 15 Feb ini di K.Pilah !

"Rozmal bin Malakan" rozmal@yahoo.com

JOM SELAMATKAN GAZA !!!
Assalamu�alaikum wr wb,

Muslimin dan Muslimat semua dijemput untuk menghadiri
Sambutan Hari Palestin. Maklumat berkaitan adalah
seperti berikut:

Tarikh : 15hb Februari 2008 (Hari Jumaat)
Tempat : Masjid Yam Tuan Raden, Kuala Pilah
Anjuran : Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Kuala Pilah

Aturcara Sambutan
11.00 pg � 7.00 ptg Pameran Palestin, Jualan dan
Kutipan Dana Gaza

1.20 petang : Khutbah Jumaat �PALESTIN �
Tanggung-jawab Setiap Muslim�
Khatib : Ust Nor Hisham Hassan , Imam Masjid YamTuan
Raden , YDP ISMA Kuala Pilah
7.30 malam - Solat Maghrib
8-9.30 malam - Forum Perdana �JOM SELAMATKAN GAZA�
Moderator : Dr Mohd Yusof Bin Abas , Perunding
Perubatan Sukan , NYDP ISMA Port Dickson
Panelis 1: Ust Mejar Nadzri Bin Munsman , Pegawai
Undang-Undang KAGAT ATM , Perunding Aman Palestin
Panelis 2 : Dr Zainur Rashid Bin Zainuddin , Pakar
Perunding Perubatan, IMU , Perunding Aman Palestin

10.00mlm - Solat Isya, Persembahan Nasyid, Pameran &
Kutipan Dana
10.30mlm - Bersurai

SEMUA DIEMPUT HADIR
Oleh : NADZRI MUNSMAN

Selamatkan Gaza! Ratusan ribu rakyat Palestin berada
di ambang kebuluran manakala kanak-kanak, wanita,
orang-orang tua, pesakit-pesakit serta ribuan yang
lain turut berada di kemuncak krisis kemanusiaan di
Gaza. Situasi yang amat kritikal yang sedang berlaku
di Gaza ini adalah kerana konspirasi jahat yang
dilakukan oleh Yahudi Zionis dengan alasan untuk
menjatuhkan HAMAS daripada memerintah Gaza semenjak
awal tahun 2006. Kepungan yang sudah menjangkau dua
tahun yang dilakukan oleh rejim Zionis telah
memberikan pelbagai kesengsaraan yang berpanjangan
kepada rakyat Palestin. Kemuncaknya, akibat gelaran
�entiti musuh� yang telah diluluskan oleh kabinet
Israel terhadap HAMAS di Gaza, penduduknya yang
seramai 1.5 juta orang telah menerima hukuman secara
kolektif daripada Israel.

Masyarakat tempatan dan antarabangsa mengetahui bahawa
pilihanraya yang bersih telah berlangsung pada Januari
2006 dengan HAMAS menguasai Semenanjung Gaza dan
Tebing Barat dengan mengalahkan Parti Fatah yang
dipimpin oleh Mahmoud Abbas (Abu Mazein). Pilihanraya
yang telah diperhatikan oleh PBB dan diakui sendiri
oleh mantan Presiden Amerika Syarikat Jimmy Carter
sebagai pemerhati bebas; merupakan pilihanraya yang
bersih dan terhindar daripada segala penipuan.
Malangnya rejim yahudi zionis tidak memperakui
kehendak maoriti rakyat Palestin dengan memperhebatkan
serangan tanpa mengira waktu dan tempat, umur dan
jantina sehingga menyebabkan rakyat Palestin khususnya
di Semenanjung Gaza yang hanya seluas 360 km menderita
kesengsaraan. Bukan setakat itu sahaja, sekatan demi
sekatan terutamanya kemasukan keperluan utama rakyat
Palestin dikuasai sepenuhnya oleh rejim zionis
sehinggalah kemuncaknya apa yang berlaku sekarang ini.

Keadaan di Semenanjung Gaza amat menyedihkan dengan
bekalan ubat-ubatan, makanan, barangan keperluan asasi
yang lain terutamanya minyak telah disekat
kemasukannya oleh rejim zionis melalui pintu-pintu
sempadan yang dikawal oleh mereka. Bekalan tenaga
elektrik juga tidak dapat diagihkan akibat sekatan
kemasukan petrol ke Gaza. Hospital tidak dapat
beroperasi dengan para pesakit terus mengalami
kesakitan dan ada yang mati kerana kesejukan serta
pembedahan yang tidak dapat dilakukan. Anak-anak kecil
menangis kelaparan kerana kilang roti tidak dapat
membekalkan roti disebabkan bekalan tepung tidak
diperolehi. Para pesakit yang ada di hospital terus
mengalami penderitaan dan kesakitan kerana ubat yang
sepatutnya diberikan kepada mereka tidak diperolehi
kerana bekalan ubat tidak sampai. Bayi yang dilahirkan
tidak mendapat makanan yang mencukupi yang boleh
mengakibatkan kematian, anak-anak yang bersekolah
terus menghadapi pelbagai kesusahan kerana bekalan
elektrik yang diputuskan dan malam yang gelap adalah
fenomena yang terpaksa diterima oleh rakyat Palestin
di Gaza. Akibat kesengsaraan dan kezaliman yang
berterusan tanpa ada suara pemimpin antarabangsa
termasuklah daripada negara Islam sendiri; meletupkan
tembok pemisah gergasi di Rafah adalah penyelesaian
sementara yang dilakukan oleh pasukan keselamatan
HAMAS bagi menyelamatkan rakyat Gaza daripada terus
kebuluran dan tidak mendapat keperluan asasi yang
sepatutnya diterima sebagai seorang manusia. Adalah
diharapkan kerajaan Mesir tidak menutup kembali
sempadan Rafah kerana itulah satu-satunya jalan yang
digunakan oleh rakyat Palestin di Gaza bagi
mendapatkan bekalan makanan dan keperluan harian
mereka.

Umat Islam di seluruh dunia perlu menginsafi hakikat
ini. Keperitan yang dialami oleh rakyat Palestin yang
sudahpun terlalu menderita semenjak tahun 1948 lagi
perlu dikongsi oleh seluruh manusia khususnya umat
Islam. Rakyat Malaysia yang terkenal dengan sikap
keprihatinannya sama ada di dalam isu-isu kemanusia
dan isu-isu perjuangan untuk kebebasan perlu mengambil
bahagian dengan memberikan sumbangan yang tidak
berbelah-bahagi kepada rakyat Palestin. Jika dahulu
semasa era penjajahan negara-negara kuasa-kuasa besar
terhadap negara-negara lain di dunia ini termasuklah
di Malaysia, penentangan yang dilakukan terhadap
rakyat negara dijajah adalah terhadap negara yang
menjajah. Penentangan ini boleh dilihat melalui
perjuangan yang dilakukan oleh rakyat negara ini
menentang British dan juga Jepun. Walaubagaimanapun
apa yang berlaku di Palestin amat berbeza sekali. Ini
adalah kerana Palestin dijajah oleh seluruh dunia yang
didokongi oleh rejim zionis melalui proksinya Amerika
Syarikat. Kesatuan Eropah dan negara-negara lain
berganding bahu melumpuhkan Palestin terutamanya di
Gaza melalui pelbagai sekatan yang mereka lakukan
terhadap rakyat Palestin. Rakyat Palestin berjuang
bersendirian bagi memastikan kebebasan mutlak
diperolehi oleh mereka. Persengkokolan kuasa-kuasa
besar bagi memastikan Palestin terus �diratah� oleh
rejim zionis menunjukkan apa sebenarnya yang dilakukan
oleh dunia kepada Palestin khususnya di Semenanjung
Gaza.

Keadaan aman yang dirasai oleh rakyat Malaysia
perlulah disyukuri dengan nikmat pemberian Tuhan ini.
Walaubagaimanapun adakah kita perlu melupakan saudara
seakidah kita di Palestin khususnya di Gaza. Adakah
kita terfikir di saat kita menyuapkan roti canai dan
nasi lemak setiap pagi sama ada di hotel atau di
warung, rakyat Palestin di Gaza sedang bertarung
dengan nyawa untuk mendapatkan sekeping roti. Adakah
kita menyedari di saat kita sedang sakit dan sedang
menjalani rawatan di hospital swasta mahupun hospital
kerajaan swasta tidak kira kelas berapa, rakyat
Palestin di Gaza tidak memperolehi pun ubat-ubat asasi
yang diperlukan oleh mereka. Adakah kita menginsafi,
kesusahan yang kita alami di Malaysia sekarang masih
lagi ada yang prihatin untuk membantu sedang rakyat
Palestin di Gaza tiada siapa yang membantu atau
prihatin terhadap mereka. Atas dasar sifat
kemanusiaan, atas dasar persaudaraan seislam dan atas
dasar pegangan akidah, rakyat Palestin di Gaza perlu
dibantu.

Aman Palestin Berhad yang ditubuhkan pada tahun 2006
adalah badan yang memberikan fokus dan penumpuan
kepada isu yang berlaku di Palestin. Untuk itu
pelbagai projek yang telah dan akan dilakukan oleh
Aman Palestin untuk menjamin rakyat Palestin terus
mendapat hak-haknya sebagai seorang manusia biasa.
Aman Palestin telah bekerjasama dengan badan-badan
kerajaan, badan NGO dan orang perseorangan dalam
melaksanakan pelbagai aktiviti penerangan sambil
mengumpulkan dana untuk disalurkan terus kepada rakyat
Palestin melalui projek-projek yang dirancang. Aman
Palestin juga bekerjasama dengan pihak media dan
penerbitan seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, TV
3, RTM dan TV 9 dengan matlamat mengumpulkan dana bagi
membantu pelarian Palestin yang sedang menghuni
kem-kem pelarian di Lubnan dan Syria serta rakyat
Palestin di Gaza dan Tebing Barat. Semoga usaha yang
dilakukan oleh rakyat Malaysia menjadi amal kebajikan
yang memberi kemurahan rezeki yang berpanjangan.
Selamatkan Gaza!.

Nadzri Munsman ialah Perunding AMAN PALESTIN

Rozmal http://waghih. blogspot. com
Yayasan Amal Malaysia http://www.amalmala ysia.net
Kelab AMAL NS http://amal- ns.blogspot. com
Institut Kajian Angkasa http://ikam- space.blogspot. com
Pusat Pendidikan As Saidiyyah http://puspa- ns.blogspot. com


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: