Tuesday, February 5, 2008

Jentera PAS diingatkan edar risalah 'Kempen' secara menyeluruh

"Tegak Iman" tegakiman@yahoo.com

Jentera PAS diingatkan edar risalah 'Kempen' secara menyeluruh
Wan Nordin Wan Yaacob
Mon | Feb 04, 08 | 3:53:06 pm MYT
KUALA LUMPUR, 4 Feb (Hrkh) - Jentera Pilihan Raya PAS di seluruh kawasan diingatkan agar mengedarkan risalah 'Kempen' yang diterbitkan Jabatan Penerangan PAS Pusat secara menyeluruh kata Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar.
ImageMenurut Mahfuz, risalah ini adalah bahan-bahan kempen yang antaranya memuatkan fakta yang perlu dibaca oleh golongan pengundi sasaran yang tidak mendapat maklumat melalui media alternatif dan internet.

Risalah ini antara lain turut memuatkan penerangan serba lanjut berhubung agenda negara kebajikan yang diuar-uarkan Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang selain maklumat mengenai kepincangan negara.

Beliau yang dihubungi sebelum terbitan pertama 'Kempen' menyatakan komitmen bahawa risalah ini mempunyai maklumat yang tepat, menyampaikan mesej parti dalam usaha memberi penerangan kepada khalayak yang lebih luas.

Keluaran pertama risalah 'Kempen' ini telah diedarkan minggu lalu kepada setiap PAS Kawasan, justeru Mahfuz mahu ianya diedarkan secara menyeluruh oleh jentera Penerangan PAS disemua peringkat.


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: