Wednesday, February 6, 2008

Janji-Janji Manis Pak Lah / Pengunjung Tidak dapat menunaikan Solat Jumaat

(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
(Cetak dan Sebarkan Berita Kepada Rakyat!)

CINA ISLAM

Janji-Janji Manis Pak Lah Di Kelantan

Lawatan PM Hadhari ke Kelantan hari ini menampakkan semakin hampir sangat dengan tarikh pilihanraya umum ke 12. Seingat saya inilah tradisi pemimpim UMNO sebelum Pak Lah, selepas lawatan ke Kelantan sesudah itu akan diumumkan tarikh pilihanraya. Adakah ianya berulang, kitas tunggu dan lihat.

Sekali ini nampaknya ucapan Pak Lah macam Raja Bedurai Putih yang dikisahkan dalam kitab Sejarah melayu. sudah lama sangat sang raja tidur lena, katanya enam bulan. Sesudah jaga maka bercakap banyaklah dan nak buat macam-macam, maka macamitulah janji Pak Lah kepada rakyat Kelantan.

Mudah-mudahan rakyat kelantan lebih cerdik dari PM yang paling lemah dalam sejarah Malaysia ini. Kecerdikan inilah yang menyebabkan InsyAllah Kelantan masih memihak kepada PAS dalam PR akan datang.

Janji Pak Lah di Kota Bharu ...beliau berhasrat untuk membentuk Kelantan Baru sebagai strategi bagi membangunkan potensi sumber alam dan modal insan di negeri itu.Beliau berkata, selama 18 tahun Kelantan yang diperintah Pas dilihat masih tertinggal ke belakang kerana kurangnya penerokaan terhadap dua aspek itu.“Kelantan mempunyai potensi untuk dibangunkan bagi mewujudkan Kelantan baru,”

di Kota Bharu juga ia juba menegakkan benang basah kononnya BN juga melaksanakan negara berkajikan.. .katanya“Memang pun (kita sebuah negara kebajikan) kalau dari segi apa dilaksanakan, kita bantu (rakyat), daripada makna kebajian itu kita pastikan rakyat mendapat bantuan yang berupa bantuan kebajikan, bantuan untuk kesenangan, kesejahteraan mereka,” Didalam ucapannya di KB juga Pak Lah memandai-mandai berkata rakyat kelantan mahukan perubahan.

Janji Pak Lah di Kuala Krai...“Memang pun (kita sebuah negara kebajikan) kalau dari segi apa dilaksanakan, kita bantu (rakyat), daripada makna kebajian itu kita pastikan rakyat mendapat bantuan yang berupa bantuan kebajikan, bantuan untuk kesenangan, kesejahteraan mereka,”
Usaha pembangunan yang dijanjikan kerajaan pusat untuk Kelantan akan lebih rancak jika ia berada di bawah satu payung dengan kerajaan pusat.

Beliau berkata, segala agenda perubahan yang ingin dilakukan kerajaan pusat di Kelantan akan lebih mudah dilaksanakan sekiranya ada kesepakatan dalam kalangan pemimpin negeri ini.“(Jika) kerajaan negeri pun di bawah BN, lebih rancaklah lagi pembangunan,” Ditempat yang sma Pak Lah berkata

Begitulah pujukanke ? ugutan ke? penipuan ke? pembaca boleh menilai sendiri ucapan-ucapan Pak Lah tersebut.



BuletinOnline
Beratus-ratus Pengunjung Perkampungan Hadhari Tidak dapat menunaikan Solat Jumaat

The image “http://buletinonline.net/images/pas/masjidkristal2.gif” cannot be displayed, because it contains errors.Kuala Terengganu, 4 Feb - Kegagalan Kerajaan Negeri Terengganu khususnya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) memakmurkan Masjid Kristal di Pulau Wan Man mengakibatkan beratus-ratus pengunjung tidak menunaikan solat Jumaat pada hari perasmian program perkampungan hadhari.

Sehingga semalam, tidak kedengaran laungan azan dan tidak ditunaikan solat berjamaah lima waktu serta tidak ada kakitangan pihak JHEAT yang bertugas di masjid tersebut. Justeru terpengaruh dengan propaganda iklan televisyen perkampungan hadhari yang menyebut tentang solat, beratus-ratus pengunjung pada pagi Jumaat berpusu-pusu ke masjid tersebut apabila hampir masuk waktu solat Jumaat.
The image “http://buletinonline.net/images/pas/masjidkristal2.gif” cannot be displayed, because it contains errors.(Foto : Bertukar Hijau? - diwaktu malam)
)Namun orang ramai berasa hampa setelah mendapati bahawa masjid yang dibina dengan duit rakyat berharga RM27 juta itu tidak dilaksanakan solat Jumaat dan solat lima waktu secara berjamaah. Perdana Menteri yang merasmikan Taman Tamadun Islam(TTI) semalam juga tidak berkunjung ke Masjid Kristal. Pak Lah yang pernah menjadi imam sembahyang, sepatutnya mengambil peluang untuk bersembahyang bersama-sama rakyat di masjid tersebut.

Masjid Kristal bukan sebuah ‘masjid’ ?
Keadaan ini menguatkan lagi kontroversi dan membenarkan anggapan ramai bahawa Masjid Kristal bukanlah sebuah masjid. Ia hanyalah sebuah bangunan yang dinamakan sebagai ‘masjid’ untuk tujuan pelancongan semata-mata. Ia dinamakan ‘masjid’ bagi memperkuatkan tarikan kepada taman tema TTI. Oleh yang demikian, kerajaan Negeri Terengganu tidak menyenaraikan Masjid Kristal sebagai sebuah masjid sebagaimana senarai masjid-masjid yang terdapat didalam laman rasmi E-Khutbah JHEAT.
The image “http://buletinonline.net/images/pas/masjidkristal1.gif” cannot be displayed, because it contains errors.
Bagaimanapun, menurut sebuah papantanda besar yang terpampang di dalam TTI, Masjid Kristal akan dirasmikan oleh Yang DiPertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin pada 8hb Februari, 2008. Namun sehingga kini, tiada sebarang kenyataan yang dibuat oleh Kerjaan Negeri berkaitan perkara tersebut. tidak seperti majlis perasmian TTI, yang dipromosikan secara besar-besaran.
Carian BuletinOnline mendapati bahawa bahagian siaran media kerajaan Malaysia mengeluarkan kenyataan bahawa Seri Paduka Baginda akan merasmikan Masjid Kristal pada 8hb Februari, pada jam 8 malam. Acara perasmian ini juga diluar kebiasaan sebagaimana perasmian masjid-masjid yang pernah dibuat oleh Sultan Mizan. Menjadi kebiasaan al-Sultan apabila merasmikan sesebuah masjid, majlis akan dimulakan sebelum solat Jumaat dan baginda akan turut bersama-sama rakyat menunaikan solat Jumaat berjamaah.
(BERSIH! Kuala Terengganu, 22 February!)

HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: