Saturday, February 2, 2008

JANGAN LUPA JASA BN / At what price the future of your children?

(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)


JANGAN LUPA JASA BN:
RAKYAT JANGAN LUPA PENYELEWENGAN RAFIDAH


Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) tertarik dengan ingatan yang dibuat oleh Menteri MITI yang juga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Rafidah Aziz supaya rakyat tidak melupakan jasa BN dalam membangunkan negara ini. Kenyataan Menteri MITI begitu jelas menunjukkan kebimbangan BN terhadap kemahuan rakyat untuk berubah sehingga rakyat dipujuk dengan pembangunan yang telah dibuat oleh BN. Bagi DPP Pusat, apa yang tidak boleh dilupakan oleh rakyat bukannya jasa BN, tetapi pengkhianatan BN, khususnya oleh Rafidah sendiri ke atas kepentingan rakyat dan negara.

Adalah sesuatu yang memalukan apabila kita bercakap tentang jasa kita untuk dikenang oleh rakyat, sedangkan memang kita diberi tanggungjawab untuk perkara tersebut. Ini bukannya jasa, tetapi melaksanakan tugas. Menteri diberikan gaji oleh rakyat untuk membangunkan negara, dan ini bukan sesuatu yang percuma diberikan kepada rakyat. Malaysia membangun bukan dengan duit menteri, bahkan rakyat membayar gaji untuk kerja-kerja mereka. Tidak timbul soal jasa kerana itu satu tugasan. Jika sebelum ini rakyat memberikan tugas kepada BN, kini rakyat memberikan tugas ini kepada PAS/BA pula dan ia bukanlah satu tindakan yang melupakan jasa, sebaliknya satu perubahan untuk sesuatu yang lebih baik.

Jika hendak dikatakan sebagai jasa juga, rakyat harus menilai pengkhianatan, penyelewengan, salah laku, rasuah, kronisme dan nepotisme yang dilakukan oleh Kerajaan BN dalam membangunkan negara ini. Apakah patut kita mengenang dan menghargai �jasa� orang-orang yang pecah amanah walaupun ia menyumbang kepada pembangunan negara. Jika tidak berlaku pecah amanah, mungkin pembangunan yang lebih baik dapat disediakan. DPP Pusat percaya bahawa rakyat masih belum melupai beberapa isu yang tercetus di MITI seperti pembahagian saham kepada menantu Menteri MITI, kegagalan projek MATRADE, kronisme dalam agihan AP kereta mewah dan lain-lain sehingga Tun Dr Mahathir sendiri menyerang penyelewengan Rafidah ini.

Rakyat tidak perlu keliru dengan wajah-wajah manis dengan janji-janji pembangunan serta ungkitan-ungkitan jasa oleh pemimpin BN menjelang pilihan raya ini. Sebelum ini pemimpin BN bercakap tentang jasa-jasa Suharto terhadap Indonesia, sedangkan mangsa-mangsa politik Suharto bercakap tentang kezaliman dan penyelewengan bekas presiden itu. Yang cuba diketengahkan oleh media hanyalah jasa-jasa, tetapi kezaliman dan penyelewengan disembunyikan. Rafidah nampaknya cuba menggunakan pendekatan yang sama dengan mengajak rakyat menghargai jasa BN dalam membangunkan negara, walhal beliau sendiri telah terpalit dengan dosa-dosa penyelewengan harta negara. DPP Pusat menyeru supaya rakyat menolak pemimpin dan kerajaan seperti ini.
YB SALAHUDDIN AYUB
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

many-colours-1.jpg
On 15th August last year, Dr M spoke at length to a large gathering of bloggers at the Perdana Leadership Foundation headquarters in Putrajaya.

The Malaysiakini report on this event had it that Dr M had said, amongst other things, that in the next general election, there would be widespread vote buying.

�It is for certain that in the coming general election, a lot of money would be spent in vote buying� if the ruling parties do this, we would be governed by a government that is outrightly involved in corruption� For RM200, people are willing to sell their votes. They are not just selling their votes. Dia jual maaruahnya (he is selling his dignity)�, Malaysiakini reports Dr M as having said.

I was at the event and I can confirm that this last quote is not accurate. What Dr M said was that the Malays will sell their votes for RM200. At least the Chinese would not sell their vote for this miserable sum, he remarked. They will sell it at a higher price.

That explains the Malaysiakini report today entitled �Election goodies for Chinese community� about a pre-CNY promise to build six Chinese primary schools in Sungai Long, Kajang, Bukit Serdang, Rawang in Selangor, Wangsa Maju in Kuala Lumpur and Danga Bay in Johor.

The report has it that Ong Ka Ting said, �I want to thank Hishammuddin. He has always been fair and considerate in listening to the problems faced by Chinese schools.� and �this is good news for the Chinese community before the Chinese New Year.�

Ong is also said to have confirmed that these proposed Chinese schools can accommodate 27,000 more pupils upon completion.

Really? Places for 27,000 more pupils?

To learn what?

Ketuanan Melayu?

That if they do not like that some claim this is an Islamic state, they can get out of the country?

That it does not matter that someone�s late grandpa was Buddhist, he�ll still get buried where the Syariah court says he shall be buried?

That they must tolerate it when someone sticks a keris in their faces and says �I will defend my race� while others call on that keris-wielding fella to use it?

That they will always be second class citizens in the land of their own birth?

Is that all it takes? RM200 each for the Malays and a couple of schools for the Chinese?

Was Dr M right? Are we that cheap?

Is that all it take for us to sell our vote, our children and our dignity?

JOM BERSIH!!! bersih.org/



HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: