Friday, February 22, 2008

Jangan Biarkan Rakyat Disembelih UmnoBN

"Pas Johor Bahru" pasjohorbahru@yahoo.com

Tempoh kempen pilihanraya sepanjang 13 hari bermula dari hari penamaan calon pada 24 Februari 2008 sehinggalah malam sehari sebelum pengundian pada 8 Mac 2008 dilihat masih tidak bererti biarpun tempoh kempen agak panjang kali ini.
Tuntutan BERSIH masih lagi belum dipenuhi memandangkan UmnoBN tidak menghormati rakyat negara ini dengan perlakuan mereka yang disebut oleh Tuan Guru Hj Nik Abd Aziz Nik Mat sebagai orang utan yang tidak tahu undang-undang.
Mereka yang merangka dan menggubal undang-undang mereka jugalah yang menjadi petualang dan bajingan yang melanggarnya. Isu pilihanraya kali ini cukup banyak dan sarat untuk disajikan untuk tatapan rakyat memandangkan kerajaan UmnoBN kali ini adalah kerajaan yang paling zalim dan bongkak setelah lebih 50 tahun negara ini merdeka.
Pastinya kemenangan piliharaya yang bakal diraih oleh UmnoBN kali ini, menjadi penerus kepada agenda kezaliman dan korup kerajaan yang sudah tidak sabar-sabar lagi menaikkan harga tol,minyak dan barang-barang keperluan sebaik sahaja diisytiharkan menang.
Biarpun kali ini pertandingan semakin sengit, ini masih tidak cukup buat pembangkang berasa selesa dengan kekuatan dan keupayaan kita sendiri yang masih belum setara UmnoBN yang menggunakan segala-galanya.
Sekatan ceramah kempen pilihanraya melalui permohonan permit kepada pihak polis dilihat sebagai suatu amalan yang tidak matang dan berat sebelah kepada parti pembangkang.
Walaupun sudah wujud riak-riak dan gelombang rakyat yang tidak puas hati dengan prestasi kerajaan yang mentadbir sekarang ini, ianya masih dilihat tidak cukup kuat buat pembangkang menanggani isu kepada rakyat sebagai alternatif kepada kerajaan sedia ada kerana dinafikan hak sebagai didalam negara yang kononnya mengamalkan demokrasi.
Seperti biasa UmnoBN akan terus menggunakan apa sahaja harta rakyat dan kerajaan secara haram asalkan mereka terus mencapai kemenangan sebagai sebuah kerajaan yang penuh dengan slogan dan koridor yang temberang.
Ubahlah Sebelum Parah Ubah Demi Maruah

Sumber : Jundullah


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: