Monday, February 18, 2008

isu joget di ijok ,RTM , Najib / Pulau sementara media / Bohong lagi.......

(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
(Cetak dan Sebarkan Berita Kepada Rakyat!)

sibalau

isu joget di ijok ,RTM , Najib

(klik tajuk atau http://www.youtube. com/watch? v=kC1_tDRD7B4&feature=related)





Pulau sementara TV1, TV2 dan TV3
Mohd Sabri Said
Sun | Feb 17, 08 | 11:00:57 am MYT
KEPALA BATAS, 17 Februari (Hrkh) - Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasarudin Mat Isa mengajak rakyat negara ini memulau sementara media elektronik terutamanya TV1, TV2 dan TV3 kerana begitu keterlaluan memutarbelitkan fakta kononnya parti pembangkang begitu ganas, tidak mahukan kemajuan dan sengaja membiarkan rakyat miskin di bawah pemerintahannya di Kelantan.
Baginya, Menteri Penerangan, Dato' Zainudin Maidin gagal menunjukan kematangan dan profesionalisme ketika mengendalikan stesen penerangan milik rakyat itu kerana merubah fungsi RTM khususnya TV1 dan TV2 kepada pusat propaganda BN.

Hari ini kebanyakan berita dan rancangan terbitan tempatan yang disiarkan menerusi TV1, TV2 dan TV3 milik swasta semuanya berbau politik bertujuan menyelamatkan maruah pengtadbiran Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang telah calar.

"Mulai sekarang sehingga tiga minggu akan datang, rakyat harus pulau sementara TV1, TV2 dan TV3 kerana tidak melaksanakan tanggungjawab menyalurkan maklumat betul sebaliknya cuba memburukkan imej parti pembangkang. Hari ini rakyat hanya boleh percayakan filem Doraemon (rancangan kartun Jepun) daripada siaran berita," katanya diiringi gelak ketawa hadirin.

Nasharuddin berucap di majlis Jamuan Perdana sempena program 'Jelajah Presiden' anjuran PAS Kawasan Kepala Batas di Tapak Komplek PAS Kepala Batas di Kampung Kota Aur, Penaga tengahari semalam.

Beliau turut menyatakan kesediaan PAS menumbangkan Presiden Umno di Parlimen Kepala Batas serta membantu Parti Keadilan Rakyat (KeAdiLan) menawan Pulau Pinang pada pilihan raya umum 8 Mac depan.

Kemelut yang berlaku terhadap negara sekarang ini memerlukan keprihatinan rakyat untuk menolak kepimpinan yang korupsi, tidak telus serta mementingkan kronisme.

Kekayaan negara katanya, dikaut untuk kepentingan peribadi padahal semasa mula memegang tampuk pemerintahan, Abdullah telah mengarang sajak 'Damai Abadi' yang antara lain menyebut kononnya beliau tidak berminat mengumpul harta bertimbun-timbun sebaliknya 'mencari imam Al-Ghazali'.

"Apa yang diperkatakan semasa mula memegang kuasa hanya tinggal kenangan bila empat tahun berkuasa. Walaupun beliau tidak terlibat secara langsung mengaut keuntungan tetapi kaum keluarganya penuh dengan skandal melibatkan wang rakyat," terangnya di hadapan ribuan hadirin.

Nasharuddin turut menyeru jentera PAS dan Barisan Alternatif (BA) semua peringkat agar mencurahkan semaksima mungkin buah fikiran, wang ringgit dan tenaga bagi memastikan pertambahan kerusi Parlimen dan Dun sekaligus menafikan dua pertiga penguasaan BN di Dewan Rakyat dan Dun.

Suasana yang wujud sekarang, ujarnya menyebelahi BA dan parti-parti pembangkang kerana peralihan sokongan masyarakat India dan Cina.

"Tiada perkara yang mustahil dalam dunia ini tambahan pula untuk mengalahkan Perdana Menteri di Kepala Batas asalkan semua jentera kita berjalan lancar dan tersusun. Yang kita khuatir, kita tak buat kerja tapi berangan-angan menjatuhkan BN, " tegas beliau.

Berucap sama pada majlis itu Timbalan Ketua, Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Yusni Mat Piah dan Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Saleh Man.

Turut hadir Setiausaha PAS negeri, Fadzil Kemi, Ketua Penerangan PAS negeri, Haji Halim Saleh, Timbalan Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Negeri (JPN), Ustaz Khalid Man, Yang DiPertua PAS Kawasan Kepala Batas, Ustaz Ghazali Wahid dan para pemimpin PAS kawasan. - tajdid



CINA ISLAM

Bohong lagi.......

Masalah yuran sekolah menjadi suatu yang sangat hangat diperkatakan sejak awal tahun 2008. Persoalan mengenai pemansuhan bayaran yuran telah diketahui UMUm hanyalah RM 4.50 untiuk sekolah rendah dan RM 9.00 untuk sekolah menangah.


Pak Lah macam tak sedar diri menjadikan ini isu kempennya semasa berucap di Yan Kedah kelmarin katanya usaha kerajaan untuk membantu rakyat adalah sebagai mengeratkan lagi ‘kasih sayang’ kerajaan kepada rakyat.

Katanya, kasih sayang kerajaan dibuktikan dengan bantuan-bantuan seperti memansuhkan yuran sekolah, pemberian pinjaman buku teks, bantuan pakaian seragam sekolah, makanan dan menyediakan kemudahan sekolah.‘‘Kita buat untuk kepentingan rakyat dan kita perlu tingkatkan usaha membantu rakyat, kita kurangkan tanggungan perbelanjaan rakyat dan kita kawal kenaikan harga barang,’’ katanya.

Adakah pemansuhan RM 4.5 dan RM 9 ini telah mengurangkkan beban rakyat, sedaang kita terpaksa membayar ratusan ringgit wang tambahan lain semasa mendaftar anak diawal tahun tadi. Berambah bohonglah Pak Lah dan berambahlah koleksi pembohongannya.




(BERSIH! Kuala Terengganu, 22 February!)

HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: