Wednesday, February 20, 2008

INGAT JASA BN !!! / Jangan Membuang Undi

(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
(Cetak dan Sebarkan Berita Kepada Rakyat!)

No2umnO

INGAT JASA BN !!!

Inilah hasil kezaliman di Kg Beremban - fikirkan di mana nilai kemanusiaan Khir Toyo



PAS Johor Bahru





ALHUSSEYN

Jangan Membuang Undi - Mat Sabu

SPR telah pun mengisytiharkan tarikh pilihan raya Malaysia ke-12 dengan penetapan tarikh penamaan calun pada 24 Februari ini dan tarikh pembuangan undi pada 8 mac nanti.

Saudara Hj Mohd Sabu sewaktu berceramah di Ipoh pada malam minggu lalu bertempat di padang permainan Pekan Razaki setelah mendedahkan beberapa kepincangan dipihak Suruhanjaya Pilihan Raya dalam mengendalikan pilihan raya yang adil saksama, telah mengajak para penyokong dan hadhirin semua jangan membuang undi pada hari tersebut.

"Jangan buang undi tuan-tuan dan puan-puan sekalian pada kali ini!Tetapi, berikanlah undi tuan-tuan dan puan-puan semua kepada kami! Undilah BA - samada PAS,PKR atau DAP"terang Mohd Sabu kepada semua pada malam tersebut.

Beliau mededahkan betapa BN telah menakut-nakutkan rakyat selama ini supaya tidak berpihak kepada pembangkang.

"Umno menakut-nakutkan orang Melayu supaya tidak mengundi DAP , sementara MCA menakut-nakutkan orang Cina supaya tidak mengundi PAS," kata Mat Sabu.

YDP PAS Gopeng, Sdr Rahim Mohd Arif(kiri) bersama Ketua Pemuda Gopeng dan Mohd. Sabu sedang berbincang sesuatu sebelum majlis bermula


Kejayaan BN memerintah Malaysia adalah sebagaimana dasar 'Pecah dan Perintah' British sewaktu menjajah Malaya dahulu.Orang Cina takut kepada Melayu dan Orang Melayu takut kepada Cina.Mat Sabu telah memberikan contoh negeri Kelantan yang dikuasai oleh PAS telah berjaya membuktikan bahawa PAS tidak pernah menganiaya sesiapa walaupun dari kalangan yang bukan Islam ataupun dari bangsa selain Melayu.

(BERSIH! Kuala Terengganu, 22 February!)


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: