Wednesday, February 6, 2008

Imam Masjidil Haram beri amaran

faizal@

JEDDAH: Imam Masjidil Haram, Dr Abdul Rahman Al-Sudais memberi amaran kepada umat Islam di seluruh dunia bahawa saudara mereka di Gaza menghadapi krisis kemanusiaan.

Beliau mengecam negara Barat yang kerap mengatakan mengenai hak asasi, kebebasan dan nilai demokratik, tetapi mendiamkan diri terhadap tindakan Israel menindas penduduk Palestin.

Dalam khutbah Jumaat kelmarin, Dr Abdul Rahman menggesa bantuan seperti makanan dan perubatan segera dihantar kepada penduduk Gaza.

"Saudara kita di Gaza sedang menghadapi kematian dan penghapusan, kebuluran dan terkepung... Selepas tuhan, hanya kita (saudara Islam) yang boleh meningkatkan semangat dan menyelamatkan mereka daripada bala ini," kata Dr Abdul Rahman dalam khutbah di Masjidil Haram yang ditujukan kepada umat Islam di seluruh dunia.

"Bantu mereka, kutip derma untuk mereka, terutama ketika cuaca yang amat sejuk sekarang. Mereka kini terpaksa mengharungi kehidupan tanpa bekalan elektrik dan ditimpa kebuluran dan kemiskinan.

"Mereka tiada bekalan air atau makanan dan perubatan. Sekatan ekonomi membuat hidup mereka perit," imam itu dipetik berkata oleh agensi berita Saudi Press Agency.

Dr Abdul Rahman berkata, krisis kemanusiaan yang meruncing dihadapi penduduk Gaza sekarang adalah perkembangan baru dalam isu Palestin. Beliau mengecam tindakan Israel mengepung wilayah Palestin itu dan menggesa inisiatif segera dan serius untuk membuka semula sempadan.

Masjid di seluruh Arab Saudi kelmarin, mengadakan solat khas untuk Gaza dengan doa agar penduduk Palestin diberi bantuan menghadapi pihak menindas mereka. Penduduk Arab Saudi turut bertukar-tukar pesanan ringkas melalui telefon bimbit dengan menyatakan sokongan terhadap Gaza.

Perhimpunan Belia Muslim Dunia (WAMY) baru-baru ini mengumumkan bantuan kecemasan 5 juta riyal (RM4.31 juta) bagi penduduk Gaza.

"Umat Islam di seluruh dunia harus membantu penduduk Palestin yang menghadapi kebuluran dan penghapusan, " kata Setiausaha WAMY, Dr Saleh Al-Wohaiby.

"Penutupan sempadan Gaza menghalang kemasukan bantuan kemanusiaan kepada yang sakit, kanak-kanak dan wanita. Ia jenayah besar terhadap kemanusiaan, " katanya dalam satu kenyataan. - Agensi

--
If there was nothing wrong in the world, there wouldn't be anything for us to do.

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: