Sunday, February 24, 2008

Husam nasihat Bernama tarik berita / Macam mana PAS mahu hapus

(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
(Cetak dan Sebarkan Berita Kepada Rakyat!)

SIASAH

Husam hantar surat nasihat kepada Bernama minta tarik berita

KOTA BHARU, 22 Feb: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa menghantar surat peguam kepada Bernama menuntut agensi berita kebangsaan itu agar memperbetulkan laporan mereka berkaitan dengan manifesto negara berkebajikan PAS.

Tindakan ini dibuat ekoran langkah Bernama menyiarkan laporan bertajuk "PAS akui tidak mampu wujudkan negara kebajikan" dan disiarkan oleh hampir kesemua media semalam.

Husam menunjukkan sekali lagi rakaman kenyataan beliau sebelum ini kepada media yang dirakamkan oleh Tvpas.com.

"Laporan itu tidak tepat dan bertujuan serong dan tidak baik. Saya dah berulang kali sebut media harus harus memainkan peranan secara profesional. Kami ada salinan video rakaman di sini, saya harap Bernama dapat perbetulkan berita itu begitu juga akhbar-akhbar yang menyiarkan berita itu," kaya Husam.

Menurut Husam, dia berkata, jika diberikan peluang, PAS akan laksanakan manifesto berkenaan.

"Objektif pertama kita mengurangkan majoriti BN jika sekira rakyat beri peluang mentadbir, kita berpeluang melaksanakan manifesto tersebut.

"Saya melalui Hisham Fauzi Associate telah menghantar surat nasihat agar berita itu ditarik balik," katanya.

MALAYSIA AKAN BANGKRAP

The image “http://agendapemuda.files.wordpress.com/2008/02/agenda308-3.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

Roslan SMS Corner
Macam mana PAS mahu hapus
tol?

Saya melihat dalam ruangan komen BLOG ini seorang pengunjung �NAK TAHU� telah mengemukakan persoalan:

salam nak tahu macam mana BA nak kurangkan atau hapuskan tol seperti yang dicanangkan? tolong saya! bakal pengundi BA insyaAllah!siapa2 yg ada jawapan sila beri; link ker aper ker...tq

Saya berterima kasih atas pertanyaan tersebut, minat saudara dan pengakuan saudara sebagai bakal pengundi BA. Berikut saya petik, apa yang berada dalam Manifesto PAS yang baru dilancarkan oleh Presiden PAS petang tadi yang merujuk kepada isu ini iaitu:

Menghapuskan tol dengan kerajaan membeli dan memiliki kembali lebuhraya-lebuhraya dari pemilik konsesi.

Cadangan ini pernah disuarakan oleh ahli parlimen JB Shahril Samad satu ketika dahulu, dan inilah yang akan dilakukan oleh PAS dan BA bagi tujuan menghapuskan tol berkenaan. Walaubagaimanapun terhibur juga saya apabila membaca komen sdr �KEMBARAKITA� dalam isu yang sama yang menyebut:

kepada "nak Tahu" yang bertanya macamana BA akan turun/hapuskan tol? caranya kalau nak tahu undi BA bagi dia menang, tengok macamana dia turunkan tol, sebab kita tak pernah tanya BN macamana cara dia naikkan TOL!!!

Terima kasih atas sokongan anda semua.


(BERSIH! Kuala Terengganu, 22 February!)


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: