Friday, February 1, 2008

Himpunan Rakyat peringkat Melaka / MIC Sg Siput Tolak Samy Vellu

(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)

Himpunan Rakyat 'Gelombang Kuning Semarak Hijau' peringkat Melaka: Semua dijemput hadir
Zaili Muhammad
Wed | Jan 30, 08 | 12:19:25 pm MYT
MELAKA, 30 Jan (Hrkh) - Orang ramai dijemput hadir ke himpunan rakyat bersama Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, bertemakan 'Gelombang Kuning Semarak Hijau' peringkat negeri Melaka bagi mendengar sendiri pendirian PAS terhadap isu-isu besar yang melanda negara mutakhir ini.
Program jelajah Presiden ini akan berlangsung pada 2 Feb 2008 bertempat di Perkarangan Pejabat PAS Kawasan Bukit Katil bermula jam 2.00 petang. Rombongan Presiden turut diiringi Naib Presiden, Mohamad Sabu dan Ketua Dewan Muslimat Pusat, Ustazah Nuridah Salleh.

Aturcara sepanjang 2 Februari
Jam 2.00 petang - 5.00 petang:
Himpunan Rakyat bersama Presiden

Jam 5.15 petang - 7.15 petang:
Ramah Mesra dan Dialog Presiden bersama NGO dan bukan Islam di Hotel King, Lebuh Ayer Keroh (Depan Hospital Pantai).

Jam 9.00 malam - 12.00 malam:
Ceramah di Markaz PAS Bukit Tambun, Durian Tunggal.

Sebarang pertanyaan sila hubungi
019-682 1318 (Sofi) atau 019-6675521 (Harun). - mns

JOM BERSIH!!! bersih.org/



MIC Sg Siput Tolak Samy Vellu

samy-letter-pg-1.JPG
Kuala Lumpur, 29 Jan - Pengerusi MIC bahagian Sungai Siput, M. Lokanathan telah menulis surat kepada Perdan Menteri menyatakan bahawa Barisan Nasional akan hilang undian masyarakat India jika MIC terus dipimpin oleh Samy Vellu, yang merupakan Ahli Parlimen bagi Sungai Siput.Dalam suratnya, Lokanathan berkata ramai Ahli MIC dan sebahagian besar masyarakat India amat marah dengan pimpinan Samy Vellu. Samy dikatakan dalam surat tersebut sebagai seorang yang hanya asyik dengan kepentingannya sendiri.

Samy didakwa menggunakan posisinya sebagai ahli politik yang berkuasa untuk mengumpulkan kekayaan dan pada masa yang sama menolong kroni-kroni dan ahli keluarga mendapat keuntungan dengan sewenang-wenangnya.

�Masyarakat umum sudah bosan dengan sikap angkuhnya. Dia sudah tidak popular lagi dan akan menjadi liabiliti kepada Barisan Nasional.� kata Lokanathan.

Di dalam surat itu, Samy dikatakan tidak pernah menjumpa ahli konstituannya malah menggunakan gangster untuk mengancam sesiapa yang tidak berhenti meminta pertolongan. Samy hanya pulang ke konstituannya untuk melawat seorang perempuan yang didakwa perempuan simpanannya.

�Ramai orang India telah diabaikan oleh ketamakan kuasa dan wang Samy Vellu. Ramai orang yang dihormati seperti Datuk Pathmanaban, Dato Pandithan, Dato Subra telah diusur keluar MIC dengan sistematik dan tidak diberi peluang menolong masyarakat .� tambah Loganathan.

Samy juga didakwa mendapatkan tanah yang dialokasikan kepada menolong masyarakat India yang miskin dengan murah dan sebaliknya mengunakan tanah itu untuk kepentingan sendiri. Beberapa bangunan yang dibina dengan kewangan orang ramai diletakkan dalam nama ahli keluarga Samy.

Di dalam surat tersebut terdapat beberapa lagi dakwaan yang dibuat oleh Lokanathan, yang meminta Perdana Menteri untuk menyiasat dakwaan-dakwaan yang dibuat olehnya.

�Kami di Sg Siput tidak lagi mahu Samy Vellu sebagai wakil rakyat kami. Dia sudah menjadi liabiliti bukan sahaja kepada masyarakat India tetapi juga Malaysia.�


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: