Saturday, February 16, 2008

“HIMPUNAN Kelab Penyokong PAS MALAYSIA” / Undi BN, BK Tan berkuasa!

(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
(Cetak dan Sebarkan Berita Kepada Rakyat!)

Suara Pemuda PAS

“HIMPUNAN Kelab Penyokong PAS MALAYSIA”

assalamua’laikum dan salam sejahtera.

selamat datang

himpunan kelab penyokong PAS malaysia.

“berani berubah, kekal perpaduan”
“dare to change! stay united!”

*** 16 februari 2008 (sabtu).

*** redrock hotel, jln McAlister, pulau pinang.

*** 3.00 ptg - 7.30 ptg.
************ ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ******
petikan diambil daripada akhbar harakah; 9-22 safar 1429 / 16-29 februari 2008; kolum; 9.
************ ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ******



Penarik Beca

Undi BN, BK Tan berkuasa!

NST melaporkan, "ACA seeks to clarify allegation". Badan Pencegah Rasuah (BPR), lapor NST, akan mengemukakan permohonan kepada suruhanjaya diraja yang menyiasat video Lingam untuk membersihkan namanya berikutan keterangan bekas setiausaha Datuk VK Lingam, L G Jayanthi, bahawa BPR telah membayar RM3,000 kepadanya ketika memaklumkan penutupan satu siasatan.

Sebelum ini, Malaysiakini melaporkan Jayanthi memberitahu suruhanjaya itu bahawa beliau telah diberikan RM3,000 oleh BPR selepas diberitahu bahawa penyiasatan terhadap percutian ke New Zealand membabitkan peguam itu dan bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohd Eusoff Chin ditutup.

Menurutnya, seorang pegawai BPR menelefonnya memberitahu bahawa penyiasatan itu ditutup kerana ia melibatkan pegawai tinggi kerajaan.

Jayanthi, 45, tidak menjawab ketika ditanya oleh pengerusi suruhanjaya itu, Tan Sri Haidar Mohamed Noor kenapa wang itu diberikan kepadanya.

Kepada soalan lain Haidar mengenai sama ada beliau mengambil wang itu, Jayanthi yang merupakan saksi ke-19 berkata: "Ya".

Menurut Bernama, semasa pemeriksaan semula oleh peguamnya R S N Rayer sama ada RM3,000 itu sebagai ganjaran atau untuk menutup mulutnya, Jayanthi berkata ia hanya diberikan kepadanya tanpa sebarang syarat.

Tidak mengapa jika BPR mahu membersihkan namanya. Apa yang dibimbangi, apa jaminan Jayanthi tidak akan menerima nasib yang sama seperti Cif Inspektor Nordin Ahmad.

Nasib Nordin yang dilihat menjadi mangsa kezaliman BPR pernah dibangkitkan oleh Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub.

"Kita sangat prihatin dengan kes ini kerana sebelum ini Nordin telah membuat laporan di Balai Polis Kuantan pada 23 September lalu kerana isteri dan anak-anaknya ditahan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR).

"Tindakan BPR menahan serta menjadikan isteri dan anak-anak Nordin sebagai tebusan dan tukar ganti untuk memaksa kehadirannya ke ke pejabat BPR memberikan keterangan adalah satu tindakan yang boleh menyebabkan BPR dituduh sangat keterlaluan, keji dan tidak bertamadun dalam menjalankan tugasnya," kata beliau.

Dalam laporan polisnya itu, Nordin menyatakan bahawa pada 23 September lalu semasa dalam perjalanan balik ke rumahnya, beliau menerima panggilan telefon dari isterinya, Kalsom Mat Noh, yang memberitahu ada beberapa pegawai BPR di rumahnya dan akan membawa mereka ke pejabat BPR.

Pada hari yang sama, katanya, "seorang lelaki bernama Muniem yang memperkenalkan diri sebagai pegawai BPR telah menghubungi saya dan bertanya saya di mana saya berada dan bila saya akan sampai".

Nordin meminta mereka membebaskan isteri dan anak-anaknya "yang berada di dalam tahanan mereka".

"Lelaki tersebut memaksa saya datang dengan segera untuk isteri dan anak-anak saya dibebaskan," katanya.

Laporan polisnya dibuat kerana Nordin "tidak puas hati dengan tindakan BPR yang menahan isteri dan anak-anak saya tanpa sebarang kesalahan, tanpa sebab, menyekat pergerakan isteri dan anak-anak saya dari menghubungi saya".

Beliau "tidak berpuas hati dengan tindakan BPR yang menyalahgunakan kuasa mereka untuk kepentingan diri mereka, memaksa saya hadir ke pejabatnya dan menjadikan isteri dan anak-anak saya sebagai tebusan, sebagai tukar ganti kehadiran saya".

Ketika Raja Petra Kamarudin membangkitkan tentang "unholy trinity" Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan Ketua Pengarah BPR, persoalan yang berbangkit, sekali lagi, apa jaminan Jayanthy tidak akan dizalimi BPR?

Kepada semua yang akan mengundi, kasihan anak-anak kita yang terpaksa berada di dalam negara yang dikuasai oleh "unholy trinity" yang tidak pernah dinafikan bahawa Perdana Menteri begitu takut kepada mereka. Kedua-dua pihak tidak pernah nafikan. "Unholy trinity" tak pernah nafi dan Perdana Menteri juga... ah! bukankah beliau dituduh kaki tidur yang pembohong?

Sekali lagi, kepada semua yang akan mengundi, kasihan anak-anak kita yang berada di dalam negara yang di dakwa mempunyai hirarki kekuasaan yang pelik. Di atas Perdana Menteri, "unholy trinity" di dakwa lebih berkuasa. "Unholy trinity" pula didakwa sudah diikat habis tengkuk mereka oleh BK Tan, kepala sindiket jenayah terancang yang menguasai dadah, persundalan, ceti haram dan rangkaian perjudian haram di seluruh Malaysia. Beliau juga menguasai sistem maklumat berkomputer polis.

Ingatlah, kalau benar dakwaan Raja Petra yang tidak pernah dinafikan itu, undi Barisan Nasional bermakna BK Tan berkuasa!

(BERSIH! Kuala Terengganu, 22 February!)

HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: