Friday, February 15, 2008

Haron Din beri panduan pilih pemimpin / BEKAS AJK PEMUDA UMNO MASUK PAS

(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
(Cetak dan Sebarkan Berita Kepada Rakyat!)

Haron Din beri panduan pilih pemimpin untuk pilihan raya ke-12
Azamin Amin
Thu | Feb 14, 08 | 9:49:48 am MYT
KUALA LUMPUR, 14 Feb (Hrkh) -"Taatilah kepada aku selagi aku taat kepada Allah. Sekiranya aku menyeleweng atau melanggar perintah Allah jangan taat kepada aku. Tentanglah aku sehingga aku kembali kepada hukum Allah."
Demikianlah ucapan Sayidina Abu Bakar as-Siddiq ketika dilantik menjadi khalifah, selepas wafatnya baginda Rasulllah s.a.w yang dinukilkan semula oleh Timbalan Mursyidul Am PAS Dato' Haron Din sewaktu diminta untuk memberi panduan kepada umat Islam memilih pemimpin pada pilihan raya umum akan datang.

"Pemerintah, pemimpin atau individu yang terdiri daripada pembodek-pembodek, perasuah, guna harta dan tercalar akhlak wajib ditentang dan ditolak sama sekali berpandukan syarak dan ucapan Abu Bakar as-Siddiq itu," katanya ketika hubungi Harakah.

Kata Haron Din umat Islam berkewajipan memilih pemimpin mengikut tuntutan syarak yang berpandukan al-Quran dan Sunnah di samping pemerintah juga wajib mendapat restu rakyat dan salah satu contoh yang boleh dijadikan panduan ialah ketika Rasullullah mendirikan kerajaan Islam Madinah termasuk ketika melantik Abu Bkar menjadi khalifah selepas wafatnya Nabi Muhammad.

"Kini giliran kita memilih pemimpin berpandukan kepada kaedah syarak untuk mewakili rakyat untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen pada pilihan raya akan datang," katanya ketika dihubungi Harakah.

Syarak katanya menentukan rakyat memilih pemimpin sepertimana melantik imam di dalam solat jemaaah iaitu yang terbaik di kalangan yang sedia ada.

"Maksud terbaik ialah bersih dan kuat imannya, lebih bertaqwa, lebih pandai hukum Islam dan lebih komited kepada agama Allah," katanya.

Beliau turut memberi contoh bagaimana Bani Israel pada zaman dahulu menghendaki pemimpin dan meminta Allah memilih, namun pilihan tersebut iaitu Taalut dibantah mereka kerana calon tersebut tidak berharta.

Lalu Nabi ketika itu menjelaskan bahawa walaupun Taalut tidak berharta tetapi mempunyai ilmu yang tinggi dan akhlak mulia serta berani, katanya.

"Umat Islam boleh merujuk ayat 247 surah al-Baqarah sebagai panduan dan tips untuk memilih pemimiin dalam pilihan raya akan datang," katanya.

Dalam pada itu beliau melarang para pengundi memilih individu yang menggunakan hartanya untuk membeli undi dan tercalar akhlaknya.

"Taatilah pemerintah bukan bermaksud membuta tuli kepada sesiapa atau mana-mana sahaja pemimpin tetapi yang terbaik di kalangan kamu seperti yang disebut dalam al-Quran," katanya.



DPP Bukit Katil

BEKAS AJK PEMUDA UMNO BAHAGIAN MASUK PAS

Umno Bahagian Bukit Katil menerima tamparan hebat apabila bekas AJK Pemuda Bahagian yang juga Bekas Ketua Biro Agama Pemuda Umno Bahagian Batu Berendam, Hj Rafli keluar Umno dan menyertai PAS.

Beliau menyerahkan borang keahlian PAS bersama isterinya pada satu majlis ceramah kelompok di rumahnya di Taman Saujana malam tadi. Pada majlis itu beliau menyerahkan borang tersebut kepada Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka, Sofi Wahab.

Dalam kenyataannya malam tadi, beliau yang pernah menjadi Timbalan Ketua Peti Undi BN Kampung Tun Razak pada Pilihanraya Umum 2004, melahirkan kekesalannya terhadap kegiatannya yang berjuang di dalam Umno sebelum ini.

Hj Rafli juga pernah menjadi Imam Masjid Kampung Tun Razak sebelum meletakkan jawatan beberapa tahun lalu.

"Saya telah bersekongkol dengan perjuangan maksiat sebelum ini, tetapi sebenarnya saya tidak mengundi BN sejak 3 pilihanraya umum lalu".

"Mulai saat ini saya akan berjuang bersama PAS untuk memartabatkan Islam" tegasnya ketika menyampaikan ucapan ringkas pada majlis tersebut.

Sementara itu beberapa orang ahli-ahli Umno di Taman Saujana telah menyatakan kesediaan untuk menyertai PAS. Salah seorang dari mereka yang enggan disiarkan namanya berkata beliau akan mengumpulkan seramai mungkin kawan-kawannya untuk bersama-sama mentertai PAS dalam masa terdekat.

(BERSIH! Kuala Terengganu, 22 February!)


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: