Thursday, February 14, 2008

Hari Kekasih: Thailand elak seks terlarang

"Dunya" reliefburden@yahoo.com.sg

Hari Kekasih: Thailand elak seks terlarang

BANGKOK 13 Feb. � Pihak berkuasa Thailand akan bertindak tegas menyerbu motel, taman awam dan tempat yang menjadi tumpuan remaja sempena sambutan Hari Kekasih esok bagi mengelakkan mereka terbabit dalam hubungan seks terlarang.
Tindakan terbaru itu yang akan menjadi kempen tahunan dilakukan bagi mengawal tingkah laku remaja yang biasanya meraikan hari tersebut dengan mengadakan hubungan seks.
Langkah berkenaan diambil setelah satu tinjauan pendapat yang dijalankan oleh sebuah universiti mendapati 27 peratus daripada 2,400 pelajar yang ditemui mengatakan akan mengadakan hubungan seks dengan pasangan mereka malam esok.
Polis dan seorang inspektor pelajar yang dilantik oleh Kementerian Pelajaran akan menyiasat setiap motel bagi memastikan mereka yang di bawah umur 18 tahun tidak terlibat dalam perlakuan itu.
�Kami akan menghantar pegawai untuk memeriksa taman awam, restoran dan pusat membeli belah yang akan menjadi tempat bermulanya langkah pertama ke arah perlakuan seksual,� kata jurucakap polis Bangkok, Suporn Pansue.
Walaupun Thailand sememangnya diketahui sebagai syurga pelacuran dunia, namun kebanyakan penduduknya berpegang kuat kepada ajaran Buddha serta masih berfahaman konservatif.
Sementara itu, di India para pengikut Hindu membantah sambutan Hari Kekasih kerana menganggap perayaan itu sebagai budaya luar yang boleh mengikis nilai-nilai kebudayaan tradisi India.
Bagi mereka Hari Kekasih lebih dianggap sebagai budaya Barat yang bertentangan dengan tradisi tempatan.
Tarikh 14 Februari dianggap hari yang istimewa bagi pasangan kekasih seluruh dunia kerana pada hari berkenaan mereka menyambut Hari Valentine bagi memperingati kasih sayang yang terjalin antara dua jiwa.
� Agensi


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: